THE OFFICIAL REPOSITORY OF
MALAYSIAN JUDGMENTS & RULINGS

[2018] MYCA 86 MALAY

Thinagaran A/L Murugesu v Pendakwa Raya
Suit Number: Rayuan Jenayah No. B-05(M)-63-02/2016 

PENGHAKIMAN

Pengenalan

[1] Perayu, Thinagaran a/l Murugesu, telah dihadapkan dengan satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu kesalahan membunuh yang membawa hukuman mati di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (‘KK’). Butir-butir pertuduhan adalah seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 16.3.2011, jam lebih kurang 9.30 malam, di hadapan sebuah rumah No. 18, Jalan Dahlia Satu, Taman Puchong Indah, Puchong di dalam daerah Subang Jaya, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki bernama Mugilan a/l Krishnan (No. KPT: 930915-10-6177) yang berusia 17 tahun. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574).”

[2] Di akhir kes pendakwaan, selepas mendengar keterangan daripada 11 orang saksi, Hakim bicara (YA Datuk Noor Azian Shaari) (‘hakim bicara 1’) telah meminda pertuduhan kepada satu kesalahan homisid salah yang tidak terjumlah kepada membunuh di bawah seksyen 304(b) KK. Perayu telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan dan telah dijatuhkan dengan hukuman 5 tahun penjara berkuat kuasa dari tarikh ditangkap.

[3] Tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim bicara 1 tersebut, Pendakwa Raya telah merayu ke mahkamah ini. Pada 24.11.2014, panel hakim mahkamah ini (YA Dato’ Rohana binti Yusof, YA Dato’ Seri Zakaria bin Sam dan YA Dato’ Ahmadi bin Hj. Asnawi) telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan telah mengetepikan keputusan hakim bicara 1 tersebut. Seterusnya, Perayu telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan asal.

[4] Perbicaraan di peringkat kes pembelaan telah diteruskan di hadapan hakim YA Dato’ Hj. Ahmad Nasfy bin Hj. Yasin (‘hakim bicara 2’). Pada 3.2.2016, di akhir kes pembelaan, hakim bicara 2 telah mensabitkan Perayu atas pertuduhan asal di bawah seksyen 302 KK dan Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman gantung di leher sehingga mati.

[5] Terkilan dengan sabitan dan hukuman mati oleh hakim bicara 2, Perayu merayu ke mahkamah ini. Kami telah mendengar dan menimbangkan rayuan Perayu pada 19.1.2018. Kami telah menolak rayuan Perayu dan mengesahkan sabitan dan hukuman oleh hakim bicara 2. Kami memperincikan alasan-alasan penolakan rayuan Perayu seperti berikut.

Kes Pendakwaan

[6] Naratif kes pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut. Pada 16.3.2011, jam lebih kurang antara 8-9 malam, Stellamary Stanley (SP8) bersama-sama dengan 6 orang anaknya iaitu Vinotsteven a/l Thanaselvan (SP7), Satish, Thanaraj, Prem, Rubinraj dan Mardeshraj serta seorang rakan mereka bernama Mugilan a/l Krishnan (‘si mati’) telah pergi dan berada di hadapan rumah kakak ipar SP8 yang bernama Indrani a/p Maruthamuthu (‘Indrani’). Tujuan mereka pergi ke sana adalah untuk menukar nama harta dan untuk bertanyakan kenapa Indrani melarang anaknya yang bernama Thines datang ke rumah SP8. Mereka semua pergi ke rumah Indrani dengan menaiki sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero.

[7] Apabila tiba di rumah Indrani, SP8 mendapati Thines tidak berada di rumah. SP8 telah bertanyakan kepada Indrani kenapa Indrani menyatakan bahawa SP8 ada hubungan sulit dengan anak dia yang bernama Thines tersebut. SP7 telah memanggil Indrani supaya keluar dari rumah untuk bersemuka mengenai dakwaannya yang menyatakan SMS yang dihantar oleh Thines menyebutkan ada hubungan sulit dengan SP8. Walaupun dipanggil beberapa kali namun Indrani enggan keluar dari rumahnya dan menyuruh SP8 dengan anak-anaknya menunggu sehingga Thines pulang ke rumah. Walaupun lama menunggu, Thines langsung tidak balik ke rumah.

[8] Semasa menunggu kepulangan Thines, SP8 duduk di dalam kereta Pajero. Pada masa itu seorang lelaki India bernama Mugunathan, iaitu adik kepada Perayu telah datang menaiki motosikal. Melihat keadaan di hadapan rumah Indrani, Mugunathan telah menelefon Perayu. Selepas 10-15 minit, Perayu dan kawan-kawannya seramai 8-9 orang telah sampai dengan menaiki dua buah kereta.

[9] Perayu telah bertanya kepada SP7 apa hal berada di situ tanpa beritahu dia dan Perayu juga menyatakan ini kawasan jagaan dia, perlu meminta kebenarannya untuk masuk kawasan itu. SP7 menjawab ini urusan dia dengan Thines. Oleh sebab Thines tiada di rumah, Indrani menyuruh mereka untuk menunggu dan SP7 juga menjawab kenapa perlu meminta kebenaran daripada Perayu. Mendengar jawapan daripada SP7, Perayu terus menampar muka SP7 dan SP7 membalas dengan menumbuk Perayu.

[10] Pada masa itu, kawan-kawan Perayu yang berada di padang datang dan terus menumbuk SP7 dan adik-adiknya, Satish dan Thanaraj yang baru keluar dari kereta Pajero untuk membantu SP7. Selepas dipukul, Satish dan Thanaraj terus lari dari tempat kejadian. Ketika itu Thines pun sampai. SP8 dan si mati pun keluar dari kereta.

[11] SP7 telah memanggil Thines untuk menyelesaikan masalah antara Thines dengan ibunya, SP8. Perayu datang dan terus menolak si mati sehingga jatuh ke atas jalan raya. SP8 terus pergi untuk mengangkat si mati tetapi Perayu telah mengambil satu batang kayu ‘beroti’ di tepi tong sampah dan memukul bahagian belakang kepala si mati dengan kuat. SP8 terus menolak Perayu untuk menghalang Perayu daripada terus memukul si mati. Perayu turut cuba untuk memukul SP8. Perayu kemudiannya memukul kepala si mati kali kedua.

[12] Si mati kemudian dibawa menaiki kereta untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Si mati kemudian telah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh untuk mendapatkan rawatan susulan dan ditempatkan di wad ICU. Pada 17.3.2011, keesokan harinya, jam 11.30 malam, si mati telah meninggal dunia.

[13] Bedah siasat ke atas jasad si mati telah dilakukan oleh Dr. Siew Sheue Feng (SP3). Hasil bedah siasat yang dijalankan, SP3 mengesahkan sebab-sebab kematian si mati adalah kerana “head injury due to blunt force trauma” seperti mana yang dinyatakan dalam Laporan Bedah Siasat (ex. P8) yang disediakan oleh SP3.

[14] Hakim bicara 1 telah meminda pertuduhan di bawah seksyen 304(b) KK. Bagaimanapun, Panel Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan memerintahkan pembelaan Perayu dipanggil atas pertuduhan asal di bawah seksyen 302 KK.

Kes Pembelaan

[15] Hakim bicara 2 telah mendengar kes pihak pembelaan oleh sebab hakim bicara 1 telah bersara wajib daripada perkhidmatan Kehakiman. Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan membela diri secara bersumpah dari kandang saksi. Selain Perayu, pihak pembelaan turut memanggil seorang lagi saksi iaitu Muhammad Haziq bin Razak (SD2).

