THE OFFICIAL REPOSITORY OF
MALAYSIAN JUDGMENTS & RULINGS

[2018] MYCA 75 MALAY

Selva Kumar A/L Supramaniam v Pendakwa Raya and Another Appeal
Suit Number: Rayuan Jenayah Nos. W-05(M)-24-01/2017 & W-05(M)-26-01/2017 

PENGHAKIMAN

Latarbelakang

[1] Perayu-perayu dalam kes ini telah dituduh secara niat bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (‘Akta’) yang membawa hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan.

[2] Butir-butir pertuduhan adalah seperti berikut:

“Bahawa kamu bersama-sama pada 16.5.2015 jam lebih kurang 5.00 petang di rumah kosong tidak bernombor, Jalan Tenggiri off Jalan Riong, Bangsar dalam daerah Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam melaksanakan niat bersama telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 2917.41 gram. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”

[3] Di akhir perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi (‘hakim bicara’) telah mensabitkan perayu-perayu dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman mati mandatori ke atas perayu-perayu. Terkilan dengan sabitan dan hukuman tersebut, perayu-perayu telah merayu ke Mahkamah ini.

[4] Kami telah mendengar rayuan perayu-perayu pada 8.1.2018. Setelah mendengar hujahan pihak-pihak dan meneliti rekod rayuan, kami telah dengan sebulat suara menolak rayuan perayu kedua. Kami juga telah menolak rayuan perayu pertama melalui keputusan majoriti (YA Dato’ Setia Haji Mohd Zawawi Salleh, menentang).

[5] Kami telah memerintahkan sabitan dan hukuman mati oleh hakim bicara terhadap perayu-perayu disahkan dan dikekalkan. Kami perincikan alasan-alasan penolakan rayuan perayu-perayu seperti berikut.

Kes Pendakwaan

[6] Kes pihak pendakwaan telah dibentangkan secara terperinci dalam penghakiman hakim bicara. Setakat yang berkaitan untuk maksud rayuan perayu-perayu, kami ringkaskan kes pihak pendakwaan seperti berikut. Pada 16.5.2015 lebih kurang jam 5.00 petang, bertindak atas maklumat ASP Mohd Nazri bin Ismail (SP3) mengetuai satu pasukan polis telah membuat pemerhatian di sebuah rumah kosong yang terletak bersebelahan dengan sebuah Kuil Hindu, di Jalan Tenggiri off Jalan Riong, Bangsar (‘rumah tersebut’). Hasil pemerhatian yang dijalankan selama lebih kurang 15 minit, SP3 melihat terdapat dua (2) buah motosikal di luar rumah tersebut. SP3 dapat melihat di dalam rumah tersebut terdapat seorang lelaki sedang berdiri.

[7] Selepas 15 minit membuat pemerhatian, SP3 dan anggota pasukannya terus membuat serbuan ke dalam rumah tersebut. Apabila masuk ke dalam rumah tersebut, SP3 melihat terdapat dua orang lelaki bangsa India berada di dalam rumah tersebut. Seorang lelaki India yang dicamkan sebagai perayu pertama sedang duduk di atas sebuah katil dan seorang lagi (perayu kedua) sedang berdiri sambil memotong bahan-bahan tumbuhan kering disyaki dadah ganja.

[8] Samasa serbuan dilakukan, SP3 menyatakan bahawa perayu-perayu cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. SP3 juga menyatakan bahawa perayu-perayu kelihatan berada dalam keadaan takut dan cemas. SP3 melakukan pemeriksaan fizikal ke atas perayu-perayu tetapi tidak menemui sebarang barang salah.

[9] SP3 telah menjalankan pemeriksaan di dalam rumah tersebut dan telah menjumpai di atas sebuah meja kayu, terdapat lima (5) peket plastik lutsinar yang berisi daun-daun kering yang telah dipotong disyaki ganja dengan anggaran berat kasar keseluruhan 83 gram (eksibit P9E, P10A, P10B, P9F dan P10C).

[10] Di bawah meja yang sama di mana perayu kedua pada mulanya dilihat sedang memotong bahan-bahan tumbuhan kering disyaki ganja tersebut, SP3 telah menemui satu plastik besar berwarna hitam (eksibit P9A), di dalamnya terdapat tiga (3) peket plastik lutsinar setiap satunya berisi ketulan mampat disyaki dadah ganja dengan anggaran berat kasar 2,905 gram (eksibit P9B, P9C dan P9D).

[11] Selain itu, SP3 turut menemui dan merampas barang-barang kes seperti berikut:

(i) Satu papan pemotong yang digunakan oleh perayu kedua untuk memotong ganja (eksibit P19);

(ii) Sebilah pisau dengan pemegangnya berwarna merah (eksibit P20);

(iii) Satu alat penimbang digital Pocket Scale jenama ‘Zero’ (eksibit P21);

(iv) Satu alat ‘sealer’ jenama ‘Panalux’ (eksibit P22);

(v) Satu rangkai tiga (3) batang anak kunci yang dirampas dari dalam poket seluar perayu pertama;

(vi) Satu telefon bimbit jenama iPhone, milik perayu pertama (eksibit P23);

(vii) Satu telefon bimbit jenama Samsung, milik perayu pertama (eksibit P24);

(viii) Satu telefon bimbit jenama Nokia, milik perayu kedua (eksibit P25); dan

(ix) Wang tunai RM900.00.

[12] Kedua-dua tangkapan dan barang-barang kes yang dirampas termasuk barang-barang kes disyaki dadah ganja telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Perayu-perayu dan semua barang kes kemudiannya telah diserahkan oleh SP3 kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Siti Farah Halina binti Mohd Redzuan (SP4), untuk tindakan lanjut.

[13] Barang-barang kes disyaki dadah ganja (eksibit P9E, P10A, P10B, P9F, P10C, P9B, P9C dan P9D) telah dihantar oleh SP4 kepada ahli kimia, Norhaya binti Jaafar (SP2) untuk pemeriksaan dan analisis. SP2 telah mengesahkan bahawa hasil analisis yang telah beliau jalankan, semua barang kes bahan tumbuhan berupa daun-daun kering yang beliau terima daripada SP2 tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis dengan jumlah berat 2,917.41 gram, yang menjadi hal perkara dalam pertuduhan. SP2 juga mengesahkan bahawa Cannabis tersenarai di bawah Jadual Pertama kepada Akta.

[14] Saksi SP2 turut mengesahkan bahawa hasil analisis ke atas papan pemotong (eksibit P19), pisau pemotong (eksibit P20) dan satu alat penimbang digital Pocket Scale jenama ‘Zero’ (eksibit P21) mempunyai kesan ‘cannabis resin’ seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta.

Dapatan Hakim Bicara di Akhir Kes Pendakwaan

[15] Di akhir kes pendakwaan hakim bicara setelah membuat pertimbangan secara maksima keterangan saksi-saksi pendakwaan, mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua-dua perayu. Hakim bicara telah berpuas hati bahawa semua inti pati pertuduhan telah dibuktikan terhadap perayu-perayu oleh pihak pendakwaan.

[16] Hakim bicara telah menerima keterangan saksi SP2 mengenai analisis yang telah dijalankan bagi mencapai keputusan 100% bahawa barang-barang kes berupa tumbuhan daun-daun kering yang beliau terima daripada SP4 ialah dadah berbahaya Cannabis dengan jumlah berat 2,917.41 gram. Kepakaran dan analisis yang telah dilakukan serta dapatan dan keputusan yang dicapai oleh SP2 langsung tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak pembelaan.

[17] Mengenai elemen milikan, hakim bicara telah menerima keterangan saksi tunggal pihak pendakwaan iaitu SP3 untuk membuat dapatan bahawa perayu-perayu mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan terhadap dadah Cannabis yang dipertuduhkan. Dalam membuat dapatan itu, hakim bicara telah menerima dan berpegang kepada fakta-fakta berikut:

(a) Semasa serbuan dilakukan, perayu-perayu dilihat oleh SP3 berada dalam keadaan cemas, takut dan cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Keterangan mengenai kelakuan perayu-perayu ini boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan memerlukan penjelasan daripada perayu-perayu di bawah seksyen 9 Akta yang sama;

(b) serbuan telah dilakukan dalam tempoh masa antara 1-2 jam selepas SP3 menerima maklumat dari orang awam;

(c) SP3 telah membuat pemerhatian terhadap rumah tersebut untuk selama lebih kurang 15 minit dan dalam tempoh masa tersebut SP3 hanya melihat perayu-perayu sahaja yang berada dalam rumah tersebut. Tidak ada orang lain yang berada di sana bersama barang kes dadah yang dipertuduhkan; dan

(d) dadah-dadah yang dipertuduhkan sebahagiannya tidak dalam keadaan tersorok. Malahan perayu kedua sedang memotong dadah-dadah ganja tersebut dalam penglihatan perayu pertama yang sedang duduk atas katil memandang ke arah perayu kedua.

[18] Untuk elemen pengedaran, hakim bicara telah mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta kerana berat dadah berbahaya Cannabis yang terlibat melebihi dari berat minima 200 gram yang diperuntukkan di bawah peruntukan anggapan tersebut.

[19] Untuk elemen niat bersama, hakim bicara menerima keterangan SP3 mengenai keadaan perayu-perayu yang berada berhampiran antara satu sama lain dan perayu kedua sedang memotong dadah Cannabis yang turut dilihat oleh perayu pertama serta tingkah laku perayu-perayu semasa serbuan dilakukan sebagai keterangan yang dapat diterima untuk menjurus kepada pembuktian niat bersama perayu-perayu dalam memiliki dan memperedarkan dadah berbahaya yang dipertuduhkan.

[20] Setelah berpuashati atas pertimbangan secara maksima bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap perayu-perayu atas pertuduhan yang dihadapkan, hakim bicara telah memerintahkan perayu-perayu untuk membela diri atas pertuduhan.

Pembelaan Perayu-Perayu

[21] Perayu-perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Hanya perayu-perayu telah memberi keterangan sebagai saksi untuk kes pihak pembelaan.

