THE OFFICIAL REPOSITORY OF
MALAYSIAN JUDGMENTS & RULINGS

[2018] MYCA 184 MALAY

Pubalan A/L Peremal v Pendakwa Raya
Suit Number: Rayuan Jenayah No. B-05(M)-443-12/2016 

Criminal law – Murder – Conviction – Death sentence – Appeal – Whether conviction safe

Criminal procedure – Circumstantial evidence – Interested witness

Criminal procedure – Element of intent – Whether there was an intent to kill – Determination of intent to kill

PENGHAKIMAN

Latarbelakang

[1] Perayu telah dituduh dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas satu kesalahan membunuh. Pertuduhan terhadap Perayu ini adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 4 November, 2013, di antara jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang, bertempat di dalam bilik tidur, rumah No. 7, Jalan Timah 1, Taman Timah 1,43000 Dengkil, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah membunuh MURALI A/L DORAISAMY (No. KPT.: 850521-10-5993), dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”.

[2] Di akhir perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana (‘hakim bicara’) telah mendapati Perayu bersalah dan atas sabitan, telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Perayu. Tekilan, Perayu telah merayu ke Mahkamah ini terhadap sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh hakim bicara tersebut.

[3] Kami telah mendengar dan menimbangkan rayuan Perayu pada 20.4.2018. Kami telah menolak rayuan Perayu dan kami mengesahkan sabitan dan hukuman mati oleh hakim bicara. Kami sekarang memberikan alasan-alasan penolakan rayuan Perayu tersebut.

Kes Pendakwaan

[4] Naratif kes pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut. Pada 4.11.2013, jam lebih kurang 1.02 tengah hari, Murthi a/l Doraisamy (SP9) telah menerima satu panggilan telefon daripada abang iparnya iaitu Perayu memberitahu bahawa Perayu telah menetak Murali a/l Doraisamy (si mati). Si mati ialah juga seorang adik ipar kepada Perayu dan adik kandung SP9. Kakak si mati dan kakak kepada SP9, iaitu Kalaiselvi a/p Doraisamy (SP18) ialah isteri kepada Perayu.

[5] Setelah mendapat berita tentang kejadian penetakan si mati oleh Perayu, SP9 terus menghubungi sepupunya, Kanakaraaju a/l Ayer (SP14), dan meminta SP14 untuk pergi melihat keadaan si mati yang ketika itu berada di dalam sebuah bilik di rumah No. 7, Jalan Timah 1, Taman Timah 1, Dengkil (‘tempat kejadian’). SP14 telah menemui si mati di tempat kejadian dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. SP14 kemudiannya terus pergi membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil. SP14 kemudiannya telah memanggil ambulans untuk membawa si mati yang pada ketika itu masih dalam keadaan bernyawa ke Hospital Putrajaya.

[6] Bagaimanapun, si mati telah disahkan meninggal dunia pada jam 1.15 tengah hari pada hari yang sama. Bedah siasat ke atas jasad si mati telah dilakukan oleh Dr. Siew Sheue Feng (SP4). Berdasarkan keterangan lisan dan Laporan Bedah Siasat (P19), SP4 mengesahkan kematian si mati adalah akibat daripada kecederaan luka tikaman berganda (‘multiple incised wounds’).

[7] Saksi Manmathan a/l Doraisamy (SP10), seorang lagi adik ipar Perayu, setelah diberitahu mengenai kejadian oleh kakaknya yang juga isteri kepada Perayu, Kalaiselvi a/p Doraisamy (SP18), telah pergi ke tempat kejadian bersama-sama dengan sepupunya bernama Pandiyan. Setelah tiba, SP10 mendapati si mati masih sedar dan boleh bercakap. Apabila ditanya oleh SP10 siapakah orang yang telah mencederakannya, si mati memberitahu bahawa Perayu yang telah memotongnya dan Perayu datang seorang diri memotongnya. SP10 mendapati si mati mengalami kecederaan di bahagian kedua-dua kaki dan tangan dan berlumuran dengan darah. Si mati pada waktu itu berada terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tempat kejadian.

[8] Pihak pendakwaan turut mengemukakan keterangan melalui saksi Kalaivanan a/l Nadarajah (SP19) dan Gunentren a/l Pandiyan (SP17). Menurut SP19, pada 4.11.2013 dia telah pergi ke rumah tempat kejadian bersama abangnya bernama Mayakrishnan untuk melihat keadaan si mati yang dia kenali sebagai ‘Dodami’ setelah mereka mendapat tahu Perayu telah cedera ditetak oleh orang. SP19 menyatakan bahawa dia dan abangnya ialah orang yang pertama tiba di tempat kejadian. Keterangan matan saksi SP19 dan SP17 ialah berkenaan dengan akuan nazak (‘dying declaration’) yang diberikan oleh si mati kepada kedua-dua saksi tersebut ketika si mati berada dalam ambulans semasa perjalanan ke Hospital Putrajaya. SP19 dan SP17 mendengar si mati menyebut nama ‘Pubalan’ (Perayu) apabila ditanya apakah yang telah berlaku.

[9] Perayu telah ditangkap pada 7.11.2013 oleh Sjn. Mohd Aris bin Mohd Salleh (SP22) apabila Perayu datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Selepas ditangkap, Perayu telah membawa satu pasukan polis diketuai oleh ASP Mohd Hafizi bin Azmi (SP21) pergi ke simpang jalan Cyberjaya untuk masuk ke Pulau Meranti. Di sana Perayu telah menunjukkan tempat di mana dia telah membuang senjata yang digunakan untuk menetak si mati. Walau pun usaha-usaha telah dilakukan untuk mengesan senjata itu, namun pihak polis telah gagal untuk menemui senjata tersebut.

[10] Selain itu, Perayu memberitahu SP21 bahawa kejadian berpunca daripada pergaduhan yang berlaku antara dia dengan adik iparnya, si mati. Selepas kejadian, Perayu telah melarikan diri ke Pelabuhan Klang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira. Pihak polis telah menemui kereta tersebut yang diletakkan di bawah Blok D, Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan

[11] Hakim bicara menerima keterangan SP10, adik kepada si mati dan keterangan pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Aidil bin Shafie (SP23) bahawa saksi-saksi telah mengecamkan Murali a/l Doraisamy (si mati) yang telah meninggal dunia.