[16] Dalam keterangan membela dirinya, Perayu menyatakan secara ringkasnya seperti berikut:

(a) Dia mengenali SP8 sebagai ibu saudaranya melalui perkahwinan pakciknya yang bernama Thanaselvan, suami SP8 yang telah pun meninggal dunia. Thanaselvan ialah adik lelaki kepada ibu Perayu. Perayu juga mengenali Indrani a/p Maruthamuthu sebagai adik perempuan kepada ibunya. Perayu juga mengenali Thines, anak kepada Indrani. Thines ialah sepupunya;

(b) pada hari kejadian, Perayu berada di sebuah restoran di Desa Mentari bersama Thines sedang menunggu kakaknya, Janaki dan adiknya Mugendran apabila Thines menerima panggilan telefon daripada ibunya, Indrani. Indrani menyuruh Thines untuk balik ke rumah kerana SP8 dan anak-anaknya hendak berjumpa dengan Thines. Pada masa itu, Indrani dalam keadaan menangis;

(c) menurut Perayu, semasa tiba di tempat kejadian, SP7 telah menampar Thines. Perayu telah menolak SP7 untuk melindungi Thines. Perayu kemudian melihat si mati telah mengambil keluar parang daripada kereta Pajero dan cuba menghampiri Thines. Perayu terus mengambil kayu ‘beroti’ daripada tong sampah untuk menghalang si mati daripada mencederakan Thines;

(d) Perayu mendakwa dia telah menghayunkan kayu ‘beroti’ itu kerana si mati telah melibaskan parang ke arahnya. Perayu tidak melihat bagaimana kayu yang dia hayunkan telah mengenai si mati; dan

(e) Perayu mendakwa kejadian itu berpunca dan telah dimulakan oleh si mati.

[17] Saksi SD2 ialah jiran kepada Indrani. Dalam keterangannya, SD2 menyatakan pada malam kejadian dia terdengar jeritan dan dia melihat keluar rumah dan nampak ada orang sedang bergaduh. SD2 melihat ada orang membaling batu ke arah rumah Indrani. SD2 juga menyatakan dia ada melihat seorang lelaki memegang parang pada malam itu, tetapi dia tidak dapat mengecamkan siapakah orang itu. Dia melihat orang itu mengambil parang dari dalam sebuah van.

[18] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara 2 telah menolak versi pihak pembelaan bahawa Perayu telah menggunakan kayu ‘beroti’ hanya untuk mempertahankan dirinya dan juga untuk melindungi sepupunya, Thines. Sebaliknya, hakim bicara 2 menerima keterangan saksi mata SP7 dan SP8 yang telah melihat bagaimana kejadian pembunuhan ini telah berlaku. Keterangan bahawa Perayu telah menolak si mati hingga jatuh dan memukul kepala si mati sebanyak dua kali dengan kayu ‘beroti’ langsung tidak dicabar. Hakim bicara 2 juga mendapati dakwaan bahawa si mati telah mengambil parang dari dalam kereta Pajero dan cuba menyerang Thines dan Perayu tidak pernah dicadangkan kepada saksi-saksi pihak pendakwaan.

[19] Hakim bicara 2 turut menolak pembelaan Perayu untuk mempertahankan diri (self defence) apabila menghayunkan kayu ‘beroti’ ke arah si mati oleh sebab pembelaan tersebut tidak pernah dibangkitkan semasa kes pendakwaan. Keterangan SD2 pula hanya melibatkan insiden yang berlaku selepas si mati dicederakan oleh Perayu. Oleh itu, versi Perayu sebenarnya tidak disokong oleh keterangan SD2. Manakala laporan polis oleh Indrani (ex. P23) hanya menyatakan tiga orang membawa parang untuk menyerang Perayu juga tidak dapat mengesahkan versi Perayu bahawa si mati telah menyerang Perayu dan Thines dengan menggunakan parang. Versi pendakwaan melalui keterangan SP7, SP8, SP10 dan SP11 sebaliknya disokong oleh dapatan SP3 mengenai kecederaan teruk di bahagian atas kepala sehingga tulang tengkorak retak bukan disebabkan melalui perbuatan hanya melibas kayu tetapi satu pukulan ke bahagian atas kepala dengan kuat dan lebih daripada satu kali pukulan.

[20] Hakim bicara 2 telah membuat rumusan berikut di akhir kes pembelaan dalam penghakimannya (di m/s 44-48 Rekod Rayuan Jilid 1):

“Mahkamah telah menganalisa keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan khususnya SP3, SP7 dan SP8 dan keterangan saksi-saksi pembelaan OKT dan SD2 dan laporan polis eksibit P23 dan membuat rumusan seperti berikut:

(i) Saksi SP7 dan SP8 adalah saksi mata yang melihat kejadian bagaimana si mati dipukul dengan kayu ‘beroti’. Keterangan bahawa OKT menolak si mati hingga jatuh di atas jalan raya dipukul sebanyak 2 kali oleh OKT telah gagal dicabar oleh pihak pembelaan;

(ii) keterangan bahawa si mati mengambil parang dari kereta Pajero dan cuba hendak menyerang dan menetak Thines, keterangan si mati cuba melibaskan parang ke arahnya setelah beliau menghalang si mati dari menetak Thines, keterangan sebelum si mati melibaskan parang ke arah OKT, OKT ada menasihatkan si mati bersurai tetapi si mati tidak endahkan, keterangan semasa kali pertama si mati melibas parang ke arah OKT, beliau berjaya mengelak dan terus menasihatkan si mati supaya menghentikan perbuatan tersebut, kemudian si mati terus melibas parang ke arahnya kali kedua, keterangan OKT menghayun kayu ke arah parang yang dilibas kali kedua kepadanya oleh si mati sehingga menyebabkan kayu tersebut terlepas dari tangannya dan tidak tahu di bahagian mana si mati yang terkena dan akhirnya keterangan yang mengatakan SP7 ada mengugut dan mengancam untuk membunuh Thines didapati tidak pernah dicadangkan seawal mungkin di peringkat kes pendakwaan kepada saksi-saksi SP7, SP8, SP10 dan SP11. Kegagalan untuk menyoalbalas saksi-saksi atas isu-isu penting ini terjumlah kepada penerimaan keterangan saksi-saksi tersebut (rujuk kes Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ 212, Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 MLJ 151, Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154, Alcontara Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 MLJ 209);

(iii) secara spesifiknya mahkamah dapati keterangan pembelaan OKT iaitu mempertahankan diri (self defence) dengan menghayunkan kayu ke arah parang yang dilibas oleh si mati langsung tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan;

(iv) Mahkamah berpendapat keterangan SD2 bukan melibatkan insiden pertama (pergaduhan dan si mati mengambil parang dan cuba menyerang Thines dan OKT). Sebaliknya apa yang dilihat oleh SD2 melibatkan insiden selepas itu iaitu selepas si mati dicederakan yang mana OKT sendiri juga menyatakan selepas si mati dimasukkan ke dalam kereta Pajero, SP7 telah membawa parang ke arah rumah Indrani membuat kecoh dan membaling batu sebelum beredar dari situ. Justeru pembelaan OKT yang mengatakan si mati membawa parang untuk menyerangnya tidak disokong oleh keterangan SD2. Begitu juga laporan polis yang dibuat oleh Indrani (Eks P23) hanya melihat 3 orang membawa parang menyerang OKT dan kumpulannya tidak mengesahkan atau menyokong keterangan OKT bahawa si mati hendak menyerang Thines dan OKT dengan parang.

(v) Keterangan SP7 dan SP8 yang saling menyokong antara satu sama lain bahawa bukan si mati yang memulakan pergaduhan dan si mati tidak membawa parang kekal utuh dan selari dengan dapatan Pakar Patologi (SP3). Keterangan SP3 telah mengesahkan si mati mengalami kecederaan teruk di bahagan atas kepala yang menyebabkan tengkoraknya retak dan kecederaan ini tidak boleh disebabkan dengan satu (1) kali pukulan sahaja adalah konsisten dengan keterangan SP7 dan SP8 yang melihat OKT memukul si mati dengan kayu sebanyak dua (2) kali dalam keadaan si mati sudah terjatuh di atas jalan. Justeru, jika pembelaan OKT mengarah kepada ‘sudden fight’ pun pembelaan tersebut tidak boleh berjaya kerana tidak memenuhi syarat-syarat sepertimana yang digariskan di dalam kes T Paramasparan Thanigajalan v. PP [2012] 4 CLJ 309 (rujuk kes-kes Mohamed Kunjo v. PP [1978] 1 MLJ 51, PP v. Awang Raduan Awang Bol [2005] 1 CLJ 649, SS Mujebur Rahman Mohd Sultan v. Pendakwa Raya [2012] 1 LNS 1301);

(vi) Keterangan SP3 bahawa kesan kecederaan pada bahagian atas sebelah kiri kepala si mati sehingga menyebabkan keretakan pada tengkorak si mati tidak boleh disebabkan oleh 1 pukulan sahaja juga secara langsung telah membatalkan (negate) dakwaan OKT yang menyatakan beliau hanya menghayun kayu tersebut ke arah parang yang dilibas oleh si mati menyebabkan kayu tersebut terlepas dari pegangan tangannya (rujuk kes Enthiran Rajoo v. PP [2016] 8 CLJ 503). Justeru mahkamah memutuskan bahawa keterangan ‘self defence’ tidak terpakai terhadap OKT.”