[22] Perayu pertama, Selva Kumar a/l Supramaniam, dalam keterangan pembelaannya, menyatakan secara ringkasnya seperti berikut:

(a) Dia berumur 38 tahun, bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,500.00 sebulan. Dia tinggal di No. 15/14, Teratai Muhibbah, Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur;

(b) pada hari kejadian (16.5.2015), jam 3.00 petang, dia keluar rumah menaiki teksi pergi ke sebuah kuil Hindu yang terletak di sebelah rumah tersebut. Tujuan dia ke kuil itu untuk bersembahyang. Dia tiba di kuil itu pada jam 3.45 petang. Itu kali kedua dia bersembahyang di kuil itu. Kali pertama ialah pada 16.4.2015 dan hari tersebut dia ke kuil itu dengan menaiki kereta bersama seorang kawan yang bernama Giva. Rakannya itu yang telah menunjukkan kuil itu kepadanya;

(c) pada hari kejadian, ketika sampai di kuil itu, hari dalam keadaan hujan renyai-renyai. Setelah selesai sembahyang, dia pergi ke rumah tersebut yang dimiliki oleh kuil itu untuk dijadikan tempat untuk masak memasak dan juga tempat makan;

(d) itu pertama kali dia masuk rumah tersebut. Semasa berada dalam rumah itu, hari masih hujan dan ibunya ada menelefon kepadanya dan dia ada bercakap-cakap dalam telefon dengan ibunya;

(e) ketika masuk ke dalam rumah tersebut, tiada sesiapa berada dalam rumah itu. Selepas 10-15 minit, perayu kedua telah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia ada bertanya kepada perayu kedua sama ada motosikal yang berada di hadapan rumah tersebut milik perayu kedua dan perayu kedua menafikannya. Perayu kedua turut memberitahu bahawa dia juga datang ke situ untuk bersembahyang di kuil tersebut;

(f) mereka telah berbual-bual sehingga jam 4.30 petang dan dia telah tertidur di atas katil di dalam rumah tersebut. Pada jam 5.00 petang, seorang lelaki India dan seorang lelaki Melayu telah mengejutkan dia dari tidur dan mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis serta menunjukkan kad kuasa. Polis berbangsa Melayu itu bernama Castello dan polis berbangsa India itu bernama Munusamy;

(g) menurut perayu pertama lagi, semasa serbuan dilakukan, dia hanya duduk di atas katil sahaja dan perayu kedua berada di tepi katil. Perayu pertama menyatakan mereka tidak ada menyentuh apa-apa barang dalam rumah tersebut. Dua anggota polis telah membuat pemeriksaan badan mereka tetapi pihak polis tidak menjumpai sebarang barang salah. Pihak polis turut membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut dan tidak ada juga menjumpai sebarang barang salah;

(h) Polis yang bernama Castello telah membuat pemeriksaan di luar bahagian belakang rumah tersebut. Perayu pertama menyatakan dia dapat melihat Castello melalui tingkap dan dapat mendengar dahan, ranting, daun dan rumput yang dipijak oleh Castello;

(i) selepas 5 minit kemudian, Castello telah masuk semula ke dalam rumah tersebut dengan memegang satu plastik hitam dan meletakkannya di atas meja dalam rumah tersebut. Castello telah membuka plastik hitam tersebut dan menyatakan terdapat dadah berbahaya di dalam plastik hitam itu. Dia dan perayu kedua bagaimanapun tidak ada melihat dadah yang dikatakan oleh Castello itu. Selepas itu mereka terus ditangkap dan digari; dan

(j) akhir sekali, perayu pertama menyatakan dia tidak tahu menahu bahawa perayu kedua akan datang ke rumah tersebut. Dia juga tidak ada melihat perayu kedua memotong apa-apa benda semasa berada di dalam rumah tersebut. Dia juga tidak tahu siapakah pemilik dua (2) buah motosikal yang diletakkan di luar rumah tersebut.

[23] Perayu kedua, Sundara Raj a/l Periasamy, dalam keterangan membela dirinya dengan secara ringkasnya menyatakan seperti berikut:

(a) Dia berusia 48 tahun, tinggal di Pantai Dalam, Bangsar bersama emaknya dan bekerja sebagai penghantar surat dengan syarikat pengurup wang di Kepong;

(b) pada hari kejadian, dia berada dengan emaknya di Pantai Dalam dan hanya pergi ke rumah tersebut pada jam 5.00 petang dengan menaiki bas. Dia ke sana hanya untuk mengingati semula nostalgia kerana sebelum ini dia selalu pergi ke rumah tersebut sejak tahun 1987 lagi. Dia ke sana juga untuk bersembahyang di kuil dan telah singgah di rumah tersebut;

(c) semasa dia tiba di rumah tersebut, dia melihat dua (2) buah motosikal berada di hadapan rumah tersebut dan apabila masuk ke dalam rumah, dia melihat ada satu lelaki India sedang baring atas katil (perayu pertama dicamkan);

(d) dia dan perayu pertama sedang berbual-bual apabila dua pegawai polis bernama Castello dan Munusamy masuk ke dalam rumah tersebut. Dua pegawai polis tersebut telah membuat pemeriksaan dalam rumah tersebut dan Castello turut memeriksa di bahagian luar rumah tersebut. Castello telah membawa masuk satu plastik hitam dan memberitahu mereka bahawa terdapat dadah dalam plastik hitam tersebut. Dia menafikan pengetahuan terhadap dadah tersebut tetapi polis telah menangkap dan menggari dia dan juga perayu pertama;

(e) Perayu kedua menafikan dia sedang memotong ganja semasa dua pegawai polis itu menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut. Dia berada di sebelah katil tempat perayu pertama sedang tidur. Dia menafikan berada di sebuah meja dalam rumah tersebut. Dia juga menafikan dadah telah turut ditemui di bawah meja yang sama; dan

(f) Perayu kedua tidak tahu siapakah pemilik dua (2) buah motosikal yang berada di luar rumah tersebut. Dia mengakui bahawa rumah tersebut hanya mempunyai satu pintu sahaja untuk keluar masuk yang berada di bahagian hadapan rumah tersebut dan hanya terdapat satu tingkap sahaja.

[24] Setelah meneliti dan membuat pertimbangan keterangan pembelaan perayu-perayu, hakim bicara membuat dapatan bahawa pembelaan perayu-perayu telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Hakim bicara juga mendapati pihak pembelaan telah gagal untuk mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyan 37(da) Akta atas imbangan kebarangkalian. Perayu-perayu telah didapati bersalah, disabitkan dan dijatuhi hukuman mati mandatori di bawah undang-undang. Justeru, perayu-perayu merayu terhadap keseluruhan keputusan hakim bicara tersebut.

Alasan Rayuan Perayu-Perayu

[25] Di hadapan kami, peguambela terpelajar bagi perayu pertama telah membangkitkan hanya satu alasan rayuan dalam hujahnya untuk membebaskan perayu pertama iaitu bahawa perayu pertama tidak dibuktikan mempunyai milikan terhadap dadah yang dipertuduhkan. Dihujahkan bahawa hakim bicara telah khilaf apabila membuat dapatan milikan terhadap perayu pertama.

[26] Hujahan peguambela terpelajar berkisar kepada fakta bahawa perayu pertama hanya secara kebetulan berada berdekatan dengan dadah yang dipertuduhkan dalam rumah tersebut. Menurut SP3, perayu pertama sedang duduk atas sebuah katil, sedangkan perayu pertama mendakwa bahawa dia sedang tidur. Faktor bahawa kehadiran perayu pertama di rumah tersebut semata-mata tidak mencukupi untuk mendapati perayu pertama mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan terhadap dadah yang dipertuduhkan.

[27] Peguambela terpelajar selanjutnya menghujahkan bahawa keterangan yang ada untuk mengaitkan perayu pertama dengan dadah yang dipertuduhkan hanyalah kelakuan perayu-perayu yang dikatakan oleh SP3 sebagai kelihatan cemas, takut dan cuba untuk melarikan diri. Bagaimanapun telah dihujahkan bahawa fakta ini telah dicabar. Walaupun ramai anggota pasukan serbuan yang membuat serbuan, namun hanya SP3 seorang sahaja dipanggil sebagai saksi. Versi SP3 tidak disokong malahan laporan polis (eksibit P15) yang dibuat oleh SP3 tidak ada menyatakan bahawa perayu-perayu kelihatan cemas, takut dan cuba untuk melarikan diri. Sebaliknya, dihujahkan versi perayu-perayu selari dan menyokong antara satu sama lain. Peguambela terpelajar merujuk kepada keputusan dalam kes Songsil Udtoom & Ors v PP [2016] 1 CLJ 39 dan Roslan Hanapi v PP [2015] 6 CLJ 464 dalam hujahannya.

[28] Peguambela perayu kedua telah membangkitkan tiga (3) isu berikut dalam hujahannya, iaitu:

(a) Hakim bicara khilaf apabila mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta sedangkan elemen milikan telah gagal untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap perayu kedua;

(b) Hakim bicara gagal untuk mempertimbangkan fakta bahawa terdapat kelemahan dalam penyiasatan oleh SP4; dan

(c) Hakim bicara telah gagal untuk mempertimbangkan dengan secukupnya pembelaan perayu kedua dengan membuat dapatan bahawa pembelaan perayu kedua telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

[29] Mengenai alasan rayuan (a), peguambela perayu kedua menghujahkan bahawa hakim bicara telah khilaf apabila memutuskan perayu kedua mempunyai kawalan dan/atau jagaan serta pengetahuan terhadap dadah yang dipertuduhkan hanya bersandarkan kepada keterangan SP3 semata-mata sedangkan keterangan SP3 telah dicabar dan tidak disokong.

[30] Peguambela terpelajar turut menghujahkan bahawa hakim bicara telah gagal untuk mempertimbangkan kemungkinan akses oleh pihak ketiga terhadap rumah tersebut di mana dadah ditemui berdasarkan terdapatnya dua buah motosikal di hadapan rumah tersebut serta kewujudan kuil yang boleh didatangi oleh ramai orang.

[31] Selain itu, peguambela turut mempersoalkan keterangan SP3 yang menyatakan perayu kedua sedang memotong ganja menggunakan sebilah pisau (eksibit P20) namun tidak ada kesan cap jari perayu kedua ditemui pada P20 tersebut.