[12] Hakim bicara juga menerima keterangan SP4 yang menyatakan bahawa si mati telah mati akibat kecederaan-kecederaan tubuh badan yang dikenakan terhadap si mati. SP4 mengesahkan terdapat 19 kecederaan luaran yang dialami oleh si mati yang semuanya tertumpu pada bahagian kaki dan tangan (‘limbs’) si mati dan akibat kecederaan-kecederaan itu, peluang si mati untuk hidup adalah tipis oleh sebab akibat daripada kecederaan-kecederaan tersebut, si mati telah mengalami kehilangan banyak darah (‘excessive loss of blood’). SP4 juga menyatakan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati terutama luka No. 3 di Laporan Bedah Siasat (P19) adalah ‘fatal in nature’. SP4 berpandangan kecederaan-kecederaan tersebut ialah kecederaan untuk mempertahankan diri (‘defensive wounds’) dan kecederaan-kecederaan itu boleh disebabkan oleh senjata tajam seperti parang atau pisau. SP4 menyatakan sebab-sebab kematian si mati adalah luka berganda (‘multiple incised wounds’).

[13] Untuk elemen ketiga pertuduhan dan terpenting, hakim bicara telah menerima keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan yang menjuruskan kepada satu konklusi bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati dan yang telah membawa kepada kematian si mati adalah disebabkan oleh Perayu. Keterangan-keterangan mengikut keadaan seperti berikut telah diterima oleh hakim bicara untuk mengaitkan Perayu dengan pembunuhan terhadap si mati:

(a) melalui keterangan SP9, SP10 dan SP18 bahawa wujud perhubungan yang tidak baik serta pertelingkahan antara Perayu dengan si mati mengenai urusan kerja dan perniagaan yang dijalankan oleh mereka akibat mereka terlibat dalam jenis perniagaan yang sama;

(b) pada pagi hari kejadian, Perayu telah datang ke rumah kawannya, Devaraj a/l Subramaniam (SP20), di Pelabuhan Klang dan telah menyerahkan beg serta kunci kereta dalam keadaan tergesa-gesa;

(c) Perayu telah memukul isterinya (SP18), dan ini menimbulkan kemarahan si mati kerana SP18 ialah kakak kandungnya. Akibatnya, Perayu telah dihalau keluar dari rumah tempat kejadian oleh si mati;

(d) Perayu telah menyerah diri kepada pihak polis pada 7.11.2013, 3 hari selepas kejadian apabila mendapat tahu si mati telah meninggal dunia dan dia dicari oleh pihak polis; dan

(e) Perayu telah mengaku menetak si mati dalam perbualan telefon antara Perayu dengan SP9 pada hari kejadian jam 1.02 tengah hari dalam keadaan nada suara Perayu yang gementar.

[14] Mengenai elemen niat, hakim bicara telah menerima keterangan SP4 bahawa kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh si mati pada lazimnya boleh mengakibatkan kepada satu kematian seperti yang dimaksudkan di bawah perenggan (c) kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan.

[15] Selepas berpuas hati atas pertimbangan secara maksima bahawa kesemua empat (4) elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu. Oleh itu, Perayu telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan.

Kes pembelaan

[16] Perayu memilih memberi keterangan membela diri secara bersumpah. Secara ringkasnya Perayu menyatakan seperti berikut:

(a) dia tinggal bersama isteri (SP18), dua (2) orang anak dan dua (2) orang adik iparnya (si mati dan SP10). Mereka tinggal bersama di rumah tempat kejadian seperti di alamat dalam pertuduhan;

(b) dia bekerja sebagai pemandu teksi dan juga sebagai pengawal keselamatan dengan Syarikat Taikoon Venture Sdn Bhd. Dia ada 10 orang yang bekerja di bawah seliaannya, termasuklah seorang yang bernama Mohd Farid @ Boy;

(c) pada 3.11.2013 iaitu hari kedua perayaan Deepavali, dia bercadang untuk mengadakan jamuan sambutan Deepavali dan para pekerjanya telah datang ke rumah tempat kejadian untuk membuat persiapan dengan memasang khemah dan memasak makanan. Tetapi kerja-kerja tersebut telah dihalang oleh ahli keluarga sebelah isterinya termasuk SP9, SP10, si mati, sepupu isterinya serta makcik-makcik mereka. Dia turut dipukul oleh SP9 dan SP10. Si mati pula telah menghalau pekerja-pekerja yang sedang memasak. Walau bagaimanapun, majlis itu tetap diteruskan pada malam itu sehingga selesai pada jam 2.00 pagi.

(d) pada 4.11.2013, dia bangun awal kerana perlu mengemas untuk dia dan ahli keluarganya berpindah dari rumah tempat kejadian. Para pekerjanya termasuk ‘Boy’, Vicknes (SD2) dan Murthi (SD3) telah datang untuk membantu. Semasa mengemas untuk berpindah, dia terserempak dengan si mati di tingkat atas dan dia bertanya kenapa si mati marah kerana dia mengadakan majlis sambutan perayaan Deepavali di rumah itu;

(e) si mati telah memarahi dia dan si mati yang berada dalam keadaan mabuk telah mengambil satu bilah parang dari dalam almari untuk menetak dia. Tetapi secara tiba-tiba ‘Boy’ telah merampas parang tersebut daripada tangan si mati dan terus menetak si mati;

(f) selepas menetak si mati, Boy terus melarikan diri dengan membawa bersama parang yang digunakan untuk menetak si mati. Dia turut melarikan diri dan dia sempat melihat parang tersebut berlumuran dengan darah si mati; dan

(g) dia menafikan sama sekali bertanggung jawab membunuh si mati.

[17] Pihak pembelaan telah memanggil dua orang saksi untuk menyokong pembelaan Perayu. Mereka ialah Vickneswaran a/l Rajendran (SD2) dan Murthi a/l Dharmalingam (SD3). SD2 menyatakan bahawa pada 4.11.2013 dia telah pergi ke rumah tempat kejadian untuk membuka khemah dan dia ada melihat dan berjumpa dengan Perayu, Boy, Murthi dan beberapa orang lagi yang berada di situ.