[21] Atas alasan-alasan tersebut, hakim bicara 2 telah mendapati Perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan membunuh. Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman gantung sampai mati menurut undang-undang. Justeru itu, rayuan Perayu di hadapan kami.

Rayuan Perayu

[22] Di hadapan kami, peguam bela terpelajar telah membangkitkan isu-isu berikut sebagai alasan rayuan untuk kami membenarkan rayuan Perayu:

(a) Ucapan pembukaan (ex. P3) bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan di mahkamah;

(b) kegagalan pihak pendakwaan untuk menghadirkan dua orang saksi yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan;

(c) putus rantaian keterangan mengenai penyebab kematian si mati (novo actus interveniens);

(d) pendakwaan gagal membuktikan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya boleh menyebabkan kematian;

(e) pembelaan ‘self-defence’ dan tiada perancangan awal untuk membunuh si mati; dan

(f) hakim bicara 2 gagal untuk mempertimbangkan tentang kemungkinan kesalahan yang lebih ringan terhadap Perayu.

Dapatan dan Keputusan Kami

[23] Asas pembelaan Perayu ialah pertahanan diri (self defence). Versi pembelaan ialah si mati dengan bersenjatakan sebilah parang telah mengancam Perayu dan Thines, sepupunya. Dihujahkan oleh peguam bela bahawa keterangan Perayu disokong oleh keterangan SD2, saksi bebas yang melihat seorang telah pergi mengambil sebilah parang dari dalam van (Pajero). Malahan Ucapan Pembukaan (ex. P3) yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mengakui si mati bersenjatakan sebilah parang. Bagaimanapun saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP7 dan SP8 menafikan si mati ada memegang parang. Peguam bela terpelajar menghujahkan terdapat percanggahan antara ex. P3 dengan keterangan lisan saksi-saksi pendakwaan.

[24] Kami telah meneliti ex. P3 dan mendapati di perenggan 5 telah dinyatakan seperti berikut:

“5. Pihak Pendakwaan juga akan membuktikan melalui keterangan saksi semasa pergaduhan berlaku si mati telah memegang parang dan cuba mencederakan penama Thines a/l Ravisanthran iaitu anak Pengadu yang mana Tertuduh telah memukul bahagian kepala si mati dengan kayu yang diambil dari tong sampah yang berdekatan dengan tempat kejadian.” [penekanan oleh kami].

[25] Untuk isu terdapatnya penyataan dalam P3 bahawa si mati bersenjatakan parang yang menjadi sandaran wujud percanggahan dengan keterangan lisan saksi-saksi pendakwaan, kami terpanggil untuk merujuk kepada peruntukan di bawah seksyen 179 Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) yang memperuntukkan seperti berikut:

“179. (1) The officer conducting the prosecution shall open his case by stating shortly the nature of the offence charged and the evidence by which he proposes to prove the guilt of the accused.

(2) He shall then examine his witnesses, who may in turn be cross-examined for the defence and, if necessary, re­-examined.”

[26] Apakah taraf ucapan pembukaan (ex. P3) itu dan sama ada ucapan tersebut boleh menjadi sebahagian daripada keterangan kes pendakwaan untuk dijadikan sandaran oleh peguam bela dalam hujahannya bahawa terdapat percanggahan dalam kes pendakwaan? Isu ini telah diputuskan dalam beberapa kes. Memadai bagi kami hanya merujuk dan bersetuju dengan pandangan hakim yang bijaksana Zulkifli Bakar, HMT, hakim dalam kes PP v Daniel Ionel Turcan [2016] 1 LNS 1822 yang telah memetik keputusan Augustine Paul, HMP (ketika itu) dalam kes PP v Sa’ari bin Jusoh [2007] 2 MLJ 409, seperti berikut:

“[24] Not only that, the defence stated that there was omission in the opening statement (P48) which showed the accused only brought 1 luggage bag (P39) which is fatal to the prosecution’s case as it left out the existence of the bag (D50) that was also carried by the accused at the material time. The Court do not agree with such proposition of the defence and such omission in the opening statement would not cause any prejudicial effect against the accused as this Court is not bound by the opening statement to find any verdict. I echoed the statements in the judgment of Augustine Paul FCJ (as he then was) in the case of PP v. Sa’ari bin Jusoh [2007] 2 MLJ 409:

“[25] It follows that a verdict can be founded on a basis not indicated by the prosecution in its opening address. But it must be done in such a way so as not to place the accused at a tactical disadvantage with resultant unfairness to him...” (emphasis added)"

[27] Kami ingin menambah bahawa ucapan pembukaan tidak mengikat pihak pendakwaan dan tidak juga menjadi sebahagian daripada keterangan kes pihak pendakwaan. Sekiranya berlaku apa-apa penyimpangan daripada apa yang disebutkan dalam ucapan pembukaan semasa saksi-saksi pendakwaan memberikan keterangan, itu tidak memprejudiskan pihak Perayu/ tertuduh dan tidak juga meruntuhkan kes pihak pendakwaan. Oleh itu, isu yang dibangkitkan oleh peguam bela terpelajar atas alasan rayuan di (a) adalah tidak bermerit (lihat Chieng Chung Ting v PP [2015] 1 CLJ 765; Nor Alip Mohd Khandar lwn PP [2012] 5 CLJ 669 dan PP v Resty Agpalo & Ors [2011] 2 CLJ 441).

[28] Untuk alasan rayuan di (b), peguam bela menghujahkan bahawa Perayu telah diprejudiskan apabila pihak pendakwaan gagal untuk mengesan dan menghadirkan dua orang saksi yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan. Pihak pendakwaan juga telah gagal untuk mengemukakan percakapan yang telah dirakamkan di bawah seksyen 112 KAJ daripada kedua-dua saksi tersebut. Dua saksi yang dimaksudkan ialah Janaki a/p Murugesu (‘Janaki’) dan Indrani a/p Maruthamuthu (‘Indrani’). Peguam bela menghujahkan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan dua saksi tersebut ataupun mengemukakan rakaman percakapan mereka, mengundang anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan.

[29] Kami dapati hakim bicara 2 telah pun membuat pertimbangan dan juga dapatan mengenai isu yang sama dalam penghakimannya di m/s 48-­53 Rekod Rayuan Jilid 1 yang kami perturunkan semula, seperti berikut:

“13. Seterusnya pihak pembelaan telah membangkitkan isu mengenai kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan 2 orang saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan semasa kes pendakwaan iaitu Janaki a/p Murugesu dan Indrani a/p Maruthamuthu telah memprejudiskan OKT (rujuk kes PP v. Asnawi bin Yusof [2011] 4 MLJ 16). Akibat kegagalan tersebut, OKT hendaklah dibebaskan.

14. Pihak pembelaan berhujah bahawa dari awal iaitu pada 25.6.2015 pihak pembelaan telah memaklumkan akan keperluan kedua-dua saksi tersebut hadir untuk memberikan keterangan bagi pihak pembelaan. Namun pihak pendakwaan hanya mengambil langkah di saat-saat akhir iaitu pada 24.11.2015 untuk mengesan kedua-dua saksi tersebut.