[32] Mengenai elemen pengetahuan, dihujahkan hakim bicara telah menerima keterangan SP3 berkaitan kelakuan perayu kedua yang dikatakan cemas, takut dan cuba untuk melarikan diri sebagai menunjukkan pengetahuan salah di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Namun keterangan SP3 telah dicabar dan tergugat apabila fakta itu tidak disokong malah P15 tidak menyebutkan tentang kelakuan yang dikatakan oleh SP3. Peguambela turut mempersoalkan dua pegawai polis, Castello dan Munusamy juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan untuk menyokong keterangan SP3. Dihujahkan pengetahuan terhadap dadah yang dipertuduhkan telah gagal untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap perayu kedua. Peguambela juga menghujahkan bahawa SP3 bukanlah seorang saksi yang kredibel. Bagi menyokong hujahannya di atas, peguambela telah merujuk kepada nas-nas berikut:

(i) Saludin Surif v PP [1997] 3 CLJ 529;

(ii) Chan King Yu v PP [2009] 1 CLJ 601;

(iii) PP v Yap Kim Wang [2016] 3 CLJ 433; dan

(iv) PP v Syahrani Ishak [2017] 1 LNS 503.

[33] Mengenai alasan rayuan (b), peguambela terpelajar berhujah bahawa penyiasatan yang telah dijalankan oleh SP4 tidak memuaskan. SP4 dihujahkan telah gagal untuk melakukan siasatan terhadap tuan punya atau penghuni rumah tersebut dan gagal menyiasat dengan jiran-jiran yang berdekatan dengan rumah tersebut. SP4 dikatakan gagal untuk mengambil keratan kuku jari perayu kedua untuk mengesan resin Cannabis jika sekiranya benar bahawa perayu kedua dilihat oleh SP3 sedang memotong dadah ganja. Kegagalan SP4 untuk menyiasat perkara-perkara yang dibangkitkan itu, dihujahkan telah mendatangkan prejudis dan ketidakadilan kepada perayu kedua. Dihujahkan juga bahawa kegagalan SP4 untuk melakukan penyiasatan dengan lebih sempurna dan terperinci dalam kes ini telah mencalar kredibiliti SP4. Peguambela berpegang kepada keputusan dalam kes Deepanraj Subramaniam v PP [2015] 3 CLJ 439.

[34] Mengenai alasan terakhir rayuan perayu kedua di perenggan (c), peguambela terpelajar berhujah bahawa hakim bicara khilaf dalam menolak pembelaan perayu kedua dengan menyatakan pembelaan perayu kedua sebagai satu penafian kosong semata-mata. Pembelaan perayu-perayu ialah bahawa dadah ganja yang dipertuduhkan telah ditemui oleh Castello di luar bahagian belakang rumah tersebut. Namun pendakwaan gagal untuk memanggil Castello untuk mematahkan versi pihak pembelaan. Dihujahkan hakim bicara telah salah arah dalam menolak pembelaan perayu kedua dan telah memprejudiskan perayu-perayu dalam kes ini. Peguambela merujuk kepada kes Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 CLJ 1 dan Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154.

[35] Peguambela terpelajar bagi perayu kedua turut membangkitkan satu isu sampingan bahawa pertuduhan adalah cacat kerana hanya menyebutkan berat Cannabis sebagai 2,917.41 gram sedangkan SP3 dan Laporan Kimia (eksibit P14A dan P14B) menyatakan berat sebenar Cannabis adalah 2,928.75 gram. Wujud perbezaan berat sebanyak 11.34 gram.

[36] Dengan merujuk kepada keputusan dalam kes Noor Azman Abidin v PP [2013] 1 LNS 478, peguambela terpelajar menghujahkan bahawa sabitan terhadap perayu kedua adalah tidak selamat atau tidak memuaskan. Oleh itu, sabitan wajar diketepikan oleh Mahkamah ini.

Dapatan dan Keputusan Kami

[37] Alasan utama rayuan perayu-perayu di hadapan kami berkisar atas satu elemen penting pertuduhan iaitu elemen milikan. Perayu pertama menghujahkan bahawa elemen milikan tidak dibuktikan, oleh itu kes prima facie telah gagal ditimbulkan terhadap perayu pertama. Hakim bicara telah terkhilaf apabila memerintahkan perayu pertama untuk membela diri atas pertuduhan. Perayu kedua pula menghujahkan bahawa oleh kerana elemen milikan gagal dibuktikan, hakim bicara telah terkhilaf apabila mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta untuk elemen pengedaran.

[38] Kami telah meneliti hujahan perayu mengenai isu yang berkaitan elemen milikan terutama alasan-alasan yang telah diberikan mengapa mereka menghujahkan elemen milikan telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Untuk perayu pertama, Tuan Haji Hisyam menghujahkan bahawa anak guamnya sedang tidur di atas sebuah katil sewaktu serbuan dilakukan oleh pihak polis dan langsung tidak ada pengetahuan tentang dadah yang dipertuduhkan. Selebihnya, peguambela menghujahkan bahawa perayu pertama secara kebetulan berada di rumah tersebut bertujuan untuk berteduh kerana cuaca pada hari itu ada hujan renyai-renyai. Perayu-perayu juga menyatakan bahawa dadah ditemui di luar rumah tersebut oleh pegawai polis bernama Castello, dan bukan ditemui dalam rumah tersebut oleh SP3. Mengenai kelakuan perayu pertama cemas, takut dan cuba untuk melarikan diri, dihujahkan hanya setakat menunjukkan pengetahuan sahaja serta kehadiran di rumah tersebut sahaja tidak cukup untuk membuktikan milikan oleh perayu pertama terhadap dadah yang dipertuduhkan.

[39] Kami bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa pengetahuan sahaja serta kehadiran semata-mata di rumah tersebut tidak mencukupi untuk membuktikan pemilikan dadah yang dipertuduhkan ke atas perayu pertama kecuali keterangan yang lain yang dapat mengaitkan perayu pertama dengan dadah tersebut. Untuk membuktikan milikan, nas-nas yang sahih dan tersohor telah memutuskan bahawa ianya melibatkan dua elemen penting iaitu elemen mental dan juga elemen fizikal. Thomson J dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 telah menjelaskannya dengan terperinci di m/s 239, seperti berikut:

“Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):

“A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need”.

To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occassion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intended to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intended to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occured in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property.

Once possession is proved then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed.”

[40] Isu dan persoalan sama ada seseorang itu mempunyai milikan adalah satu persoalan fakta tetapi apa yang dimaksudkan milikan adalah satu persoalan undang-undang. Kami telah berpeluang meneliti rekod rayuan dan alasan penghakiman hakim bicara dalam kes ini dan kami mendapati bahawa hakim bicara telah membuat dapatan fakta berdasarkan kepada keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan bahawa perayu-perayu mempunyai kawalan dan/atau jagaan terhadap barang kes dadah yang ditemui di dalam rumah tersebut. Dapatan hakim bicara mengenai elemen milikan ini adalah seperti berikut:

“[54] Saksi pendakwaan SP3 tidak melihat mana-mana pihak ketiga selain dari T1 dan T2. Semasa pengintipan di luar rumah dibuat, lelaki yang berdiri dilihat ialah T2 manakala semasa serbuan T1 pula dilihat berada di atas katil.

[55] Rumah tersebut menurut SP4 tidak ada akses lain selain pintu depan sahaja sebab pintu belakang telah ditutup dengan barang-barang perabut terbuang menurut SP4.

[56] Walaupun pihak pendakwaan hanya memanggil seorang saksi yang berada di tempat kejadian semasa serbuan dan rampasan dadah namun kes tersohor menyatakan bahawa tidak ditetapkan berapa ramai saksi pendakwaan perlu dipanggil untuk menyokong kes pendakwaan.

[57] Hanya untuk kes-kes seksual yang memerlukan keterangan sokongan. Malah keterangan saksi rakan sejenayah boleh diterima jika Mahkamah telah mengingatkan dirinya akan keterangan saksi sejenayah yang tidak disokong.

[58] …

[59] …

[60] Keterangan SP3 bahawa T1 dan T2 kelihatan cemas dan takut dan cuba melarikan diri semasa serbuan adalah relevan terutamanya semasa itu dadah berada di hadapan T2 yang sedang memotongnya.

[61] Sekiranya T1 dan T2 tidak mempunyai pengetahuan mens rea melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang kenapa perlu mereka digambarkan kelihatan cemas dan takut dan kelakuan cuba melarikan diri dari tangkapan.

[62] Di dalam dua kes tersohor Parlan Dadeh v. PP [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717, dan Ibrahim bin Mohamad v. PP [2011] 4 CLJ 113 Mahkamah Persekutuan telah memberi garis panduan yang berguna akan pemakaian peruntukan s. 8 dan s. 9 Akta Keterangan 1950. Tindakan melarikan diri adalah perlu dijelaskan oleh kedua-dua tertuduh lebih-lebih lagi dadah ganja belum diketahui dan dijumpai oleh pihak polis yang membuat serbuan. Kelakuan cuba melarikan diri oleh kedua-dua tertuduh adalah relevan dan tertuduh perlu jelaskan.

[63] Mahkamah Persekutuan memberikan ulasan dan panduan ini di dalam kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [supra]:

“The reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police was clearly admissible under s 8 of the Evidence Act 1950 (‘the Act’) since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reation must therefore be offered by the appellant himself as required by s 9 of the Act.”

[64] …

[65] SP3 bukan secara kebetulan ke rumah yang diserbu tetapi hasil dari maklumat orang awam sejurus sebelum satu atau dua jam diserbu.

[66] Sewaktu SP3 sampai di luar rumah berkenaan dan membuat pemerhatian hanya T1 dan T2 sahaja yang berada di dalam rumah berkenaan. Tiada sesiapa yang masuk atau keluar selama tempoh tersebut.

[67] Keterangan ini ditambah dengan T1 dan T2 sahaja berada di dalam rumah bersama dadah dari jenis Cannabis yang mana mempunyai bau yang kuat dan secara prima facienya mereka mempunyai pengetahuan mens rea apabila cuba melarikan diri. Ini membuktikan T1 dan T2 mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan ke atas dadah yang ditemui berhampiran dengan T2 dan T1.”