[18] SD3 dalam keterangannya menyatakan pada 3.11.2013 dia dan rakannya bernama Arumugam @ Panjang telah pergi ke rumah Perayu untuk memasak bagi majlis perayaan Deepavali. Dia tidak ada melihat si mati berada di rumah tempat kejadian tapi dia ada nampak Boy turut berada di situ. Pada 4.11.2013, dia datang semula ke rumah tempat kejadian untuk mengemas dan mengangkut barang menggunakan sebuah van. Semasa berada di satu simpang untuk ke rumah tempat kejadian, dia melihat kereta dipandu oleh Perayu dengan laju berselisih dengan van yang dia pandu. Tidak lama kemudiannya dia melihat Boy “...dia keluar dari rumah Pubalan dia pegang tangan kanan pegang satu parang, parang itu ada darah, baju darah, dia terus lari ke ladang kelapa sawit dalam itu...” (di muka surat 206 Rekod Rayuan Jilid 2B).

[19] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara telah menolak versi pembelaan Perayu dan mendapati bahawa pembelaan Perayu telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Hakim bicara turut mendapati bahawa terdapat banyak percanggahan dalam keterangan Perayu. Pembelaan Perayu bahawa Boy yang telah menetak si mati hanya satu rekaan dan penafian kosong semata-mata memandangkan pembelaan ini tidak pernah dicadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan. Pembelaan Perayu tidak munasabah apabila Perayu menyatakan selepas si mati ditetak oleh Boy, Perayu tidak berbuat apa-apa sebaliknya menghilangkan diri begitu sahaja, sedangkan si mati ialah adik ipar kepada Perayu sendiri. Hakim bicara juga mendapati pembelaan Perayu gagal menyangkal kes pendakwaan.

[20] Setelah berpuas hati bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Perayu melampaui sebarang keraguan yang munasabah, Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Perayu telah dijatuhi dengan hukuman gantung di leher sehingga mati. Justeru, rayuan Perayu di hadapan kami.

Rayuan Perayu

[21] Di hadapan kami, peguam bela terpelajar telah membangkitkan tiga (3) alasan rayuan berikut untuk mencabar dapatan dan keputusan hakim bicara yang telah mensabitkan pertuduhan terhadap Perayu. Tiga alasan rayuan yang dihujahkan oleh peguam bela adalah seperti berikut:

(a) Hakim bicara telah terkhilaf apabila menerima masuk keterangan SP9 mengenai pengakuan Perayu;

(b) Hakim bicara telah gagal untuk membuat sebarang dapatan terhadap akuan nazak yang dibuat oleh si mati kepada SP19; dan

(c) Secara alternatifnya, keterangan SP4 menunjukkan satu kesalahan di bawah seksyen 299 Kanun Keseksaan telah dibuktikan iaitu kesalahan homisid salah tidak terjumlah kepada satu kesalahan membunuh, satu kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

[22] Mengenai isu berkaitan dengan pengakuan Perayu, peguam bela menghujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila menerima pengakuan Perayu sebagai satu alasan utama mensabitkan Perayu dengan pertuduhan. Peguam bela seterusnya menghujahkan bahawa hakim bicara telah gagal untuk membuat pertimbangan terhadap fakta bahawa SP9 ialah seorang saksi yang mempunyai kepentingan dan keterangan SP9 tidak disokong oleh lain-lain keterangan. Walaupun SP9 menyatakan bahawa beliau ada membuat laporan polis namun laporan polis itu tidak dikemukakan ke Mahkamah. Selain itu, dihujahkan juga bahawa terdapat percanggahan antara keterangan SP9 dengan keterangan SP18 mengenai siapa sebenarnya yang telah menetak si mati.

[23] Mengenai isu berkaitan dengan akuan nazak, peguam bela menghujahkan bahawa hakim bicara langsung tidak membuat sebarang dapatan mengenainya dalam penghakimannya. Dihujahkan bahawa kegagalan hakim bicara untuk membuat pertimbangan dan dapatan terhadap akuan nazak oleh si mati kepada SP10 dan SP19 adalah satu salah arahan kerana ketidakarahan yang telah memprejudiskan serta menimbulkan kegagalan keadilan kepada Perayu.

[24] Berkaitan dengan alasan ketiga rayuan, peguam bela menghujahkan bahawa saksi SP4 langsung tidak menyatakan bahawa kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh si mati pada kelazimannya boleh menyebabkan kematian. Oleh itu elemen niat yang digunapakai oleh hakim bicara dan oleh pihak pendakwaan di bawah perenggan (c) seksyen 300 Kanun Keseksaan telah gagal dibuktikan. Oleh itu dihujahkan bahawa kes ini tertakluk di bawah seksyen 299 Kanun Keseksaan dan Perayu sepatutnya didapati bersalah di bawah seksyen 304(a) atau 304(b) Kanun Keseksaan.

Dapatan dan keputusan kami

[25] Kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan mengikut keadaan (‘circumstancial evidence’). Tidak ada saksi mata (‘eye witness’) dalam kes ini. Hakim bicara telah turut membuat pertimbangan terhadap perkara ini dalam penghakimannya dan telah merujuk kepada nas-nas berikut: Idris v PP [1960] 1 MLJ 296; Kartar Singh & Anor v PP [1952] 1 LNS 43; Shahrael Amir Suhaimi v PP [2014] 7 CLJ 380 dan Chang Kim Siong v PP [1968] 1 MLJ 36. Prinsip undang-undang yang dapat diketengahkan melalui nas-nas tersebut adalah bahawa jika fakta dan keadaan keseluruhan sesuatu kes itu cukup kuat menunjuk kepada satu konklusi terhadap kebersalahan tertuduh, sabitan adalah selamat. Ini bermakna seseorang tertuduh boleh disabitkan hanya didasarkan semata-mata kepada keterangan-keterangan mengikut keadaan.