15. Kedua-dua saksi ini ialah ahli keluarga OKT. Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah mengambil berbagai usaha untuk mengesan mereka melalui SP11 ASP Md Maizaili seperti berikut:

(i) Pada 24.11.2015 telah pergi ke alamat sapina No. 18, Jalan Dahlia 1, Puchong Indah berjumpa dengan penama Rita yang mengakui beliau ialah anak Indrani. SP11 dimaklumkan ibunya telah pergi dan berpindah 6 bulan lepas dan tidak tahu ibunya berada di mana;

(ii) semakan saman trafik dibuat dan didapati tiada sebarang saman dikenakan ke atas Indrani;

(iii) Semakan dengan Jabatan Imigresen Selangor mendapati Indrani pernah keluar negara pada 6.10.2013 dan masuk semula pada 4.11.2013. Tiada pergerakan keluar lagi selepas itu;

(iv) Semakan melalui sistem repot polis mendapati Indrani ada membuat 5 laporan polis di negeri Selangor dengan menggunakan alamat yang tercatat di sapina;

(v) Semakan melalui JPJ juga menunjukkan alamat yang terdapat dalam sistem adalah sama seperti tercatat di sapina;

(vi) Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara melalui family tree (P27) terdapat 2 alamat lain kepunyaan adik beradik Indrani iaitu:

(a) Krishnayanie- No. 52 Jalan 18/15B Seksyen 18 Shah Alam. Beliau tidak tahu di mana saksi.

(b) Nathan- No. 20 Jalan Siakap 17/29 Seksyen 17 Shah Alam. Beliau tidak tahu ke mana saksi pergi.

(c) Tholasi- No. 83 Jalan Pegaga U12/11 Desa Alam Seksyen U12 Shah Alam. Beliau tidak tahu ke mana saksi pergi.

(vii) Panggilan telefon menggunakan nombor 019 3875592, 016 6995657 dan 016 9180243 yang dicatatkan dalam rakaman percakapan saksi didapati tiada dalam perkhidmatan.

16. Berkenaan saksi Janaki a/l Murugesu, usaha mengesannya telah dibuat di alamat yang dinyatakan dalam rakaman percakapannya seperti berikut:

(a) No. 8, Tingkat 8, Flat Cheras Ria didapati alamat ini tidak lengkap;

(b) Semakan pada saman trafik didapati tiada rekod;

(c) Semakan di Jabatan Imigresen didapati tiada rekod;

(d) Semakan pada sistem repot PDRM didapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh saksi;

(e) Semakan di Jabatan Pendaftaran Negara melalui family tree didapati wujud nama suami, anak dan ibubapa serta alamat No. 504 Jln PJS 10/24 Blok A Taman Sri Subang Petaling Jaya tetapi gagal menemui rumah tersebut. Alamat-alamat yang dikesan seperti No. 50, Jalan Emas 7 Taman Cheras Perdana atas nama suami didapati tiada penghuni. Seterusnya alamat D-11-6 Ketumbar Height Condo Jln 6/95B Taman Cheras Utama atas nama anak saksi diduduki oleh 1 lelaki cina;

(f) Semakan di JPJ atas nama Janaki mendapati alamat No. 504, Jalan PJS 10/24 Taman Sri Subang Petaling Jaya yang didaftar pada kereta Wira 1.5 Sedan no WQK 570 juga gagal menemui saksi di alamat tersebut;

(g) Nombor telefon yang diberikan oleh Janaki dalam rakaman percakapannya 016 698422 didapati tiada dalam perkhidmatan. Manakala no 014 631124 digunakan oleh seorang perempuan India bernama Komala lebih kurang 6 bulan lalu (Eks P28, P29).

17. Pada pendapat mahkamah, pihak pendakwaan telah mengambil langkah yang bersungguh-sungguh untuk mengesan saksi-saksi Indrani dan Janaki tetapi menemui jalan buntu. Saksi-saksi ini adalah ahli keluarga OKT. Justeru, mahkamah berpendapat walaupun kehadiran saksi-saksi ini menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan namun usaha mengesan saksi-saksi ini akan lebih berkesan jika mendapat kerjasama ahli keluarga OKT.

18. Berdasarkan keterangan SP11 berkaitan usaha mengesan saksi-saksi ini, mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan tiada niat untuk menyembunyikan saksi-saksi tersebut.

19. Seterusnya, mahkamah bependapat bahawa beban pihak pembelaan hanyalah menimbulkan keraguan yang munasabah dan pihak pembelaan tidak terikat dengan anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dalam menimbulkan keraguan yang munasabah. Setakat keterangan yang ada saksi-saksi tersebut didapati tidak memainkan sebarang peranan yang aktif dalam kejadian ini. Mereka hanya sekadar berada di tempat kejadian dan berkemungkinan menyaksikan kejadian ini.”

[30] Kami telah berpeluang meneliti rekod rayuan dan kami mendapati hakim bicara 2 telah membuat dapatan yang betul mengenai isu ini. Tanpa keterangan dua saksi tersebut dan tanpa percakapan mereka, pihak pendakwaan telah berjaya membangkitkan satu kes prima facie terhadap Perayu atas pertuduhan yang dihadapkan. Dua saksi itu bukanlah merupakan saksi-saksi yang penting dan perlu bagi membuktikan kes terhadap Perayu tanpa keraguan yang munasabah berdasarkan keadaan-keadaan dalam kes semasa. Tiada keterangan juga menunjukkan bahawa pihak pendakwaan cuba untuk menyembunyikan keterangan dua saksi tersebut (lihat Ti Chuee Hiang v PP [1995] 3 CLJ 1; Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 dan Seniviratne v R [1936] 3 All ER 36).

[31] Dalam kes Amri Ibrahim & Anor v PP [2017] 1 CLJ 617, Hasan Lah, HMP dalam menyampaikan keputusan mahkamah tertinggi negara, menyatakan seperti berikut mengenai isu yang sama:

“[52] Learned counsel argued that even though the evidence of Phee Chin Guan may not be material at the close of the prosecution’s case, in light of the evidence of the appellants, which were consistent with each other and remained unshaken even after vigorous cross-examination by the prosecution, the only way of rebutting the defence of the appellants was to call Phee Chin Guan as a prosecution witness as he was the only person that was present together with PW4 initially in room No. 1508 and later in room No. 1911.

[53] It is trite law that the discretion lies with the prosecution to call all such witnesses as are essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution’s case is based. Phee Chin Guan was not called as a prosecution’s witness because according to the prosecution, the unfolding of the narrative was sufficient through the evidence of PW4. In any event, Phee Chin Guan was offered to the defence at the close of the prosecution’s case.

[54] At the end of a trial s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on a trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.

[55] Whenever criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution’s case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v. PP [1963] MLJ 263 go one step further before convicting an accused by giving due consideration as to why the defence story, though could not be believed, did not raise any reasonable doubt in the prosecution case (see Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 171). This was done by the learned trial judge.

[56] The issue of the non-calling of Phee Chin Guan was argued before the Court of Appeal by the defence. The Court of Appeal held inter alia that Phee Chin Guan was not an essential or material witness to the prosecution in order to establish a prima facie case at the close of its case or to prove its case beyond reasonable doubt at the end of the defence case and the non-calling of Phee Chin Guan did not leave a gap in the prosecution’s case. It was also held that on the facts of the case, the learned judge did not err in not invoking section 114(g) of the Evidence Act 1950 against the prosecution.

[57] The power of the court to draw an adverse inference under section 114(g) of the Evidence Act 1950 is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material witnesses are not produced (see Lan Song Seng v. Pubic Prosecutor [1998] 1 SLR 663). The scope of section 114(g) has been explained by the Supreme Court in Munusamy v. Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 at p 494:

“...It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.”

[58] On the facts of the case we agree with the finding of the Court of Appeal that adverse inference under section 114(g) of the Evidence Act ought not to be drawn against the prosecution for not calling Phee Chin Guan as its witness. We agree with the reasons given by the Court of Appeal.”