[41] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara tersebut. Kami tidak mendapati apa-apa kekhilafan hakim bicara dalam membuat dapatan tersebut dan tiada sebab lain untuk kami mengganggu dapatan hakim bicara yang mempunyai kelebihan kerana telah mendengar dan melihat saksi-saksi pendakwaan memberi keterangan di peringkat kes prima facie. Untuk proposisi itu, kami merujuk kepada keputusan dalam kes tersohor, Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 52; [1969] 1 MLRA 382 (FC) di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan:

“An Appellate Court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding: see Sheo Swarup v. King Emperor AIR [1934] PC ...”

[42] Prinsip yang sama telah diikuti dalam kes-kes terkemudian, antara lainnya dalam kes Public Prosecutor v Muhammad Nasriq Abdullah [2015] 1 LN S 393; [2015] MLRHU 322, [2014] 3 MLJ 380 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:

“lanya juga adalah undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mencampuri keputusan mahkamah rendah terhadap penemuan sebarang fakta kecuali penemuan fakta tersebut adalah salah (sila rujuk kepada kes: Gobinath Reddy a/l Gopal v. Public Prosecutor [2014] 5 CLJ 275; [2014] 1 MLJ 446 di mana kemudiannya diikuti dalam kes: Reza Malik Zadeh Sahabali v. Public Prosecutor [2014] 1 LNS 1873; [2012] MLRHU 1815, [2014] 3 MLJ 380) yang memutuskan sebagaimana berikut:

The present appeal is substantially factual. The learned judge has considered and evaluated the evidence before him and found that the defence has failed to raise a reasonable doubt in the prosecution case. We find no error that warrants appellate intervention. In any case, an appellate court should be slow in interfering with the trial judge’s findings of fact. On the totality of the evidence we are of the view that there is sufficient evidence to support the findings of the learned judge that the appellant is guilty as charged.”

[43] Mahkamah ini di dalam kes Alandu a/l Santhanasamy v Public Prosecutor [2013] 1 LNS 1019; [2013] MLRAU 371, melalui Hamid Sultan bin Abu Backer, HMR memperingatkan:

"It is well settled that in the hands of the trier of facts to assess the quality of evidence and to determine whether the evidence on record justifies a conviction. In so doing if the court orders an acquittal or conviction it cannot be set aside by the appellate court unless it records a finding that the view taken by the trial court was not a possible reasonable view of the evidence on record (See Pramod Mandal v. State of Bihar (SC) [2004] 4 LRI 24; PP v. Thenegaran A/L Murugan [2013] 4 CLJ 364; [2013] 3 MLJ 328)."

[44] Dan dalam keputusan terbaru Mahkamah ini dalam kes PP v Hamzah Yunus [2017] 1 LNS 1185, Ahmadi Hj. Asnawi, HMR telah sekali lagi mengulangi prinsip mantap yang sama, seperti berikut:

“[34] We were with the learned trial judge. These were findings of fact and/or inferences made by the trial judge who had the audio and visual advantage of observing and assessing the witnesses testifying before him, something which we did not possess. Such findings of fact by the trial judge is therefore entitled to great respect and great weight should be attached thereto unless of course the decision of the fact finder is plainly wrong. On the evidence, we were fully satisfied that the learned trial judge had not erred and his findings were fully supported by the evidence heaped against the respondent. In our view, it leaves no leeway for appellate interference in all the circumstances of this case.”

[45] Peguambela terpelajar turut menghujahkan bahawa keterangan saksi SP3 tidak disokong oleh lain-lain keterangan termasuk laporan polis (eksibit P15) yang dibuat oleh SP3 sendiri. Oleh itu dihujahkan saksi SP3 tidak berkredibel dan sabitan hanya atas keterangan seorang saksi (SP3) adalah tidak selamat. Dengan hormatnya, kami tidak bersetuju. Berhubung dengan isu ini, prinsip undang-undang mantap jelas menyatakan bahawa keterangan dari seorang saksi, jika dipercayai dan dapat membentangkan keseluruhan naratif fakta kes pihak pendakwaan, boleh diterima untuk membuktikan sesuatu fakta. Seksyen 134 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan:

“No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact.”

[46] Dalam kes Aziz Muhamad Din v PP [1997] 1 CLJ supp. 523, Augustine Paul, JC (ketika itu) telah menjelaskan mengenai isu yang sama, seperti berikut:

“Section 134 of the Evidence Act 1950 says that no particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact. The section enshrines the well recognized maxim that “evidence has to be weighed and not counted”. On the need for corroborative evidence for the proof of any fact Sinha J said in Vadivelu Thevar v. State of Madras AIR [1957] SC 614 in the following terse terms at pp. 618-619:

On a consideration of the relevant authorities and the provisions of the Evidence Act, the following propositions may be safely stated as firmly established-

(1) As a general rule, a Court can and may act on the testimony of a single witness though uncorroborated. One credible witness outweighs the testimony of a number of other witnesses of indifferent character;

(2) Unless corroboration is insisted upon by statue, Court should not insist on corroboration except in cases where the nature of the testimony of the single witness itself reqires as a rule of prudence, that corroboration should be insisted upon, for example in the case of a child witness, or of a witness whose evidence is that of an accomplice or of an analogous character; and

(3) Whether corroboration of the testimony of a single witness is or is not necessary must depend upon facts and circumstances of each case and no general rule can be laid down in a matter like this and much depends upon the judicial discretion of the Judge before whom the case comes.

Corroboration is not a technical term. It simply means “confirmation” (see Director of Public Prosecution v. Hester [1973] AC 296). The locus classicus on what amounts to corroborative evidence is the celebrated case of R v. Baskerville [1916] 2 KB 658 where Lord Reading CJ said at p. 667:

We hold that the evidence in corroboration must be independent testimony which affects the accused by connecting or tending to connect him with the crime. In other words, it must be evidence which implicates him, that is, which confirms in some material particular not only the evidence that the crime has been committed, but also that the prisoner committed it.”

[47] Mahkamah ini dalam kes Javad Safikhani v PP [2017] 6 CLJ 604 telah menambah jelaskan lagi isu yang sama seperti berikut di m/s 611:

“[23] It is trite law that, where the evidence of a witness does not require to be corroborated in law, there is no need to tender corroborative evidence to support his testimony in court. Such requirement would be in conflict with s. 134 of the Evidence Act 1950. This has been illustrated in Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 where it been held that:

Where the evidence of a witness does not require to be corroborated in law, there is no obligation to tender corroborative evidence to support his testimony. Thus, if the case for the prosecution rests solely on the evidence of one witness in such a category there is no requirement in law for his evidence to be corroborated. Any such requirement will conflict with section 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact. This mean that the testimony of a single witness, if believe, is sufficient to establish any fact.”

[48] Sebagaimana yang kami nyatakan di awal penghakiman ini, keterangan SP3 telah diterima oleh hakim bicara sebagai boleh dipercayai (credible), oleh itu tiada keperluan di bawah undang-undang untuk keterangan sokongan. Dakwaan peguambela bahawa SP3 seorang saksi yang tidak disokong oleh laporan polis beliau sendiri (eksibit P15) tidak boleh diterima. Kami dapati tiada cabaran terhadap kebolehpercayaan (impeached) SP3. Kredibiliti saksi SP3 masih kekal dan utuh serta tidak sedikit pun tercalar dalam pemeriksaan balas. Tiada alasan untuk menolak keterangan SP3. Kami mendapati keterangan SP3 bukanlah keterangan yang langsung tidak boleh dipercayai dan diterima (not inherently incredible). Oleh itu hakim bicara tidak khilaf dalam menerima keterangan SP3 untuk memanggil pembelaan dan seterusnya mensabitkan kedua-dua perayu dalam kes ini.

[49] Apa yang dimaksudkan dengan kes prima facie telah dibuktikan dan dibicangkan dalam banyak kes, termasuklah dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) melalui Akta Pindaan A 1274 telah memberikan maksud prima facie di bawah seksyen 180 (4) KAJ, seperti berikut:

“(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”

[50] Hakim bicara telah berpuashati dalam kes ini bahawa keterangan SP3 boleh dipercayai iaitu keterangan yang jika tidak dipatahkan atau disangkal boleh mengakibatkan sabitan terhadap perayu-perayu. Oleh itu, hujahan peguambela terpelajar bagi perayu kedua bahawa hakim bicara khilaf apabila mengguna pakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta atas alasan milikan gagal dibuktikan, atau dengan kata lain, tiada kes prima facie dibuktikan, tidak berasas dan tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini.

[51] Peguambela perayu pertama dalam hujahannya juga mempertikaikan keterangan SP3 yang menyatakan perayu-perayu dalam keadaan cemas, takut dan cuba untuk melarikan diri dengan alasan tidak dinyatakan dalam laporan polis (eksibit P15). Kami mendapati walaupun laporan polis tidak menyatakan sedemikian namun semua cadangan yang diletakkan oleh peguambela terpelajar semasa SP3 disoal balas bahawa ini satu rekaan telah dinafikan. Di m/s 63-64 Rekod Rayuan Jilid 2, keterangan SP3 kami kemukakan semula, seperti berikut:

“Q: Sebentar tadi ASP kata OKT-OKT telah bereaksi takut, cemas dan cuba melarikan diri, betul?

A: Betul.

Q: Adakah ini satu fakta penting?

A: Ya.

Q: Setuju dengan saya fakta ini tidak tertulis atau dimaklumkan dalam aduan kamu sendiri, setuju?

A: Setuju.

Q: Saya cadangkan, reaksi, cemas dan cuba melarikan diri, ini merupakan satu rekaan kamu semata-mata, setuju?

A: Tidak setuju.”

[52] Adalah kami perhatikan bahawa SP3 bersetuju fakta mengenai kelakuan (conduct) perayu-perayu tidak disebutkan dalam laporan polis eksibit P15, namun SP3 tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa fakta mengenai kelakuan perayu-perayu itu sebagai satu rekaan SP3 semata-mata. Kami berpandangan bahawa ketinggalan SP3 untuk menyatakannya dalam P15 bukanlah merupakan satu percanggahan dan bukanlah juga merupakan satu kepincangan dalam keterangan SP3 yang menggugat kebolehpercayaan SP3 dalam kes ini.