[26] Kami telah meneliti rekod rayuan dan kami mendapati hakim bicara telah menimbangkan keterangan-keterangan mengikut keadaan yang ada untuk mensabitkan Perayu. Keterangan-keterangan mengikut keadaan berikut telah dipertimbangkan oleh hakim bicara berdasarkan penghakiman bertulisnya:

(a) Keterangan melalui saksi-saksi SP9, SP10 dan SP18 yang menyatakan bahawa perhubungan antara Perayu dengan si mati adalah tidak baik dan persengketaan antara kedua-duanya berpanjangan. Persengketaan berlaku antara mereka melibatkan perebutan dalam perniagaan membekalkan perkhidmatan pengawal keselamatan;

(b) Perbalahan timbul sehari sebelum kejadian apabila si mati dan ahli keluarga si mati yang lain membantah Perayu mengadakan majlis sambutan perayaan Deepavali di rumah tempat kejadian;

(c) Perbalahan juga timbul disebabkan tindakan Perayu yang telah memukul SP18, kakak kepada si mati;

(d) Kelakuan Perayu yang telah menghilangkan diri sebaik kejadian walaupun kononnya Perayu mendakwa melihat Boy telah menetak si mati namun Perayu langsung tidak memberi sebarang bantuan kepada si mati yang telah tercedera. Kelakuan Perayu dalam keadaan itu amat tidak munasabah;

(e) Perayu langsung gagal untuk membuat laporan polis walaupun mendakwa melihat kejadian Boy menetak si mati;

(f) Wujud percanggahan dalam keterangan Perayu sendiri;

(g) Perbuatan Perayu dalam keadaan tergesa-gesa menyerahkan beg dan kunci keretanya kepada SP20 setelah Perayu melarikan diri ke Pelabuhan Klang; dan

(h) Pengakuan Perayu kepada SP9 bahawa dia telah memotong si mati dan meminta SP9 untuk pergi ke tempat kejadian untuk menyelamatkan si mati.

[27] Kami dengan sebulat suara bersetuju dengan dapatan dan keputusan hakim bicara bahawa keterangan-keterangan mengikut keadaan yang ada dalam kes ini cukup kuat untuk mensabitkan Perayu dengan pertuduhan. Kami telah menimbangkan tiga alasan rayuan Perayu dan kami mendapati ketiga-tiga isu yang dibangkitkan tidak bermerit dan ditolak.

[28] Untuk isu berkaitan pengakuan Perayu kepada SP9 bahawa Perayu yang telah mendatangkan kecederaan yang membawa kepada kematian si mati, kami bersetuju pengakuan Perayu boleh diterima melalui seksyen 17 Akta Keterangan, 1950 yang memperuntukkan seperti berikut:

“17. Admission and confession defined

(1) An admission is a statement, oral or documentary, which suggests any inference as to any fact in issue or relevant fact, and which is made by any of the persons and under the circumstances hereinafter mentioned.

(2) A confession is an admission made at any time by a person accused of an offence, stating or suggesting the inference that he commited that offence.

(3) Subsection (2) shall have no application in Sarawak.”

[29] Keterangan SP9 di muka surat 39 Rekod Rayuan Jilid 2A mengenai pengakuan Perayu adalah seperti berikut:

"Pada tarikh tersebut jam 1.02 tengahari saya telah terima panggilan telefon daripada telefon bimbit Pubalan, Pubalan telah beritahu saya dengan nada suara gementar dan telah memberitahu saya beliau telah potong adik saya dan Murali berlumuran darah dan kalau boleh datang selamatkan Murali. Selepas itu dia telah tamatkan call.” [penekanan oleh kami]

[30] Peguam bela menghujahkan bahawa pengakuan Perayu tidak boleh diterima antara lainnya, atas dasar bahawa SP9 seorang saksi yang mempunyai kepentingan kerana si mati ialah adik kepada SP9. Kami tidak bersetuju. Tidak ada nas yang menyebutkan seorang saksi berkepentingan tidak boleh dipercayai.

[31] Peguam bela telah merujuk kepada kami keterangan SP9 semasa pemeriksaan balas di muka surat 53 Rekod Rayuan Jilid 2A seperti berikut:

"S: Setuju kamu amat sayang adik kamu Murali?

J: Ya

S: Setuju kamu juga amat marah dengan abang ipar kamu Pubalan kerana kejadian ini?

J: Ya.”

[32] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela bahawa hanya berdasarkan kenyataan SP9 tersebut boleh menyebabkan SP9 seorang saksi yang tidak boleh dipercayai. Adalah sesuatu yang munasabah seorang yang normal akan berasa marah kepada orang yang telah membunuh ahli keluarganya, lebih-lebih lagi pembunuh itu adalah daripada ahli keluarga sendiri. Kami mendapati SP9 bukan sahaja saksi yang berkepentingan terhadap si mati malahan turut mempunyai kepentingan terhadap Perayu juga memandangkan Perayu ialah suami kepada kakak SP9 (SP18).

[33] Peguam bela juga menghujahkan terdapt percanggahan antara keterangan SP9 dengan keterangan SP18. Kami telah dirujuk kepada keterangan SP18 di muka surat 127 Rekod Rayuan Jilid 2B seperti berikut:

"S: Lebih kurang pukul berapa kamu dimaklumkan bahawa Ravi telah ditetak?

J: Lebih kurang 12.30 tengah hari

S: Setuju apa yang Murthi beritahu kamu, suami kamu telefon telah ditetak orang dan bukan suami kamu yang menetak Ravi?

J: Apabila Murthi terima panggilan telefon, dia tergesa-gesa dan dia beritahu kami Ravi telah ditetak. Apabila kami tanya siapa beritahu, dia beritahu bahawa Pubalan yang beritahu dia.”

[34] Setelah meneliti dan memperhalusi keterangan SP9 dan SP18, kami tidak bersetuju bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan dua saksi pendakwaan tersebut. Apa yang berlaku ialah keterangan SP18 tidak menyatakan bahawa Perayu yang telah menetak si mati. Ini bukanlah satu percanggahan dengan keterangan SP9. Ianya lebih kepada satu ketinggalan.

[35] Atas isu yang sama, terakhirnya peguam bela berhujah tidak ada keterangan sokongan terhadap keterangan SP9. Kami juga tidak bersetuju. Hakim bicara telah menerima keterangan SP9 sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai. Oleh itu tiada keperluan untuk keterangan sokongan sebelum keterangan SP9 dapat diterima. Sekiranya hujahan peguam bela diterima, ini akan menyanggah peruntukan di bawah seksyen 134 Akta Keterangan, 1950.