[32] Kami mendapati tiada merit dalam hujahan peguam bela terpelajar mengenai isu ketidak panggilan dua saksi dalam kes ini.

[33] Kami sekarang beralih kepada alasan ketiga rayuan Perayu iaitu berkaitan dengan isu putus rantailan keterangan mengenai penyebab kematian si mati (novo actus interveniens). Peguam bela menimbulkan bantahan bahawa terdapat percanggahan di antara keterangan Dr. Visalini a/p Sammugachandran (SP5), doktor yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang pertama memeriksa si mati yang menyatakan kecederaan si mati sebagai “He had a laceration wound at left side of scalp. No other external injuries”. Sedangkan SP3 menyatakan terdapat 19 tanda kecederaan pada jasad si mati. Si mati telah dipindahkan ke Hospital Sg. Buloh sebelum meninggal dunia. Tidak ada penjelasan bagaimanakah muncul 19 tanda kecederaan pada jasad si mati. Peguam bela menghujahkan timbul keraguan sebab sebenar kecederaan dan kematian si mati. Peguam bela merujuk kepada keputusan dalam kes Chua Kim Hock v PP & other appeals [2015] 8 CLJ 329.

[34] Kami perhatikan isu ini tidak pernah ditimbulkan di mahkamah bawahan di hadapan hakim bicara 1 mahupun di hadapan hakim bicara 2. Ini pertama kali isu ini ditimbulkan di mahkamah di hadapan kami. Setelah meneliti rekod rayuan, kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela bahawa terdapat ‘novus actus’ yang telah secara berkesan mencelah dan mematahkan sebab kematian si mati sebagaimana dijelaskan oleh SP3.

[35] Kami mendapati daripada keterangan SP5 bahawa si mati telah tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 10.30 malam 16.3.2011. Prosedur CT scan terhadap bahagian kepala si mati telah dilakukan dan si mati dirujuk kembali kepada SP5 lebih kurang jam 12.20 tengah malam (17.3.2011). Keadaan si mati semakin teruk dan CT scan kali kedua telah dilakukan menunjukkan si mati mengalami ‘conning’ iaitu kewujudan pendarahan yang banyak di dalam otak si mati dan perlukan pembedahan segera. Pada jam 2.45 petang, 17.3.2011, si mati telah dirujuk ke Hospital Sg. Buloh dan proses pembedahan telah diaturkan dengan segera. Namun, sebelum sempat pembedahan dilakukan, si mati telah meninggal dunia di atas meja bedah. Oleh itu, dimanakah keterangan yang menunjukkan kemungkinan terdapat ‘novus actus’ sebagai penyebab kematian si mati. Hujahan peguam bela Perayu adalah jauh tersasar. Tidak berlaku putus rantaian keterangan penyebab kematian si mati dalam kes ini. Keterangan adalah jelas dan tidak memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebab kematian si mati.

[36] Mengenai perbezaan jumlah kecederaan antara keterangan SP5 dengan keterangan SP3, penjelasan yang mudah adalah bahawa SP5 hanya membuat pemeriksaan luaran terhadap kecederaan di kepala si mati. Sedangkan SP3 telah menjalankan post mortem terhadap jasad si mati dan telah menemui sebanyak 19 jenis kecederaan luaran sepertimana dalam laporan post mortem (ex. P8) yang SP3 sediakan. Kami perhatikan 19 kecederaan yang dialami kebanyakannya di bahagian kepala dan bahagian tangan dan kaki. Ini dapat dijelaskan bahawa menurut keterangan SP7 dan SP8, si mati telah dipukul di kepala dengan kayu ‘beroti’ oleh Perayu sehingga si mati jatuh ke atas jalan raya dan kemudian dipukul sekali lagi oleh Perayu di bahagian kepala. Kebanyakan kecederaan selain kecederaan retak tengkorak kepala, kecederaan luaran hanyalah berupa lebam, luka lecet dan calar yang berkemungkinan disebabkan si mati jatuh ke atas jalan raya. Di m/s 47 Rekod Rayuan Jilid 3, SP3 menyatakan 19 kecederaan luaran dan kecederaan dalaman si mati adalah seperti berikut:

“MARKS OF INJURY

1. Abraded bruise, 5.5 x 4 cm on right half and middle part of forehead.

2. Haematoma, 3.5 x 1.2 cm on right upper eyelid.

3. Punctate abrasion, 3 x 1.2 cm over right maxilla.

4. A group of 3 abrasions, on the nose, measuring 1.3 x 0.5 cm, 1 x 0.5 cm and 1 x 0.4 cm respectively from above to below.

5. Laceration, 2 x 1 cm on philtrum.

6. Bruise, 1.8 x 1.5 cm on inner aspect of upper lip.

7. Abrasion, 0.8 x 0.6 cm on outer aspect of lower lip.

8. Abrasion, 0.6 x 0.3 cm on right half of body of mandible.

9. Lacerated abrasion, 2 x 0.5 cm on back of left shoulder.

10. Abrasion, 5.5 x 2 cm over right iliac crest.

11. A group of 3 abrasions, measuring 3 x 2 cm, 4 x 2.5 cm and 0.5 x 0.5 cm respectively from proximal to distal, on the posterolateral aspect of right wrist and hand.

12. Abrasions, 4.5 x 1 cm on posteromedial aspect of right wrist and hand.

13. Abraded bruise, 12 x 11 cm over right elbow region.

14. Bruise, 5.5 x 4 cm on lateral half of back of right hand.

15. A group of 4 abrasions on back of left hand, measuring 1 x 1 cm, 2 x 1.5 cm, 1.3 x 0.5 cm and 1 x 0.3 cm respectively from proximal to distal.

16. Abrasion, 3 x 3 cm on left elbow.

17. A group of 3 abrasions on left knee, measuring 1 x 1 cm, 2 x 1 cm and 1 x 1 cm.

18. Bruise, 3 x 2 cm on dorsum of right foot, in front of ankle.

19. Multiple abrasions on the dorsum of right 3rd, 4th and 5th toes.

INTERNAL EXAMINATION

HEAD

Scalp and Skull

The following injuries were noted:

Subgaleal haematoma, 7 x 4 cm on right frontal area.

Thick subgaleal haematoma, 15 x 13 cm over left parieto-­temporal areas with haematoma of left temporalis. This wound was associated with fissure fracture of left parietal and temporal bones, with extension to the left posterior cranial fossa, measuring 13 cm in length.

Subgaleal haematoma, 7 x 7 cm also over left occipital area with a fissure fracture, measuring 5 cm in length along the left parasagittal plane of left posterior cranial fossa before entering the foramen magnum.

Meninges

Extradural haemorrhage, 8 x 7 cm over left temporal lobe with thin subdural haemorrhage over left cerebral hemisphere. Subdural haemorrhage, 15 x 9 cm also noted on superolateral and basal surfaces of right temporal lobe.

Brain

The brain weighed 1325 grams and was oedematous. Multiple cortical contusions noted on the medial half of basal surface of frontal lobes, basal surface of right temporal lobe and both temporal poles. Cut sections of the brain showed no intra-cerebral bleeding or inter-ventricular haemorrhage. The circle of Willis was intact”.

[37] Dalam kes Chua Kim Hock, supra, yang dirujuk oleh pihak pembelaan, fakta kes itu menyamai fakta dalam kes rayuan di hadapan kami. Mahkamah ini dalam kes itu telah menolak dakwaan pembelaan bahawa wujud pemutusan rantaian penyebab kepada kematian si mati. Dalam kes itu, Abang Iskandar, HMR, menyatakan seperti berikut:

“There was no break in the chain of causation in the prosecution’s case. It was the injury suffered by the deceased at the Jalan Johor, Semabok that was caused by the appellants that had caused bleeding in his brain. That injury eventually, but effectively and significantly, if not singularly, had caused his death. There were 19 external injuries in the head area of the deceased alone. In the circumstances, the fact that the investigating officer did not pursue a forensic run on the grass found in the deceased’s hair angle, would not be of any material consequence to the prosecution’s case. There was no ‘nova actus’ that had effectively intervened, and broke the cause of death of the deceased. The evidence had clearly shown that the acts of the appellants had caused the death of the deceased.”