[53] Dalam kes PP v Haron Mukri [2010] 6 CLJ 458, Ahmadi Asnawi, JC (sekarang HMR) dalam penghakimannya mengenai isu yang sama, kami menerima dan bersetuju dengan sepenuhnya, menyatakan seperti berikut:

[21] It was urged upon me by learned counsel that PW6’s evidence that he saw the accused meddling with the incriminating exhibits on the table should be discarded on the grounds that there was no mention of the same in his police report, exh. P16. He is not a credible witness as his evidence was contradicted by his own police report. He quoted PP v. Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2004] 1 LNS 574, where the learned judge had acquitted and discharged both accused on grounds of material inconsistency between the evidence in court of PW3 and the statement in his police report that he himself had lodged after the arrest of the acused ie, exh. D20. The learned judge even allowed learned counsel’s application to impeach the credit of PW3.

[22] However in my view in this case before me, PW6’s failure to mention that he saw the accused meddling with the exhibits on the table in his police report is not a contradiction. It is only an omission on the part of PW6 to include the same in his police report. His police report is only a record of the arrest of the accused and the seizure of the exhibits. The police report is neither an encyclopedia nor substantive evidence. It need not contain minute details of what he did in effecting the arrest and seizure of the exhibits. The details are to be presented in court if at all the case goes to court and is to be subjected to the court’s scrutiny and tested against other evidence gathered in so far as its veracity is concerned-see Herchun Singh & Ors. v. PP [1996] 1 LNS 52 at p. 55. Hence in my view the failure by the witness to mention such details in his police report can never amount to a contradiction and ought not to be treated as such.

[23] Equally such omission does not immediately attract the rule that the witness is no longer credi-worthy, rendering his entire testimony unreliable. It requires more than such mere omission to destroy the credibility of the said witness.

[24] Learned counsel omitted to alert the court that the decision of the High Court in the case of PP v. Mohd Bandar Shah Nordin & Anor (supra) has been overturned by the Court of Appeal, as reported in PP v. Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2008] 4 CLJ 859, where the appeal by the learned public prosecutor was allowed and both the accused persons has now been ordered to enter their defence on the original charge. At held no (1) and (2), the Court of Appeal offered their reasons, which are most pertinent to the issues now ventilated before me:

(1) Having read and reread both PW3’s evidence at the trial and exh. D20, we are satisfied that objectively speaking he was a witness worthy of credit. The discrepancies are in truth nothing more than mere omissions. As was said in Muthusamy v. PP ‘a mere omission is hardly ever a discrepancy. The police statement is usually much briefer than the evidence’. Accordingly, the learned judge misdirected himself in a material particular when impeaching the credit of this witness (paras 3-5).

(2) In approaching issues of credibility, a trier of fact must always bear in mind the tests applicable when evaluating oral evidence, including motive and probabilities of the case. On the facts, the learned judge had quite rightly found no evil motive on the part of PW3. His sole ground for rejecting the evidence of this witness as wanting in credibility was the contradictions between his evidence and the contents of exh. D20. Unfortunately, the learned judge did not direct his mind to this critical question: was the evidence of PW3 so improbable that it warranted to be given no weight whatsoever? This was a serious misdirection on the part of the learned judge (paras 6 & 7).

[25] This ruling clearly entrenched the general principle that discrepancies in the evidence of the witness (PW6) as against his statement in his police report (exh. P16) are normally to be treated as mere omissions without more. Here exh. P16 was designed to be brief and the larger picture will be presented by the witness while giving evidence during the trial itself. That has been done by PW6. The court should be vigilant in deciding on the credit of PW6 in concluding the weight to be attached to his evidence to avoid any possible misdirection. On the facts in my view there is nothing so improbable in the evidence of PW6 that it warranted to be given no weight whatsoever.

[26] While still on the issue of the credit of PW6 that is now being challenged by the defence, reference is made again to the case of Herchun Singh & Ors v. PP (supra) at p. 55 as follows:

In short, it is wrong to hold up the first information report as a sure touchstone by which the complainant’s credit may invariably be impeached. It can only be used for that purpose with discrimination, in much the same way as previous statements by the witness are used, so that irrelevant errors in detail are not given exaggerated importance, nor omissions, objectively considered in the light of surrounding circumstances.”

[54] Sepertimana yang kami sebutkan di awal penghakiman ini, kredibiliti SP3 tidak pernah dicabar (impeach) oleh peguambela terpelajar sebagaimana dalam kes Mohd Bandar Shah Nordin, supra. Oleh itu, kredibiliti SP3 kekal kukuh dan tidak tercalar.

[55] Kes Songsil Udtoom & Ors, supra, yang dirujuk oleh peguambela terpelajar dengan mudah dapat dibezakan dari faktanya. Dalam kes itu, 4 orang tertuduh sedang tidur di dalam sebuah bilik di sebuah hotel apabila diserbu dan ditemui dalam bilik itu beberapa pucuk senjatapi dan beberapa ratus butir peluru hidup. Kesemua 4 perayu telah dipertuduhkan dengan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 secara milikan bersama tanpa menggunapakai niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan sebagaimana dalam kes Rayuan perayu-perayu di hadapan kami. Dalam kes itu Rayuan telah dibenarkan atas dua alasan utama iaitu atas sebab terdapat banyak kepincangan dalam kes pendakwaan dan salah arahan hakim bicara yang telah gagal untuk membuat pertimbangan secara maksima sebahagian keterangan yang berada di hadapan hakim bicara, melanggari peruntukan di bawah seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah.

[56] Manakala fakta dalam kes Roslan Hanapi, supra yang turut dirujuk oleh peguambela terpelajar juga dapat dibezakan. Dalam kes itu, beg berisi dadah tersembunyi di bawah meja dalam sebuah setor bengkel membaiki motosikal yang boleh diakses oleh ahli keluarga dan orang ramai. Sedangkan dalam kes di hadapan kami, barang kes sebahagiannya berada di bawah meja dan sebahagian lagi dadah cannabis sedang dipotong oleh perayu kedua di atas meja. Jenis dadah juga berbeza, iaitu heroin dalam kes itu dan dalam kes di hadapan kami adalah jenis cannabis yang tidak dipertikaikan bahawa dadah jenis ini akan mengeluarkan bau yang kuat walaupun diletakkan di bawah meja.

[57] Peguambela bagi perayu kedua mendakwa bahawa hakim bicara telah gagal untuk membuat pertimbangan tentang terdapat kecacatan dalam penyiasatan oleh SP4 dan bahawa hakim bicara telah gagal untuk menimbang dengan secukupnya pembelaan perayu kedua. Dengan hormatnya kami tidak bersetuju. Dalam penghakimannya, hakim bicara telah membuat pertimbangan keseluruhan keterangan pembelaan perayu-perayu sebelum mendapati perayu-perayu bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. Di m/s 58-60 Rekod Rayuan Jilid 1, hakim bicara menyatakan:

“[152] T1 dan T2 tidak mengakui SP3 yang membuat serbuan dan tangkapan serta rampasan dadah di dalam rumah tersebut. T1 dan T2 meletakkan cerita bahawa SP3 yang datang akhir sekali manakala yang membuat serbuan dan pemeriksaan ialah polis bernama Castello dan Munusamy.

[153] SP3 tiada sebab untuk mereka-reka cerita bahawa beliau yang melihat dan merampas di dalam rumah jika benar dadah berkenaan berada di luar rumah. SP3 seorang polis dan penjawat awam, Mahkamah perlu membuat dapatan fakta sama ada tidak mempercayai cerita SP3. Mahkamah ini memutuskan bahawa dari keterangan awal dari jam 3.00 petang sehingga diserbu pada jam 5.00 petang adalah gagal menimbulkan keraguan munasabah bahawa secara kebetulan T1 dan T2 berada di rumah tersebut hanya antara 15 hingga 20 minit sahaja.

[154] SP3 menjelaskan yang beliau ada membuat pemantauan selama 15-20 minit sebelum serbuan dibuat dan tiada manusia yang keluar atau masuk. Yang ada dan dapat dilihat satu lelaki India berdiri dan bila diserbu dilihat seorang lagi berada di atas katil.

[155] Pembelaan T1 dan T2 adalah semata-mata untuk menjauhkan diri dari dadah yang dirampas. Mereka kelihatan cemas dan takut serta cuba melarikan diri. Keterangan SP3 ini perlu dijawab oleh T1 dan T2 mengapa mereka berdua nampak cemas dan takut jika dadah tidak berada berdekatan dan mereka tidak pun mengetahui adanya dadah.

[156] Di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 kelakuan tertuduh yang cemas takut dan cuba melarikan diri sebelum dadah ditemui adalah relevan.

[157] T1 menyatakan bahawa beliau berada di rumah tersebut kerana hujan, manakala T2 menyatakan hujan telah berhenti semasa masuk ke rumah berkenaan. Jika hujan masih turun masakan seseorang akan berjalan dari restoren berjauhan ke rumah tersebut. Manakala SP3 pula menyatakan cuaca adalah cerah dan tiada hujan.

[158] Mahkamah ini memutuskan bahawa T1 dan T2 gagal menyangkal anggapan di bawah s. 37(da)(vi) ADB dengan mana kawalan dan jagaan iaitu pemilikan kedua-dua mereka dengan mana mereka secara niat bersama di bawah s. 34 Kanun Keseksaan telah berada di satu rumah yang sempit dan dapat melihat segala pergerakan antara mereka. T2 yang sedang memotong ganja sudah pastinya T1 mengetahuinya dan bersama dalam niat mereka untuk mengedar dadah di rumah yang jarang didatangi dan dapat dilihat.”

[58] Kami bersetuju dengan dapatan di akhir kes oleh hakim bicara, secara sebulat suara terhadap perayu kedua dan secara majoriti terhadap perayu pertama (YA Dato’ Setia Hj Mohd Zawawi Salleh, menentang).