[36] Sebaliknya kami bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya (‘TPR’) bahawa terdapat keterangan sokongan terhadap keterangan SP9 iaitu melalui keterangan saksi Mohamad Fesal bin Mohd Salleh (SP24). SP24 dari Digi Telecommunications mengesahkan nombor telefon 016-2325347 milik Perayu ada menghubungi nombor telefon 016-3122142 milik SP9 pada 4.11.2013 pada jam 13.00:04. Keterangan SP24 di muka surat 167-168 Rekod Rayuan Jilid 2B, seperti berikut:

"Q: Adakah daripada sini kamu tahu siapa punya berdaftar no. ini?

A: Pelanggan yang didaftarkan untuk no. ini-Pubalan a/l Peremal no. ic-790710105245 yang beralamat di No. 7 Jln Timah 1, Taman Timah, Dengkil Sepang. Saya telah memuat turun rekod panggilan dari no. ini.

Q: Ada lagi tak permohonan dibuat?

A: Kali kedua 26.11.2013 dibuat daripada email oleh Inspektor Aidil. No. kedua 016-3122142 didaftarkan atas nama Murthi a/l Doraisamay yang beralamat di No. 22, Jln Kajang Mewah, Kajang Selangor. Saya menjawab melalui email. Makmlumat-maklumat tersebut adalah panggilan dibuat daripada no. 016­-2325347 pada tarikh 4.11.2013 pada jam 13:00:04 kepada nombor 016-31222142. Rekod ini menunjukkan panggilan itu telah berjaya dibuat dan panggilan berjaya diterima oleh nombor yang dipanggil dan data-data berhubung panggilan berkenaan ada direkod oleh sistem.”

[37] Kami mendapati tiada kekhilafan oleh hakim bicara dalam menerima masuk pengakuan yang dibuat oleh Perayu kepada SP9 dalam kes ini. Pengakuan Perayu itu boleh diterima masuk sebagai keterangan melalui seksyen 17(a) Akta Keterangan, 1950 (lihat Fang Jin Zhong v PP [2015] 1 LNS 1499).

[38] Alasan rayuan kedua Perayu ialah berkaitan dengan akuan nazak si mati kepada SP19. Bantahan Perayu ialah isu ini telah gagal dipertimbangkan oleh hakim bicara dan ini dihujahkan satu salah arahan yang mendatangkan ketidakadilan kepada Perayu. Kami telah meneliti penghakiman hakim bicara dan kami bersetuju dengan peguam bela setakat bahawa akuan nazak si mati telah gagal dipertimbangkan sama sekali oleh hakim bicara. Walau bagaimanapun, atas prinsip bahawa proses rayuan merupakan sebahagian daripada satu perbicaraan berterusan, kami telah menimbangkan isu akuan nazak si mati dalam kes ini.

[39] Setelah meneliti rekod rayuan, kami mendapati akuan nazak oleh si mati berlaku sebanyak dua kali pada dua situasi yang berbeza. Yang pertama, si mati membuat akuan nazak kepada SP10 semasa di dalam bilik di rumah tempat kejadian, dan keduanya, kepada SP17 dan SP19 semasa berada di dalam ambulans. Keterangan SP10, SP17 dan SP19 mengenainya kami petik seperti berikut:

(a) Keterangan SP10 di muka surat 68-69 Rekod Rayuan Jilid 2A;

"Q: Apa lagi awak buat?

A: Saya terus kejutkan sebab dia nampak dalam keadaan pengsan. Sebab dia terbaring dan dada bergerak sebab itu saya ingat dia pengsan dan saya terus kejutkan dia. Dia ada beri respon, masa saya kejutkan dia kepala saya sebelah kanan dan selepas saya kejutkan dia, dia pusingkan kepala di sebelah kiri mengadap saya dan saya terus tanya keadaan dia okey tak.

Q: Masa ini tanya dalam Bahasa apa?

A: Bahasa Tamil.

Q: Masa itu dia boleh bercakap lagi?

A: Dia cakap dia takkan mati dan minta saya panggilkan ambulans segera.

Q: Kemudian.

A: Kemudian saya tanya abang saya siapa yang memotong dia. Dia kata abang ipar saya Pubalan memotong dia dan saya teruskan soalan, dia seorang sahaja atau ada orang lain, dia kata tidak ada, dia seorang sahaja yang memotong dia.”.

(b) Keterangan SP17:

"Q: Ada sesiapa dalam ambulans itu, adakah kamu bertiga ini ada tanya pada si mati siapa yang serang dia?

A: Kalaivanan telah bertanya pada Murali sambil menangis macam mana boleh berlaku macam ini, selepas itu Murali telah beritahu Pubalan yang telah menetak beliau.”.

(c) Keterangan SP19 di muka surat 135 Rekod Rayuan Jilid 2B:

"Q: Di dalam ambulans itu dimanakah awak duduk?

A: Saya telah duduk di bahagian kepala Dodami dan Gunenteren telah duduk di kaki beliau.

Q: Masa awak duduk di dalam ambulans itu bagaimana keadaan Dodami?

A: Dia masih lagi di dalam keadaan separuh sedar dan boleh lagi bercakap.

...

Q: Apa awak cakap dengan dia?

A: Saya telah tanya dia apakah yang telah berlaku.

Q: Apa jawapan dia?

A: Dia di dalam keadaan yang tidak sedar sangat, dia ada cakap Pubalan. Selepas itu orang itu cakap dan orang itu letakkan oksigen di mulut dia.

Q: Dia sebut Pubalan. Adakah Pubalan itu awak kenal?

A: Saya tahu Pubalan adalah abang ipar Dodami, tetapi saya jarang jumpa dia.”.

[40] Peguam bela telah merujuk kepada keterangan SP19 sahaja terutama semasa pemeriksaan balas dan menghujahkan SP19 telah memberi keterangan palsu dan patut kebolehpercayaannya dicabar oleh pihak pendakwaan. Sekiranya Perayu mendapati semasa pemeriksaan balas bahawa SP19 telah memberi keterangan palsu, pihak pembelaan sendiri boleh mencabar kebolehpercayaan SP19 tetapi ini telah gagal dilakukan. Kenapa pihak pembelaan menyalahkan pihak pendakwaan kerana tidak memulakan prosiding untuk mencabar kebolehpercayaan SP19?