[38] Mengenai alasan keempat dan keenam rayuan Perayu, peguam bela menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah bergantung kepada seksyen 300(c) KK untuk membuktikan bahawa perbuatan Perayu dan kecederaan yang dialami oleh simati terjumlah kepada kesalahan bunuh. Hakim bicara 2 dalam penghakimannya bersetuju dengan pemakaian seksyen 300(c) KK dan membuat dapatan berikut:

“Keterangan SP3 sebagai seorang pakar dalam bidang ‘Forensik Pathology’ adalah diterima setelah ketiadaan keterangan yang bertentangan. Justeru kesimpulan dari keterangan SP3 yang menyatakan kecederaan kepala yang mengakibatkan kematian si mati berasaskan jenis kecederaan yang ‘fatal’ yang dialami adalah diterima sebagai suatu keterangan yang konklusif.”

[39] Peguam bela terpelajar berhujah bahawa dalam keterangan SP3, tidak terdapat keterangan untuk membuktikan elemen di bawah seksyen 300(c) KK iaitu bahawa ‘the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death’. Sebaliknya, SP3 dalam keterangannya hanya menyatakan ‘chance of survival is very slim’. Peguam bela terpelajar merujuk kepada keputusan dalam kes Tham Kai Yau v PP [1976] 1 LNS 159 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan yang menekankan peri pentingnya untuk pakar pathologi menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya membawa kematian kepada si mati.

[40] Seterusnya peguam bela telah merujuk kepada keputusan mahkamah ini dalam kes PP v Megat Shahrizat Megat Shahrur [2011] 5 CLJ 608 di mana Ahmad Maarop, HMR [sekarang HB (Malaya)] dalam penghakimannya menyatakan:

“Under s. 300(c) of the Penal Code it is not enough to prove that the injury found to be present is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. In addition, it must also be proved that the injury to be present is the injury intended by the accused.”

[41] Berdasarkan dua alasan di atas, iaitu SP3 tidak menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya boleh membawa kematian kepada si mati dan tidak ada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa Perayu mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan yang dialami oleh si mati, dihujahkan bahawa hakim bicara telah khilaf apabila gagal untuk membuat pertimbangan sewajarnya dan memutuskan Perayu didapati bersalah atas kesalahan homisid salah yang tidak terjumlah kepada pembunuhan, suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) KK.

[42] Kami telah meneliti keterangan lisan dan laporan post mortem (P8), kami mendapati benar bahawa SP3 telah gagal untuk menyatakan kecederaan yang dialami oleh si mati secara lazimnya akan membawa kematian kepada si mati, namun SP3 telah menerangkan bahawa kecederaan di kepala si mati adalah ‘fatal in nature’ dan ‘chance of survival is very slim’. Keterangan SP3 ini memadai untuk membuat kesimpulan bahawa kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya akan mendatangkan kematian si mati. Perayu telah memukul kepala si mati sebanyak 2 kali dengan menggunakan kayu ‘beroti’ sememangnya mempunyai niat untuk mematikan si mati. Perayu telah memilih untuk memukul kepala si mati, organ penting manusia dan tidak pada bahagian lain badan si mati menunjukkan niat sebenar Perayu.

[43] Kami perturunkan keterangan SP3 seperti di m/s 6-7 Rekod Rayuan Jilid 2, seperti berikut:

“All these injuries caused by blunt force, blunt objects like fist, hand or any rough surface. Injuries on “Marks of Injury" are not fatal.

On internal examination I found there was injuries which in page 3 and 4 (refer to page 3 and 4 or P8). I found 2 badly injured area. Haemorrhage-caused by blunt force/ blunt object. One mechanism-impact-bleeding and fracture.

On the head-3 blows-2 hard/ strong enough to cause a skull fracture. One impact does not associate with fracture. The injury to underlying brain is fatal in nature. Blunt object-any with rough surface-wood is a possible cause. Force-in this case is strong enough to cause fracture. The scalp protected the brain.

Hitting on the skull is reverse because there was underlying structure of brain. Overall head injury pattern-chance of survival is very slim. If brought to hospital, doctor will resuscitate the patient and will refer to neuro surgeon after the CT scan. The neuro surgeon will decide hence further.

Cloning-effect when the brain so swollen, its compressing the structure and some part of brains causing a pressure and cause to the structure.

Coning-swelling of brain causing compressing effect to certain part of the brain e.g. uncos, tonsils and therefore herniating to the potential space of the brain and causing compressive effect to that part of the brain.

Brain swelling-correspond to injury to the brain. Coning-patient will die e.g. in case of tonsils of the small brain causing compression to brain stem which regulate the respiration and heart will cause instant death.

The brain was already grossly swollen, it’s enough to causing coning. Mouth throat and neck structure-no significant findings. All other injuries other than the head were secondary in response to head injury and would not have caused the death.”

[44] Dalam kes Tham Kai Yaw & Ors, supra, Raja Azlan Shah, FJ (sebagaimana Almarhum ketika itu) telah menjelaskan perbezaan antara kesalahan bunuh dan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan bunuh seperti berikut:

“We therefore intend to deal at some length to emphasise and to discuss the distinctions between the provisions of section 299, Penal Code and section 300, Penal Code.

Section 299, Penal Code enacts that a person commits culpable homicide, if the act by which the death is caused is done: (a) with the intention to cause death; (b) with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death; (c) with the knowledge that... the act is likely to cause death.

Section 300, Penal Code defines murder as follows. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if the act by which the death is caused is done: (1) with the intention of causing death; (2) with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused; (3) with the intention of causing such bodily injury to any person, and ... Is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; (4) with the knowledge that the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death.

The words which I have italized show the marked differences between the two offences. Where there is an intention to kill, as in (a) and (1), the offence is always murder. Where there is no intention to cause death or bodily injury, then (c) and (4) apply. Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder. Illustration (d) of section 300, Penal Code is a case of this description. Where the offender knows that the particular person injured is likely, either from peculiarity of constitution, immature age, or other special circumstances, to be killed by an injury which would not ordinarily cause death, it is murder. Illustration (b) of section 300, Penal Code is a good example. The essence of (b) and (3) is this. It is culpable homicide if the bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death; it is murder, if such injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Illustration (c) given in section 300, Penal Code is an example. It is on a comparison of these two limbs of section 299 and section 300 that the decision of doubtful cases as the present must generally depend. The distinction is fine, but noticeable. In the last analysis, it is a question of degree of probability.

A comparison that frequently arises in the application of sections 299 and 300 is the tenuous contention that section 299 is not a substantive offence and therefore an offence is either murder or culpable homicide according to whether or not one of the exceptions to section 300 apply, and if by reason of the absence of the necessary degree of mens rea and offence does not fall within section 300, it cannot be one of culpable homicide not amounting to murder punishable under section 30, Penal Code, but would amount to causing grievous hurt. In our view, the correct approach to the application of the two sections is this. Section 299 clearly defines the offence of culpable homicide. Culpable homicide may not amount to murder (a) where the evidence is sufficient to constitute murder, but one or more of the exceptions to section 300, Penal Code apply, and (b) where the necessary degree of mens rea specified in section 299 is present, but not the special degrees of mens rea referred to in section 300, Penal Code. We would like in this connection to express the need to bear in mind that all cases falling within section 300, Penal Code must necessarily fall within section 300. The first part of section 304, Penal Code covers cases which by reason of the exceptions are taken out of the purview of section 300, clauses (1), (2) and (3) but otherwise would fall within it and also cases which fall within the second part of section 299, but not within section 300, clauses (2) and (3). The second part of section 304, Penal Code covers cases falling within the third part of section 299 not falling within section 300, clause (4).