[59] Terhadap perayu pertama, persoalan sama ada dia sedang duduk atas katil seperti keterangan SP3 ataupun keterangan perayu pertama bahawa dia sedang tidur tidak berkaitan apabila perayu pertama mengakui dalam keterangannya bahawa dia berbual-bual dengan perayu kedua sebelum tertidur. Bagaimanapun hakim bicara memilih untuk mempercayai dan menerima keterangan SP3 berdasarkan keputusan dalam kes PP v Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129 di mana Thomson CJ menyatakan:

“In the second place, the refusal to accept the evidence of the Police witness was very offensive. That witness said there was a 20 miles per hour speed limit in force. His evidence was not accepted and the only reason stated for refusing to accept it was that no evidence was “adduced to substantiate it". The witness is a traffic policeman, presumably by reason of his rank of some experience. He was unlikely to be mistaken and to refuse to accept his evidence on a point like this on the ground that it was not “substantiated” was neither more nor less than to call him a liar.

If Magistrates are going to adopt this sort of attitude to Police evidence in connection with road traffic cases there will be an end to all law enforcement in the country. When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if be says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross­examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.”

[60] Mengenai isu berat dadah dalam pertuduhan yang berbeza dengan berat dadah dalam laporan kimia, kami bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya bahawa ianya tidak ‘fatal’ dan ‘non-issue’ memandangkan berat dadah yang dipertuduhkan melebihi had berat minima 200 gram untuk peruntukan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(vi) Akta terpakai.

Kesimpulan

[61] Atas alasan-alasan yang telah kami huraikan di atas dan setelah meneliti keseluruhan keterangan, keadaan dan segala kebarangkalian dalam kes ini, kami sebulat suara mendapati pertuduhan terhadap perayu kedua telah dibuktikan melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Kami juga mendapati dengan sebulat suara tiada merit dalam rayuan perayu kedua. Sabitan adalah selamat. Rayuan ditolak, sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dikekal dan disahkan.

[62] Kami juga mendapati melalui keputusan majoriti (YA Dato’ Setia Hj Mohd Zawawi Salleh, menentang), tiada merit dalam rayuan oleh perayu pertama. Sabitan adalah selamat. Rayuan ditolak. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi terhadap perayu pertama dikekal dan disahkan.

[63] Rakan bijaksana saya, YA Dato’ Ahmadi Hj Asnawi telah melihat dan membaca penghakiman ini pada peringkat draf dan telah menyatakan persetujuannya.

Bertarikh: 8 Mac 2018

t.t.

KAMARDIN BIN HASHIM
Hakim
Mahkamah Rayuan Malaysia

 

ALASAN KEPUTUSAN (MENENTANG)

(PERAYU PERTAMA)

Pendahuluan

[1] Saya tidak bersetuju dengan keputusan majoriti (Ahmadi Haji Asnawi dan Kamardin Hashim, HHMR) yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah terhadap Perayu Pertama. Saya berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah tidak mencukupi untuk membolehkan sabitan dan hukuman terhadap Perayu Pertama dikekalkan.

[2] Berhubung dengan Perayu Kedua, saya bersetuju, atas alasan-alasan yang dinyatakan oleh Kamardin Hashim, HMR, bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) dan sabitan yang dibuat terhadap Perayu Kedua adalah selamat dan disokong oleh keterangan yang kukuh. Justeru, sabitan dan hukuman yang dibuat terhadap Perayu Kedua wajar dikekalkan.

Pertuduhan

[3] Kedua-dua Perayu telah dituduh, dengan niat bersama, mengedar seberat 2917.41 gram cannabis pada 16.5.2015, jam lebih kurang 5.00 petang, di sebuah rumah kosong tidak bernombor, Jalan Tenggiri off Jalan Riong, Bangsar, Brickfields, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Fakta Ringkas Kes

[4] Aspek-aspek penting keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Perayu Pertama bolehlah diringkaskan seperti berikut:-

4.1. Saksi penting pihak pendakwaan ialah ASP Mohd Nazri bin Ismail (SP3). Dalam keterangannya, SP3 menyatakan bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, beliau telah mengetuai satu pasukan polis untuk membuat pemerhatian di sebuah rumah beralamat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan, yang terletak bersebelahan dengan sebuah kuil Hindu.

4.2. Selepas membuat pemerhatian selama 15 minit, SP3 dan anggotanya telah menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut. SP3 melihat dua orang lelaki India berada di dalam rumah tersebut-lelaki India yang dicamkan sebagai Perayu Pertama sedang duduk di atas sebuah katil dan lelaki India yang dicamkan sebagai Perayu Kedua dilihat sedang berdiri sambil memotong bahan-bahan tumbuhan yang disyaki ganja.

4.3. SP3 menyatakan bahawa semasa serbuan dilakukan, kedua-dua Perayu cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap. Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan takut dan cemas.

4.4. Pemeriksaan telah dijalankan di dalam rumah tersebut. Di atas sebuah meja kayu, dijumpai lima peket plastik lutsinar yang berisi daun-daun kering yang telah dipotong, disyaki sebagai ganja. Di bawah meja di mana Perayu Kedua dilihat sedang memotong bahan-bahan tumbuhan kering, dijumpai satu plastik besar berwarna hitam (Eksibit P9A) yang di dalamnya terdapat tiga peket plastik lutsinar yang setiap satunya berisi ketulan mampat disyaki sebagai ganja. Barang-barang kes lain yang dijumpai ialah:-

(i) satu papan pemotong yang digunakan oleh Perayu Kedua untuk memotong daun-daun ganja (Eksibit P19).

(ii) Sebilah pisau (Eksibit P20).

(iii) Satu alat penimbang digital Pocket Scale berjenama “Zero” (Eksibit P21).

(iv) Satu alat “sealer” berjenama “Panalux” (Eksibit P22);

(v) Satu rangkai tiga batang anak kunci yang dirampas dari poket seluar Perayu Pertama;

(vi) Satu telefon bimbit berjenama iPhone, milik Perayu Pertama (Eksibit P23);

(vii) Satu telefon bimbit berjenama Samsung, milik Perayu Kedua (Eksibit P24);

(viii) Satu telefon bimbit berjenama Nokia, milik Perayu Kedua (Eksibit P25); dan

(ix) Wang tunai sebanyak RM900.00.

4.5. Ahli kimia, Norhaya binti Jaafar (SP2), selepas menjalankan analisis yang diperlukan, mengesahkan bahawa bahan-bahan tumbuhan dan daun-daun kering berkenaan ialah cannabis seberat 2,917.41 gram.

Keputusan Hakim Bicara

[5] Hakim Bicara, dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan yang Perayu Pertama didapati memiliki dadah berbahaya yang menjadi hal perkara pertuduhan, bersandar kepada keterangan berikut:-

(a) Kehadiran Perayu Pertama di dalam rumah tersebut;

(b) Pelakuan Perayu Pertama yang kelihatan pucat dan cemas dan cuba untuk melarikan diri; dan

(c) Bau cannabis/ ganja yang kuat.

(Lihat muka surat 41 RR Jilid 1).

[6] Dengan hormat, fakta-fakta di atas, dalam keadaan yang wujud dalam kes ini, kepada minda yang tidak prasangka (to unprejudiced mind), tidak mencukupi untuk membuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa sesungguhnya Perayu Pertama memiliki cannabis yang menjadi perkara pertuduhan dalam makna undang-undang.

[7] Tidak ada kaitan positif (affirmative link) antara Perayu Pertama dengan cannabis yang menjadi perkara pertuduhan. Ini ialah kerana-

(i) Tidak ada secebis keterangan pun yang boleh menunjukkan terdapatnya hubungan fizikal antara Perayu Pertama dan cannabis berkenaan;

(ii) Perayu Pertama bukanlah penghuni rumah tersebut dan tiada barangan peribadinya dijumpai dan/atau dirampas dari dalam rumah tersebut;

(iii) Jarak berdekatan (proximity) semata-semata tanpa keterangan tambahan lain, adalah tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Perayu Pertama mempunyai jagaan dan kawalan, iaitu elemen penting dalam membuktikan milikan;

(iv) Fakta bahawa Perayu Pertama sedang tidur di atas katil adalah versi yang lebih munasabah untuk diterima oleh Mahkamah kerana Pegawai Penyiasat (SP4) semasa disoal balas menyatakan bahawa Perayu Pertama sedang berbaring dan tidak duduk di atas katil seperti yang didakwa oleh SP3. Perhatikan apa yang dikatakan oleh SP4 di muka surat 125 RR Jilid 2-

“A: Saya hanya dapat pastikan hanya baring tapi tidak dapat pastikan sama ada dia tidur lena ataupun hanya pejamkan mata tapi dia baring dalam keadaan baringlah.”.

[8] Jurispruden mengenai jarak kedekatan (proximity) dalam hubungannya dengan pembuktian milikan adalah mantap dan telah berakar umbi dalam perbendaharaan undang-undang kita. Dalam kes Roslan bin Hanapi v P.P [2015] 6 CLJ, Mahkamah ini menyatakan di muka surat 474-

“23. On the evidence we found that neither custody nor control had been established against the appellant. Mere proximity to the bag containing the drug cannot by any stretch of the imagination be equated with custody or control. It must further be shown that the appellant either had physical care of the bag or had charge or dominion over the beg ... .”.

(Penekanan ditambah).

[9] Sebagai perbandingan, mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat telah membangunkan satu konsep yang lengkap mengenai konsep kedekatan (proximity) dalam membuktikan milikan dadah berbahaya. Misalnya, dalam kes Ledcke v State [1973] 260 Ind. 382, 296 N.E 2nd 412, Mahkamah Rayuan Indiana berkata-

“In the case of simple possession:

‘[M]erely being or having been present in a place where marijuana is found is not sufficient proof that such person is in possession of the drug where he is not in exclusive possession of the place’. Arant v. State (1972), Fla.App., 256 So. 2d 515, 516. The reason is that normally, without more, no ‘natural probative force’ can be placed upon mere presence at a place where narcotics are found. One could just as easily be present innocently as guiltily. Although evidence of presence would certainly be relevant, it alone would not be sufficient to sustain a conviction.”.

[10] Timbalan Pendakwa Raya (“TPR”) terpelajar berhujah bahawa selain dari kehadiran Perayu Pertama di dalam rumah di mana cannabis dijumpai, terdapat keterangan tambahan bagi membuktikan Perayu Pertama memiliki cannabis tersebut secara bersama (“joint possession”) dengan Perayu Kedua. Keterangan tersebut ialah Perayu Pertama kelihatan pucat dan cemas dan cuba melarikan diri apabila SP3 dan pasukannya menyerbu rumah tersebut. Dihujahkan, sekiranya Perayu Pertama tidak memiliki cannabis tersebut, tidak ada apa-apa sebab untuk dia cuba melarikan diri.