[41] Seksyen 32 Akta Keterangan, 1950 memperuntukkan mengenai penerimaan akuan nazak seperti berikut:

32. Cases in which statement of relevant fact by person who is dead or cannot be found, etc., is relevant.

(1) Statements, written or verbal, of relevant facts made by a person who is dead or who cannot be found, or who has become incapable of giving evidence, or whose attendance cannot be procured without an amount of delay or expense which under the circumstances of the case appears to the court unreasonable, are themselves relevant facts in the following cases:

(a) When the statement is made by a person as to the cause of his death, or as to any of the circumstances of the transaction which resulted in his death, in cases in which the cause of that person’s death comes into question.

(b) ...(j)

Illustrations

(a) The question is whether A was murdered by B; or

A dies of injuries in the course of which she was revished by B; or

The question is whether A was killed by B under the circumstances that a suit would lie against B by A’s widow.

Statements made by A as to the cause of his or her death, referring respectively to the murder, the rape and the actionable wrong under consideration, are relevant facts.”.

[42] Dalam kes PP v Nomezam Apandy Abu Hassan (No. 2) [2008] 7 CLJ 168 Low Hop Bing H (ketika itu) mengenai isu yang sama memutuskan seperti berikut:

"[71] As a general rule, the law of evidence requires the best evidence to be adduced. Exceptions do arise in order to allow the admissibility of hearsay evidence: see e.g Public Prosecutor v Mohamad Fairus bin Omar [1997] 3 CLJ Supp 260 HC (p. 303, Evidence, Practice and Procedure, 2000 by Augustine Paul (now FCJ)).

[72] The rationale for admitting a dying declaration is that "where a witness is dead, it may be better to admit evidence of what he said than to deprive the court of all proof” (Phipson on Evidence (13th edn) p. 345).

[73] Section 32(a)(a) allows the admissibility of a dying declaration in criminal as well as civil cases, as expressly stated under the terms "whatever may be the nature of the proceeding in which the cause of death comes into question”. A dying declaration under s. 32(1)(a) is relevant whether the person who made it was or was not, at the time it was made, under the expectation of death (Sarkar’s Law of Evidence, Vol. 1, p. 567).

[74] Under s. 32(1)(a), the marker of a statement who is dead and the statement in the form of a dying declaration as to the cause of his death or circumstances of the transaction which resulted on his death are relevant and admissible. The circumstances must have some proximate relation to the actual occurrence. The transaction must relate to a set of facts pertaining to the death of the victim such as the time or place of his death or about meeting someone who may be the accused: per Lord Atkin in Pakala Narayana Swami v King-Emperor [1939] 1 LNS 62; [1939] 8 MLJ 59.”. [penekanan oleh kami]

[43] Seterusnya dalam kes Murugan Arumugam lwn. PP [2017] 3 CLJ 377 Ramly Ali, HMP mengulas dengan panjang lebar isu yang sama seperti berikut:

"[12] Prinsip mengenai ‘dying declaration’ ini pernah dinyatakan dalam kes PP v. Nomezam Apandy Abu Hassan (No. 2) [2008] 7 CLJ 168; [2008] 1 MLJ 681, di mana telah dinyatakan:

Section 32(1)(a) allows the admissibility of a dying declaration in criminal as well as civil cases, as expressly stated under the terms ‘whatever may be the nature of the proceeding in which the cause of death comes into question’. A dying declaration under s. 32(1)(a) is relevant whether the person who made it was or was not, at the time when it was made, under expectation of death. Under s. 32(1)(a), the maker of a statement who is dead and the statement in the form of a dying declaration as to the cause of his death or circumstances of the transaction which resulted in his death are relevant and admissible. The circumstances must have some proximate relation to the actual occurrence. The transaction must relate to a set of facts pertaining to the death of the victim such as the time or place of his death or about meeting someone who may be the accused.

[13] Dalam kes sekarang mangsa telah ditemui di dalam bilik air di rumah majikannya (perayu) pada 20 Oktober 2009 dalam keadaan yang tenat. Beliau telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada hari itu dan meninggal dunia enam hari kemudian pada 26 Oktober 2009. Sepanjang tempoh enam hari tersebut, mangsa telah membuat penyataan kepada enam orang saksi iaitu SP2, SP6, SP14, SP39, SP43 dan SP42. Kesemua saksi-saksi berkenaan memberi keterangan yang menunjukkan mangsa telah mengatakan kepada mereka bahawa kecederaan yang beliau alami telah dilakukan oleh perayu, sebagai majikan beliau.

[14] Enam orang saksi yang telah memberikan keterangan mengenai ‘dying declaration’ tersebut adalah seperti berikut:

(a) SP2 (Gerald Lazarus), seorang peguam yang menyatakan:

I don’t know who told her that I was the one who made the report. But she held my hand and told me terima kasih and kissed my hand. I asked her siapa yang buat. She said tuan yang buat. I then left the emergency ward.

(b) SP6 (Muhamad Sahid bin Abdul Karim) seorang pembantu pegawai perubatan yang mengiringi mangsa dari rumah perayu ke hospital telah memberi keterangan seperti berikut:

Saya ada tanya siapa yang pukul. Pembantu rumah berulang kali cakap, takut untuk beritahu. Selepas dipujuk baru diberitahu majikan yang pukul tetapi saya tidak tahu majikan lelaki atau perempuan.

(c) SP14 (Insp Mohd Azan) pegawai penyiasat yang telah merakamkan kenyataan mangsa di bawah s. 112 Kanun Tatacara Jenayah yang telah ditandakan sebagai eks. P78 semasa perbicaraan. Selain daripada eks. P78 semasa perbicaraan. Selain daripada eks. P78, SP14 di dalam keterangan lisannya menyatakan:

Saya tanya dia macam mana boleh jadi macam ini. Dia kata dia kena pukul. Saya tanya siapa yang pukul? Dia beritahu saya, "bapak”. Peguam En Gerard pun ada tanya. Dijawab "tuan”.