In the present appeal we think that in view of the nature of the injuries sustained by the deceased and the time and place of the incident, there was evidence of an intention on the part of the appellants to cause bodily injury to the deceased. Therefore in those circumstances, the fine distinction between section 299 and section 300 is very important and that point should have been put clearly to the jury in such a away that they would be able to come to a correct conclusion. The forensic practice of reading section 299 and section 300 to juries is likely to confuse rather than help. In view of what we have stated above, a case such as the present must therefore fall within the second part of section 299 or the third clause of section 300. Speaking generally, if the act must in all probability cause death, the offence is within section 300, Penal Code, and if the act is only likely to cause death, the offence falls within section 299, Penal Code. None of the exceptions to section 300, Penal Code were established. In ordinary circumstances we should probably have had little difficulty in upholding the convictions of the appellants for murder but in view of the nature of the medical evidence which we have touched on earlier, we felt the case might not unreasonably be brought within the lesser offence of culpable homicide not amounting to murder, falling within the first part of section 304, Penal Code. We have thought it necessary to deal with this matter at some length to ensure if possible that our finding shall not be construed as a declaration that in all cases such as the present the offence is culpable homicide not amounting to murder.”

[45] Dalam kes di hadapan kami, SP3 telah menyatakan bahawa terdapat 19 kecederaan luaran yang tidak fatal dan tiga kecederaan di kepala yang fatal. Kecederaan-kecederaan tersebut telah kami sebutkan di perenggan [35] penghakiman ini. Menurut SP3, kecederaan-kecederaan di kepala yang fatal adalah konsisten dengan disebabkan oleh benda tumpul atau permukaan yang keras, kemungkinannya kayu. Berdasarkan kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh si mati, peluang untuk Perayu hidup adalah tipis. Ini terbukti apabila si mati telah pun meninggal dunia sebelum sempat dibedah untuk membuang darah yang membeku di dalam kepala dan otak si mati. Kematian si mati berlaku dalam tempoh hanya beberapa jam selepas kecederaan-kecederaan tersebut dikenakan kepadanya oleh Perayu.

[46] Dalam kes Shamim Reza Abdul Samad v PP [2009] 6 CLJ 123 Suriyadi Halim Omar, HMR (ketika itu) menyatakan bahawa melalui sifat kecederaan-kecederaan yang dikenakan dan dialami oleh si mati dapat menunjukkan niat sebenar tertuduh untuk membunuh. Kami petik penghakiman YA tersebut di m/s 137, seperti berikut:

“[31] The above evidence amplifies the number of cuts and stab wounds, the depth of the knife’s penetration, what it injured, and the effect. What can one say from this report except that if a singular deep and penetrating knifing of the deceased, and seriously injuring a vital organ could cause death (see injury 8), the series of 25 stabbings were an overkill. By no sretch of the imagination could section 304 of the Penal Code be applicable in this case. The very nature of the wounds here were sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The cuts, stabs and wounds were not just to frighten the deceased but to terminate her life. As SP23 said, “dengan kecederaan kepada si mati peluang untuk hidup adalah tipis (with the injuries on the deceased her chances of survival were slim)"." [penekanan oleh kami]

[47] Dalam kes Perayu di hadapan kami, menurut siasatan oleh SP10 dan SP11, si mati telah dipukul dengan kuat di kepala sekali oleh Perayu sehingga si mati jatuh ke atas jalan raya. Apabila si mati cuba bangun, Perayu telah memukul kepala si mati kali kedua menggunakan kayu ‘beroti’ (beluti) yang sama. Adalah jelas tindakan Perayu tersebut terjumlah di bawah limb (c) dan/atau limb (d) seksyen 300 KK. Perayu sendiri sewajarnya tahu bahawa kecederaan yang dia kenakan terhadap si mati sama ada ‘sufficient in the ordinary course of nature to cause death’ dan/atau ‘with the knowledge that the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death’. Oleh itu kami berpandangan, alasan rayuan keempat dan keenam Perayu seharusnya gagal.

[48] Alasan rayuan terakhir Perayu (kelima) ialah hakim bicara 2 gagal untuk memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pembelaan mempertahankan diri yang ditimbulkan oleh Perayu. Hakim bicara 2 telah menolak pembelaan Perayu tersebut atas alasan bahawa perkara tersebut tidak pernah dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan. Namun peguam bela menghujahkan bahawa kegagalan untuk berbuat demikian tidak fatal. Peguam bela juga berhujah bahawa ucapan pembukaan (P3) mengakui bahawa telah berlaku satu pergaduhan sebelum Perayu memukul si mati. Perayu dalam pembelaannya menyatakan bahawa dia telah memukul si mati untuk mempertahankan diri apabila si mati cuba menyerangnya dan Thines dengan parang. Tidak dinafikan pembelaan Perayu ini hanya timbul semasa kes pembelaan.

[49] Dalam menolak pembelaan mempertahankan diri itu, hakim bicara 2 telah berpegang kepada keputusan dalam beberapa kes termasuklah Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212; Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 MLJ 151; Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 MLJ 154; Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 MLJ 209. Salah satu prinsip undang-undang mantap yang dapat diperoleh daripada kes-kes tersebut adalah bahawa kegagalan untuk menyoalbalas saksi-saksi pendakwaan atas isu-isu penting pembelaan Perayu terjumlah kepada penerimaan keterangan saksi-saksi pendakwaan tersebut. Kesannya adalah bahawa kredibiliti Perayu tergugat. Walau bagaimanapun, keterangan pembelaan Perayu telah dipertimbangkan oleh hakim bicara 2 dan telahpun ditolak. Kami mendapati dapatan fakta yang dibuat oleh hakim bicara 2 tidak wajar diubah di peringkat rayuan Perayu di hadapan kami.

[50] Pembelaan mempertahankan diri diperuntukkan di bawah kekecualian 2 seksyen 300 KK. Selain itu pembelaan Perayu berasas kepada kekecualian 4 seksyen yang sama iaitu bahawa Perayu tidak merancang pembunuhan si mati dan kejadian berlaku akibat daripada satu pergaduhan yang timbul dengan secara tiba-tiba. Kami perturunkan kedua-dua kekecualian 2 dan 4 seksyen 300 KK untuk kesenangan rujukan:

“Exception 2-Culpable homicide is not murder if the offender, in the exercise in good faith of the right of private defence of person or property, exceeds the power given to him by law, and causes the death of the person agains whom he is exercising such right of defence, without premeditation and without any intention of doing more harm than is necessary for the purpose of such defence.

ILLUSTRATION

Z attempts to horsewhip A, not in such a manner as to cause grievous hurt to A. A draws out a pistol. Z persists in the assault. A, believing in good faith that he can by no other means prevent himself from being horsewhipped, shoots Z dead. A has not committed murder, but only culpable homicide.

Exception 4-Culpable homicide is not murder if it is committed without premeditation in a sudden fight in the heat of passion upon a sudden quarrel, and without the offender having taken undue advantage or acted in a cruel or unusual manner.

Explanation-It is immaterial in such cases which party offers the provocation or commits the first assult.”

[51] Kami ingin menyatakan prinsip bahawa rayuan Perayu merupakan kesinambungan perbicaraan. Oleh itu, kami mempunyai budi bicara untuk menimbangkan pembelaan Perayu pada peringkat ini. Sebelum itu, kami ingin menyatakan kedudukan perundangan mengenai beban pembuktian yang terletak atas bahu pihak pembelaan untuk membuktikan pembelaan mereka, bukan atas mengemukakan keterangan semata-mata (evidential burden), tetapi harus memikul beban itu atas imbangan kebarangkalian. Seksyen 105 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan:

“105. When a person is accused of any offence, the burden of proving the existence of circumstances bringing the case within any of the general exceptions in the Penal Code, or within any special exception or proviso contained in any other part of the same Code, or in any law defining the offence, is upon him, and the court shall presume the absence of those circumstances.

ILLUSTRATIONS

(a) A accused of murder alleges that by reason of unsoundness of mind he did not know the nature of the act.

The burden of proof is on A.

(b) A accused of murder alleges that by grave and sudden provocation he was deprived of the power of self control.

The burden of proof is on A.