[11] Fakta bahawa Perayu kelihatan takut, cemas dan cuba melarikan diri sebenarnya telah dicabar oleh pihak pembelaan semasa SP3 disoal balas-

“Q: Sebentar tadi ASP kata OKT-OKT telah beraksi takut, cemas dan cuba melarikan diri, betul?

A: Betul.

Q: Adakah ini satu fakta penting?

A: Ya.

Q: Setuju dengan saya fakta ini tidak tertulis atau dimaklumkan dalam aduan kamu sendiri, setuju?

A: Setuju.

Q: Saya cadangkan, reaksi takut, cemas dan cuba melarikan diri, ini merupakan satu rekaan kamu semata-mata setuju?

A: Tidak setuju.”.

(Lihat muka surat 63-64 RR Jilid 2).

[12] Keterangan lisan SP3 mengenai pelakuan Perayu Pertama cuba melarikan diri tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain, termasuklah laporan polis yang dibuat oleh SP3 sendiri. (Lihat Eksibit P15 di muka surat 75 RR Jilid I). Penjelasan yang diberikan oleh SP3 ialah beliau terlepas pandang mengenai perkara ini.

[13] Dengan hormat, pada hemat saya, SP3 tidak akan terlepas pandangan untuk menyatakan fakta bahawa Perayu Pertama telah cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat di dalam laporan polisnya sekiranya fakta ini sebenarnya berlaku. Laporan polis telah dibuat oleh SP3 tidak berapa lama selepas peristiwa serbuan berlaku. (Lihat Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 6 MLJ 1; Jagdip Singh v State of Haryana [1974] SC 1978; Ram Swaroop & 2 Ors v State of Rajasthan [2004] 2 CRI 130).

[14] Perayu Pertama telah memberi keterangan atas sumpah. Keterangannya boleh diuji dengan senjata yang paling berkesan-soal balas. Malangnya, tidak ada satu soalan pun dikemukakan kepada Perayu Pertama mengenai penyataan SP3 bahawa Perayu Pertama kelihatan takut, cemas dan cuba melarikan diri. Memandangkan pelakuan ini merupakan fakta yang penting kepada pihak pendakwaan, kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan sebarang soalan mengenainya kepada Perayu Pertama agak memeranjatkan dan menimbulkan pelbagai persoalan.

[15] Jika sekiranya diterima keterangan SP3 mengenai pelakuan Perayu Pertama ini sekali pun, di mana dinafikan, pada hemat saya, ia tidak dapat secara pasti membuktikan milikan di pihak Perayu Pertama. Saya telah berpeluang menjelaskan perkara ini secara terperinci dalam kes Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng dan Satu Lagi [2015] 1 LNS 1226 di mana sabitan terhadap Perayu Pertama telah disahkan dan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan dan sabitan terhadap Perayu Kedua diketepikan. Di muka surat 19-21, saya mengatakan-

“[35] Knowledge refers to a mental state of awareness of a fact. Since courts cannot penetrate the mind of an accused and thereafter state its perceptions with certainty, resort to other evidence is necessary. Animus possidendi, as a state of mind, may be determined on a case-to-case basis by taking into consideration the surrounding circumstances. (See Ong Ah Chuan v P.P [1981] 1 MLJ 64; P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401; Surentheran Selvaraja v P.P [2005] 2 CLJ 264].

[36] Inference is a question of fact. Each case must depend on its own peculiar facts. In the case of Kural [1987] 70 ALR 658, the Court stated-

“[T]he requisite intention is a question of fact and that in most cases the outcome will depend on an inference to be drawn from primary facts found by the tribunal of fact. In this, as in other areas of the law, it is important not to succumb to the temptation of transforming matters of fact into propositions of law.”.

[37] In Abdullah Zawawi bin Yusoff v P.P [1993] 3 MLJ 1, the then Supreme Court did not consider the accused’s flight as amounting to guilt even after the discovery of the drugs. Edger Joseph Jr SCJ observed as follows-

“We now come to what does seem to us to be evidence of a potent kind against the appellant, namely his conduct in taking to his heels upon Inspector Mat Yusoff announcing the discovery of the drugs in the box. This conduct of the appellant was consistent with his having known of the presence of the drugs in the box before their discovery, indicating thereby a sense of guilt.

On the other hand, it was conduct equally consistent with the appellant being in a state of pure panic. An innocent man faced with the prospect of arrest on a capital charge might foolishly react in that way.”.

[16] Sama ada reaksi takut, cemas dan pelakuan melarikan diri dapat digunakan untuk membuktikan pengetahuan seseorang tertuduh adalah banyak bergantung kepada fakta atau keadaan yang wujud dalam sesuatu kes. Aksiom (axiom) undang-undang jenayah: “the wicked flee when no man pursueth; but the righteous are bold as a lion” tidak terpakai secara universal.

[17] Adalah perlu ditekankan bahawa sama ada inferen pengetahuan boleh dibuat berdasarkan reaksi dan/atau pelakuan seseorang tertuduh adalah banyak bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud di dalam sesuatu kes. Justeru, seperti dinyatakan di dalam kes Kural (supra), “it is important not to succumb to temptation of transforming matters of fact into propositions of law”.

[18] Dalam hubungan ini, barangkali bermanfaat jika kita melihat pendekatan mahkamah-mahkamah dalam bidang kuasa lain mengenai hal ini. Mahkamah Filipina dalam kes People v Mores, G.R No. 1898846, Jun 26, 2013 memetik kes People v Asilan, G.R No. 188322, April 11, 2012, 669 SCRA 405, 419 seperti berikut-

“Flight is indicative of guilt, but its converse is not necessarily true. Culprits behave differently and even erratically in externalizing and manifesting their guilt. Some may escape or flee-a circumstance strongly illustrative of guilt-while others may remain in the same vicinity so as to create a semblance of regularity, thereby avoiding suspicion from other members of the community.”.

[19] Mahkamah Atasan (Superior Court) Pennsylvania dalam kes Commonwealth v Bruce, Ogos 26, 1998, menyatakan-

“A person may flee or hide for some other motive and may do so even though innocent. Whether the evidence of flight or concealment in this case should be looked at as tending to prove guilt, depends upon the facts and circumstances of this case and especially upon motives which may have prompted the flight or concealment. You may not find [appellant] guilty solely on the basis of evidence of flight or concealment.”.

[20] Dalam kes Matru Alias Girish v The State of UP AIR 1971 SC 1050; 1971 Cri L.J 913, Mahkamah Agung India berkata-

“Mere absconding by itself does not necessarily lead to a firm conclusion of guilty mind. Even an innocent man may feel panicky and try to evade arrest when wrongly suspected of a grave crime: such is the instinct of self-preservation. The act of absconding is no doubt relevant piece of evidence to be considered along with other evidence but its value would always depend on the circumstances of each case. Normally the courts are disinclined to attach much importance to the act of absconding, treating it as a very small item in the evidence for sustaining conviction. It can scarcely be held as a determining link in completing the chain of circumstantial evidence which must admit of no other reasonable hypothesis than that of the guilt of the accused.”.

[21] Jika saya boleh menambah, dalam kehidupan harian kita, kita mendapati reaksi seseorang terhadap serbuan atau tangkapan oleh pihak polis adalah berbeza antara satu sama lain. Adakalanya seseorang yang tidak bersalah akan melarikan diri dari tempat berlakunya jenayah kerana khuatir ditangkap sebagai yang disyaki dan ditahan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, dan/atau kadangkala mereka melarikan diri kerana enggan untuk hadir sebagai saksi atau tidak ingin terlibat dengan proses penyiasatan yang berlarutan.

[22] Perkara ini nampaknya telah diambil perhatian oleh mahkamah-mahkamah Malaysia. Dalam kes P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 AMR 3457, Augustine Paul H (sebagaimana beliau ketika itu) berkata:-

“But evidence of mere absconding or flight is not such a vital circumstance which can be considered to show that the absconder was having any guilty mind (see Bhagat Bahadur v State (1996) Cri LJ 2001). Such conduct must be considered in the totality of the evidence adduced (see Mansor bin Mohd Rashid’s case). For it to be capable of amounting to an admission of guilt there must be a nexus between his conduct, his flight and the offence in question.”

"Judged against the background of what I have said with regard to the first fact, there is no nexus between the drugs seized and the act of the second accused in running away. In the absence of such evidence, the second fact is also consistent with the innocence of the second accused as he could have been in a state of pure panic (see Abdullah Zawawi bin Yusoff v PP [1993] 2 AMR 2121). Therefore there is no evidence, either direct or by way of inference, of any relationship between the two accused persons with regard to the offence they had been charged with. In the circumstances, I ruled that the prosecution had not made out a prima facie case against the second accused and accordingly acquitted and discharged him without calling upon him to enter his defence.”.

[23] Dalam Kes PP v Lai Ching Chong [1997] JCR 234, K.C Vohrah H (sebagaimana beliau ketika itu) berkata-

“Even if there was a ‘slight struggle’ as stated by PW3 when the accused was being arrested or that he tried to ‘run away’ (as PW3 stated under cross­examination), I would not read too much into these actions as these actions could be actions of an innocent man reacting to an unexpected and sudden confrontation.”.

[24] Saya bersetuju dengan hujahan TPR terpelajar bahawa Perayu Pertama perlu memberi penjelasan terhadap pelakunya yang melarikan diri semasa serbuan dibuat oleh pasukan polis yang diketuai oleh SP3, jika pelakuan tersebut benar berlaku. (Lihat Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19, 1 CLJ 717, Ibrahim bin Mohamed v P.P [2011] 4 CLJ 133). Namun dalam kes ini, Perayu Pertama telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau cuba melarikan diri seperti yang didakwa oleh SP3.