Saya dapati perempuan ini berada dalam keadaan yang lemah. Cakap pun slow. Saya tanya dia, "siapa nama kamu”. Dia kata "Muntik binti Hani”. Saya tanya lagi "kenapa kaki kamu boleh jadi macam ini”. Dia beritahu saya dia kena pukul dengan bapak. Saya tanya mangsa "kena pukul dengan apa”. Dia kata, yang dekat betis itu kena pukul dengan besi. Selepas itu saya tanya dia tangan berlipat macam ini kena pukul dengan apa, dia kata "dengan batang penyapu”.

Pada masa itu keadaan dia agak lemah. Saya tanya dia lagi siapa yang pukul kamu. Dia beritahu saya bapak majikan lelaki dia. Dengan apa, dia cakap dengan besi. Lepas itu saya tanya majikan perempuan dia ada pukul dia. Dia kata kakak tidak pukul.

Saya tanya berapa lama dia sudah berada di Malaysia. Dia kata sudah 5 tahun. Saya tanya macam mana dalam tempoh 5 tahun dia boleh masuk dan berada di Malaysia. Lepas itu dia beritahu saya dia bekerja dengan satu perempuan Cina. Saya tanya dia siapa perempuan Cina itu dan di mana dia tinggal. Dia beritahu saya, saya tidak faham dia cakap apa. Saya tanya berapa lama dia dikurung dalam bilik air. Dia kata tidak silap, 2 hari 2 malam. Selepas itu saya tanya macam mana dia boleh dalam bilik air. Dia kata bapak angkat dia letak dalam bilik air.

Saya tanya lagi macam mana kamu boleh dapat kecederaan di bahagian kaki. Dia beritahu saya dia dipukul dengan besi. Saya tanya besi macam mana, bagaimana bentuk besi itu. Dia ada beritahu saya tetapi saya tidak faham, sebab dia cakap perlahan.

(d) SP39 (Dr Shujahtaa a/p MP Rajos) pegawaia perubatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Kelang, dalam keterangannya menyatakan:

Dia mengatakan bahawa majikan lelaki India telah memukulnya berulang kali dengan kayu. Tumbuk dan tendang ke bahagian perut, belakang dan mukanya. Dua bulan tinggal dengan majikan baru itu dan dipukul oleh majikan itu. Dia juga beritahu bahawa dia telah dibotakkan oleh majikan lelaki India itu.

Dia juga mengatakan bahawa majikan lelakinya juga telah memukul kakinya dengan besi dan disimbah air panas. Selain itu, dia telah mengatakan bahawa dia telah dikurung dalam tandas dan tidak makan selama 2 hari. Saya juga tanya dia adakah dia dirogol oleh majikan lelaki dan diberitahu tidak.

(e) SP42 (Dr Dinesh a/l Earnest Kunasingh) pegawai perubatan di Jabatan Orthopedik, Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Kelang, memberi keterangan seperti berikut:

Patient spoke in Malay. She had been working in Malaysia for 4 years. Currently works in a household of 4 people, (husband, wife, child and husband’s mother). Stays in a single storey house. Alleged abuse by employer (the husband). Denied physical abuse by anyone else. Sustained multiple injuries for past 1 month to the face, lower back and lower limbs, injuries started in October. Alleged assault with metal object and broom. Allegedly locked up in bathroom for past two days with reduced or intake.

Patients history was documented in the patient’s life.

(f) Akhir sekali, SP43 (Dr Urcilla Jaya) seorang pelatih di hospital yang sama yang telah mengiringi SP39 memeriksa mangsa dan merekodkan apa yang dinyatakan oleh mangsa mengenai sebab-sebab kecederaannya (rekod berkenaan adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh mangsa kepada SP39, dan ditandakan sebagai P74 semasa perbicaraan).

[15] Semasa membuat penyataan-penyataan di atas, saksi-saksi mengesahkan bahawa mangsa adalah waras, sedar tentang keadaan sekeliling dan memahami apa yang dikatakannya. Mangsa juga telah membuat penyataan-penyataan tersebut tanpa paksaan atau kekeliruan (confusion). Penyataan-penyataan tersebut telah dibuat kepada enam orang saksi yang berlainan pada masa yang juga berlainan. Namun demikian kesemua penyataan-penyataan tersebut adalah hampir serupa dan konsisten antara satu sama lain iaitu keseluruhan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh mangsa yang mengakibatkan kematiannya telah dilakukan oleh perayu. Keseluruhan penyataan-penyataan tersebut menyokong (corroborated) antara satu dengan lain. Oleh yang demikian, hakim bicara dan Mahkamah Rayuan adalah betul bila menerima sebagai keterangan penyataan-penyataan tersebut setelah mempercayai kesahihannya selaras dengan s. 32(1)(a) Akta Keterangan 1950. Tidak ada sebab keputusan itu perlu diganggu atau diubah oleh mahkamah ini.

[16] Selain daripada keterangan lisan yang diperolehi daripada saksi-saksi berkenaan semasa perbicaraan, penyataan-penyataan mangsa juga telah direkodkan secara bertulis oleh SP14 (pegawai penyiasat) di bawah s. 112 Kanun Tatacara Jenayah dan oleh SP43 (Dr Urcilla) berdasarkan apa yang dikatakan kepada SP39 seperti yang terkandung di dalam eks. P74. Kesemuanya menjurus kepada isi kandungan yang sama iaitu perayu adalah orang yang telah menyebabkan segala kecederaan yang dialami mangsa.

[17] Kami berpuas hati bahawa penyataan ‘dying declaration’ tersebut adalah relevan dan boleh diterima sebagai keterangan (admissible as evidence) di bawah s. 32(1)(a) Akta Keterangan 1950 memandangkan penyataan-penyataan tersebut adalah mengenai sebab kematian dan/atau keadaan transaksi yang menyebabkan kematian mangsa (the cause of death or the circumstances of the transaction which resulted ini the victim’s death).”.