(c) Section 325 of the Penal Code provides that whoever, except in the case provide for by section 335, voluntarily causes grievous hurt shall be subject to certain punishments.

A is charged with voluntarily causeing grievous hurt under section 325.

The burden of proving the circumstances, bringing the case under section 335, lies on A.”

[52] Kami sekali lagi meneliti keterangan SP7 dan SP8 yang jelas menyatakan bahawa si mati berada di dalam kereta Pajero semasa kekecohan mula berlaku di satu padang di hadapan rumah Indrani. Melihat kekecohan itu, si mati telah keluar dari kereta Pajero menuju ke tempat kejadian. Perayu telah menolak si mati sehingga si mati telah terjatuh atas jalan dalam keadaan tertiarap. Masa dalam keadaan terbaring, Perayu telah memukul dua kali di kepala si mati. Keterangan SP7 di m/s 20 Rekod Rayuan Jilid 2 seperti berikut:

“Mugilan yang berada dalam Pajero keluar dan datang ke tempat kejadian. Thinakaran telah menolak Mugilan jatuh ke jalan raya. Thinakaran pukul Mugilan dengan kayu dua kali di kepala. Masa dipukul Mugilan terbaring di jalan raya.

Pukul di kepala di belakang. Mugilan jatuh tersungkur, belakang kepala ke atas. Muka ke bawah. Thinakaran pukul dengan kuat (demonstrate)-kedua-dua kali. Sekali sangat kuat, kedua tak sangat. Thinakaran yang pukul Mugilan ada di mahkamah (OKT dicamkan).”

[53] Keterangan SP8 yang menyokong keterangan SP7 adalah seperti berikut di m/s 47-48 Rekod Rayuan Jilid 2:

“Mugilan keluar dari kereta. OKT dan kawan-kawannya memukul Mugilan. Mugilan menjerit dan saya toleh ke arah Mugilan barulah saya nampak OKT menolak Mugilan. Saya menjerit. Tidak buat apa-apa. Mugilan terjatuh tersungkur. Saya pergi ke arah Mugilan cuba angkat dia. Sebelum itu OKT datang ke arah Mugilan dan tendangnya di belakang. Lepas itu dia pergi untuk membawa kayu beroti dan memukul kepala Mugilan sekali. Saya tolak OKT dan beritahu jangan pukul dia. OKT pula cuba untuk memukul saya. Saya mengelak dan sekali lagi OKT memukul Mugilan di kepala. Saya menjerit. Vinot datang untuk cuba elak OKT tetapi OKT sempat memukul Mugilan di kepala.

Kayu beroti dari rumah ketiga lepas rumah Indrani. Rumah itu buat renovation ada tong sampah, ambil di situ…”

[54] Keterangan SP7 dan SP8 langsung tidak dicabar atau disyorkan bahawa sebenarnya si mati yang agresif, membawa parang dan cuba menyerang Perayu dan Thines. Perkara si mati cuba menyerang Thines dan Perayu dengan menggunakan parang hanya timbul semasa Perayu memberikan keterangan membela diri. Manakala keterangan SD2 menyatakan hanya dia melihat ada orang memegang parang tetapi tidak dapat mengecam siapakah orang itu. SD2 juga melihat orang memegang parang selepas kejadian si mati dipukul oleh Perayu. Oleh itu Perayu gagal mengemukakan keterangan mengenai pembelaan pertahanan diri dan pembelaan pergaduhan yang tidak dirancang.

[55] Sekiranya pun mahkamah menerima keterangan Perayu bahawa si mati memegang parang untuk menyerangnya dan Thines, fakta yang tidak dipertikai menunjukkan bahawa si mati telah jatuh selepas ditolak oleh Perayu dan Perayu telah pergi ke rumah jiran ketiga mengambil kayu beroti dan datang semula memukul kepala si mati sekali dengan kuat ketika si mati sedang terbaring. Walaupun cuba dihalang oleh SP8, Perayu telah memukul kali kedua kepala si mati yang masih dalam keadaan terbaring di atas jalan. Dalam keadaan sedemikian, jelas Perayu telah melampaui hak untuk mempertahankan diri serta telah juga bertindak dalam keadaan ‘having taken undue advantage or acted in cruel or unusual manner’.

[56] Sekiranya benar si mati cuba menyerang dengan menggunakan parang dengan datang membawa parang dari kereta Pajero, tindakan yang munasabah adalah untuk Perayu dan Thines lari dari situ, bukannnya Perayu menolak si mati dan kemudian pergi mengambil kayu beroti dan datang semula ke tempat Perayu yang sedang terbaring lalu memukul kepala Perayu sebanyak dua kali menggunakan kayu beroti tersebut.

[57] Oleh itu kami menolak alasan rayuan kelima Perayu. Perayu tidak berhak untuk mendapat pertimbangan di bawah kekecualian 2 dan/atau kekecualian 4 seksyen 300 KK. Kami mendapati tindakan Perayu memukul kepala si mati dengan kayu tidak boleh diterima dan tidak munasabah. Tindakan Perayu memukul kepala si mati dalam keadaan Perayu sedang terbaring juga tidak munasabah dan telah melampaui pembelaan pertahanan diri serta satu tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan. Tindakan Perayu pergi mengambil kayu beroti dan datang semula memukul si mati yang sedang terbaring juga tidak boleh dimaafkan, tidak sepatutnya dan telah bertindak secara kejam. (Lihat Chung Tain Kong v PP [2010] 2 CLJ 397 dan Mohamed Kunjo v PP [1978] 1 MLJ 51).

Kesimpulan

[58] Berdasarkan alasan-alasan yang kami nyatakan di atas, kami mendapati rayuan Perayu tidak mempunyai sebarang merit. Kami juga mendapati sabitan terhadap Perayu adalah selamat dan disokong melalui keterangan yang kukuh dan mencukupi. Rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi disah dan dikekalkan.

Bertarikh: 15 Mac 2018

t.t.

KAMARDIN BIN HASHIM
Hakim
Mahkamah Rayuan Malaysia

COUNSEL

Bagi Pihak Perayu: T. Vijayandran, Tetuan T. Vijay & Co, Unit 3.02D (East Wing), Level 3, Menara BRDB Bangsar, 285 Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, 59000 Kuala Lumpur

Bagi Pihak Responden: Aslinda Mohd Ahad, Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya

Legislation referred to:

Akta Keterangan 1950, Seksyen-seksyen 105, 114(g)

Kanun Acara Jenayah, Seksyen-seksyen 112, 179

Kanun Keseksaan, Seksyen-seksyen 300, 300(c), 300(d), 302, 304(a), 304(b)

Judgments referred to:

Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 MLJ 209

Amri Ibrahim & Anor v PP [2017] 1 CLJ 617

Chieng Chung Ting v PP [2015] 1 CLJ 765

Chua Kim Hock v PP & Other Appeals [2015] 8 CLJ 329

Chung Tain Kong v PP[2010] 2 CLJ 397

Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 MLJ 154

Mohamed Kunjo v PP [1978] 1 MLJ 51

Munusamy v PP[1987] 1 MLJ 492

Nor Alip Mohd Khandar lwn PP [2012] 5 CLJ 669

PP v Daniel Ionel Turcan [2016] 1 LNS 1822

PP v Megat Shahrizat Megat Shahrur [2011] 5 CLJ 608

PP v Resty Agpalo & Ors [2011] 2 CLJ 441

PP v Sa’ari bin Jusoh [2007] 2 MLJ 409

Seniviratne v R [1936] 3 All ER 36

Shamim Reza Abdul Samad v PP [2009] 6 CLJ 123

Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 MLJ 151

Tham Kai Yau v PP [1976] 1 LNS 159

Ti Chuee Hiang v PP [1995] 3 CLJ 1

Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212

Notice: The Promoters of Malaysian Judgments acknowledge the permission granted by the relevant official/ original source for the reproduction of the above/ attached materials. You shall not reproduce the above/ attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Promoters and/or the original/ official source. Neither the Promoters nor the official/ original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/ attached materials. The Promoters and the official/ original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, Malaysian Judgments and contents herein are subject to the Terms of Use.