[25] Saya tidak bersetuju dengan penemuan hakim bicara bahawa terdapat bau yang kuat cannabis yang terdapat di dalam rumah tersebut dan dengan demikian Perayu Pertama mengetahui kewujudan cannabis yang menjadi hal perkara petuduh. Tidak terdapat secebis keterangan pun daripada mana-mana saksi yang mengesahkan perkara ini, termasuklah SP3. Ia merupakan spekulasi yang tidak berasas. Jika dilihat kepada gambar-gambar cannabis yang dirampas di muka surat 13 RR Jilid 3, adalah jelas bahawa kesemua cannabis tersebut berada di dalam peket plastik yang tidak mengeluarkan bau. Pada hemat saya, penemuan hakim bicara mengenai perkara ini adalah bertentangan dengan keberatan keterangan dan telah memprejudiskan Perayu Pertama. Adalah tidak berlebihan, dalam hal ini, hakim bicara “engaged in surmise fanciful conjecture”.

[26] Walau apapun jua, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa tanpa bukti mengenai jagaan dan kawalan milikan tidak dapat dibuktikan. Dalam kes P.P v Lin Lian Chen [2991] 2 MLJ 561, Mahkamah Agung menyatakan-

“In this context, mere knowledge of the presence of the seven newspaper packages or the cigarette packet in the Honda without more would not be sufficient to constitute custody or control thereof though it would constitute an essential step in that direction. But the position here was that there was not even proof of such knowledge much less proof of knowledge of the presence of the offending exhibits in the seven newspaper packages or the cigarette packet. For example, there was nothing to indicate for how long in all the respondent had been in charge of the Honda and such evidence as had been adduced indicated that he was seen only briefly at the wheel. No evidence was adduced as to whether the seven packages or the cigarette box had been dusted for fingerprints or as to whether the respondent's hands or fingernail clippings were examined for traces of heroin nor was there anything even suspicious about the behaviour of the respondent before or at the time of his arrest; for example, he made no difficulties when arrested.

We consider that it would not be an unfair summary of the case for the prosecution against the respondent, on the question whether it was proved that he was in custody or control of the seven packages or the cigarette packet, containing the offending exhibits, if we said that the evidence against him in relation thereto was, essentially, of juxta position. It goes without saying that such evidence, which amounts to nothing more than grave suspicion, is totally inadequate for purposes of inferring, control or even custody of the containers concerned, sufficient to attract the presumption under s. 37(d). Accordingly, on this ground alone, the learned Judge was perfectly entitled to rule, at the close of the case for the prosecution, that the respondent had no case to answer and to acquit and discharge him.“.

Rumusan Perbincangan

[27] Rumusan dari perbincangan di atas ialah bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah tidak memadai untuk membuktikan bahawa Perayu Pertama memiliki cannabis yang menjadi hal pekara pertuduhan dalam makna undang-undang.

[28] Perlu diambil perhatian bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah dituduh dengan niat bersama, melakukan perbuatan mengedar cannabis seperti yang dipertuduhkan.

[29] Kes Sabaruddin Non v P.P [2005] 1 CLJ 466 dan Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v P.P [2010] 1 CLJ 17, menyatakan bahawa bagi membuktikan niat bersama-

(a) tertuduh mestilah dibuktikan telah melakukan sesuatu yang mempunyai hubungan (nexus) dengan kesalahan; dan

(b) terdapat pra-perancangan sebelum kesalahan tersebut dilakukan.

[30] Sayatelah menyemak Rekod Rayuan dengan teliti dan mendapati Rekod Rayuan gersang dan tandus (barren) keterangan yang boleh menunjukkan bahawa-

(a) Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah mengenali satu sama lain sebelum 1.5.2015;

(b) Mereka telah datang ke rumah tersebut secara bersama; dan

(c) Perayu Pertama telah melakukan tindakan positif dan/atau mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan pengedaran, misalnya, Perayu Pertama membungkus, memotong daun-daun atau perbuatan lain yang berkaitan dengan cannabis.

(Lihat kes Lee Chez Kee v Public Prosecutor [2008] 3 SLR 447)

[31] Pada pandangan saya, terdapat salah arah serius di pihak hakim bicara apabila beliau memutuskan bahawa dalam keadaan yang wujud dalam kes ini niat bersama telah dibuktikan tanpa terdapatnya keterangan-keterangan seperti yang dinyatakan di atas.

[32] Dalam penghujahannya, TPR mengingatkan Mahkamah ini bahawa penemuan fakta yang dibuat oleh hakim bicara tidak wajar diganggu (lihat kes Harchan Singh & Ors. v P.P [1969] 1 LNS 52; [1969] 1 MLRA 382(MP)).

[33] Saya bersetuju dengan proposisi undang-undang di atas sekiranya penemuan fakta yang dibuat oleh hakim bicara tidak ketara salah (“not plainly wrong”) dan/atau tidak bertentangan dengan keberatan keterangan (“not against the weight of evidence”).

[34] Dalam kes Yap Gian Beng Terrace v P.P [1998] 3 SLR 656, Ketua Hakim Singapura Yong Pung How berkata di muka surat 24-

“It is trite law that an appellate court should be slow to overturn the trial judge’s findings of fact, especially where they hinge on the trial judge’s assessment of credibility and veracity of witnesses, unless they can be shown to be plainly wrong or against the weight of the evidencen.”.

[35] Beliau seterusnya menyatakan di muka surat yang sama-

“[W]hen it comes to inferences of facts to be drawn from the actual findings which have been ascertained, a different approach will be taken. In such cases, it is again trite law that an appellate judge is as competent as any trial judge to draw any necessary inferences of fact from the circumstances of the case.”.

[36] Dalam kes ini, apa yang dipertikaikan oleh Perayu Pertama bukanlah penemuan fakta hakim bicara semata-mata tetapi sebahagian besarnya adalah berkisar kepada inferen yang dibuat oleh hakim bicara dalam mencapai keputusannya bahawa Perayu Pertama didapati memiliki cannabis yang menjadi hal perkara pertuduhan.

[37] Di akhir rayuan, saya telah bertanya kepada diri saya soalan yang perlu ditanya oleh setiap orang hakim yang mendengar kes jenayah-

“Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, adakah keterangan tersebut apabila dilihat secara keseluruhan adalah mencukupi dan selamat untuk mensabitkan Perayu Pertama dengan pertuduhan yang dikemukakan?”.

[38] Saya tiada ragu-ragu bahawa jawapannya ialah “tidak”-tidak cukup keterangan dan tidak selamat.

Kesimpulan

[39] Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya tidak teragak-agak untuk membenarkan rayuan Perayu Pertama. Sabitan dan hukuman hakim bicara dengan ini diketepikan dan Perayu Pertama dibebas dan dilepaskan serta merta.

Bertarikh: 8hb Mac 2018

sgd.

DATO’ SETIA MOHD ZAWAWI SALLEH
Hakim
Mahkamah Rayuan
Malaysia

COUNSEL

Bagi Pihak Perayu Pertama: Hisyam Teh Poh Teik, Tetuan Teh Poh Teik & Co, Suite 11.08, Level 11, Menara TJB, No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru, Johor

Bagi Pihak Perayu Kedua: Dato’ Rajpal Singh (Siti Anis bt. Che Ab Wahab, dan Harpal Singh, bersamanya), Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu, No. 42-1A, First Floor, Jalan Medan Batu Caves 1, 68100 Batu Caves, Selangor

Bagi Pihak Responden: Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya

Legislation referred to:

Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen-seksyen 2, 37(da), 39B(1)(a), 39B(2), Jadual Pertama

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

Akta Keterangan 1950, Seksyen-seksyen 8, 9, 134

Kanun Acara Jenayah, Seksyen-seksyen 117, 180(4), 182A(1)

Kanun Keseksaan, Seksyen 34

Judgments referred to:

Alandu a/l Santhanasamy v Public Prosecutor [2013] 1 LNS 1019; [2013] MLRAU 371

Aziz Muhamad Din v PP [1997] 1 CLJ

Chan King Yu v PP [2009] 1 CLJ 601

Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237

Commonwealth v Bruce [Ogos 26, 1998]

Deepanraj Subramaniam v PP [2015] 3 CLJ 439

Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 CLJ 1

Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 52; [1969] 1 MLRA 382 (FC)

Ibrahim bin Mohamed v P.P [2011] 4 CLJ 133

Jagdip Singh v State of Haryana [1974] SC 1978

Javad Safikhani v PP [2017] 6 CLJ 604

Ledcke v State [1973] 260 Ind. 382, 296 N.E 2nd 412

Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 6 MLJ 1

Lee Chez Kee v Public Prosecutor [2008] 3 SLR 447

Matru Alias Girish v The State of UP AIR 1971 SC 1050; 1971 Cri L.J 913

Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154

Noor Azman Abidin v PP [2013] 1 LNS 478

P.P v Lin Lian Chen [2991] 2 MLJ 561

P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 AMR 3457

Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; 1 CLJ 717

Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng dan Satu Lagi [2015] 1 LNS 1226

People v Asilan [G.R No. 188322, April 11, 2012, 669 SCRA 405]

People v Mores [G.R No. 1898846, Jun 26, 2013]

PP v Hamzah Yunus [2017] 1 LNS 1185

PP v Haron Mukri [2010] 6 CLJ 458

PP v Lai Ching Chong [1997] JCR 234

PP v Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129

PP v. Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2004] 1 LNS 574

PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457

PP v Syahrani Ishak [2017] 1 LNS 503

PP v Yap Kim Wang [2016] 3 CLJ 433

Public Prosecutor v Muhammad Nasriq Abdullah [2015] 1 LN S 393; [2015] MLRHU 322; [2014] 3 MLJ 380 

Ram Swaroop & 2 Ors v State of Rajasthan [2004] 2 CRI 130

Roslan Hanapi v PP [2015] 6 CLJ 464 

Sabaruddin Non v P.P [2005] 1 CLJ 466

Saludin Surif v PP [1997] 3 CLJ 529

Songsil Udtoom & Ors v PP [2016] 1 CLJ 39

Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v P.P [2010] 1 CLJ 17

Yap Gian Beng Terrace v P.P [1998] 3 SLR 656

Notice: The Promoters of Malaysian Judgments acknowledge the permission granted by the relevant official/ original source for the reproduction of the above/ attached materials. You shall not reproduce the above/ attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Promoters and/or the original/ official source. Neither the Promoters nor the official/ original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/ attached materials. The Promoters and the official/ original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, Malaysian Judgments and contents herein are subject to the Terms of Use.