[44] Kami mendapati bahawa ada keterangan daripada tiga orang saksi iaitu SP10, SP17 dan SP19 yang mendengar akuan nazak dari si mati yang menyebutkan bahawa Pubalan (Perayu) yang telah memotong/ menetak si mati. Akuan nazak si mati kepada SP10, SP17 dan SP19 adalah satu fakta yang relevan dan mempunyai hubung kait yang rapat dengan kejadian sebenar. Oleh itu akuan nazak si mati boleh diterima sebagai keterangan kes pendakwaan terhadap Perayu di bawah seksyen 32(1)(a) Akta Keterangan 1950.

[45] Alasan rayuan terakhir Perayu berkait rapat dengan elemen niat. Perayu dihujahkan tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati berdasarkan keterangan SP4 yang tidak menyatakan bahawa kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati cukup pada lazimnya membawa kepada kematian si mati. Oleh itu, dihujahkan keterangan SP4 tidak memenuhi kehendak perenggan (c) seksyen 300 Kanun Keseksaan. Seksyen 300 itu memperuntukkan:

"300. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder-

(a) if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death;

(b) if it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;

(c) if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or

(d) if the person committing the act knows that it is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death, or such injury as aforesaid.”.

[46] Peguam bela terpelajar menghujahkan bahawa keterangan SP4 cacat (‘suffer deformity’) apabila gagal untuk menyatakan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati cukup pada lazimnya membawa kepada kematian si mati. Peguam bela bersandar kepada nas-nas Tham Khai Yau & Ors v PP [1977] 1 MLJ 174 dan Cheong Kam Kuen v PP [2013] MLRA 1.

[47] Dalam kes Tham Khai Yau, supra, Raja Azlan Shah, HMP (sebagaimana Almarhum ketika itu) dalam menyampaikan penghakiman bagi pihak Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa adalah penting bagi saksi pakar patologi untuk menyatakan sama ada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya akan mendatangkan kematian. Oleh itu, saksi pakar berkenaan hendaklah disoal mengenai keadaan kecederaan dan kesan lazim kecederaan itu kepada mangsa. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan sabitan membunuh tidak boleh dipertahankan atas alasan elemen niat untuk menyebabkan kematian telah gagal untuk dibuktikan.

[48] Dalam kes Cheong Kam Kuen, supra, Zulkefli Ahmad Makinudin, CJM (ketika itu) telah membuat keputusan seperti berikut atas isu yang sama:

"[19] On the correct approach to the application of the two ss 300 of the Penal Code we would endorse the views expressed by Raja Azlan Shah FJ (as his Royal Highness then was) in the case of Tham Kai Yau & Ors v. Public Prosecutor [1997] 1 MLJ 174 at p 176 as follows:

"Section 299 clearly defines the offence of culpable homicide. Culpable homicide may not amount to murder (a) where the evidence is sufficient to constitute murder, but one or more of the exceptions to s 300, Penal Code apply, and (b) where the necessary degree of mens rea specified in s 299 is present, but not the special degrees of mens rea referred to in s 300, Penal Code. We would like in this connection to express the need to bear in mind that all cases falling within s 300, Penal Code must necessarily fall within s 299, but all cases falling within s 299 do not necessarily fall within s 300. The first part of s 304, Penal Code covers cases which by reason of the exceptions are taken out of the purview of s 300, cls (1), (2) and (3) but otherwise would fall within it and also cases which fall within the 2nd part of s 299, but not within s 300, cls (2) and (3). The 2nd part of s 304, Penal Code covers cases falling within the third part of s 299 not falling within s 300, cl (4).”

[20] In the present case it is our view based on the nature of the injuries sustained by the deceased there was evidence of an intention on the part of the appellant to cause bodily injury to the decease. However, we do not agree with the finding of the learned trial judge that based on the nature and number of injuries, the appellant had the intention to cause death to be deceased. We noted that both the learned trial judge and the Court of Appeal in their decision did not address themselves on the fine distinction between s 299 and s 300 of the Penal Code before coming to a correct conclusion.

[21] We are in agreement with the submission of learned counsel for the appellant that there is no evidence led from SP10, the pathologist as to whether the injuries inflicted on the deceased were sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The evidence of SP10 is to the effect that the deceased suffered multiple injuries. She said:

"most of the injuries caused by the blunt object. However wound No 52 caused by sharp object.” (See p 70 of Appeal Recored Vol 1).

SP10 further stated as follows:

"The injury to the head can cause death whereas the others are not fatal by itself.

This kind of injury, the chances of survival to a human. In this particular case, the chances is very slim because the injury on the face and on the head.” (See p 71 of Appeal Record Vol 1).

[22] It is to be noted SP10 is quite certain in her evidence that apart from injuries to the head, the other injuries by themselves were not fatal. In cross-examination by the defence as regards which injury caused the death, SP10 stated that some on the face and neck of the deceased and this is an accumulative effect rather than single injury. It is therefore clear that the injuries which caused the death to the deceased were those on the face and neck, not the head and that those injuries are not fatal by themselves.

[23] We are of the view based on the above evidence of SP10 it was not proved beyond reasonable doubt that those injuries inflicted upon the deceased were sufficient in the ordinary course of nature to cause death.

[24] In view of the nature of the medical evidence given by SP19, the pathologist as earlier highlighted, it is our considered view that the present case would fall within the 2nd part of s 299 of the Penal Code. It is our judgment that this is a case which can reasonably be brought within the lesser offence of culpable homicide not amounting to murder, falling within the first part of s304 (s 304(a)) of the Penal Code.”.

[49] Dalam kes di hadapan kami, SP4 menyatakan terdapat 19 kecederaan yang dialami oleh si mati seperti dalam Laporan Bedah Siasat (P19) dan penyataan saksi di muka surat 60-61 Rekod Rayuan Jilid 3A. Kecederaan-kecederaan itu boleh disebabkan oleh senjata tajam sama ada parang atau pisau. Kesemua kecederaan disetujui oleh SP4 sebagai kecederaan untuk mempertahankan diri. Ianya bermaksud bahawa si mati telah diserang. Kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati dinyatakan oleh SP4 seperti berikut:

"The following marks of injury were found on the body of the deceased person:

1. An oblique incised wound, measuring 13 x 0.5 cm on anterolateral aspect of left arm. This wound cut the skin and subcutaneous tissues.

2. An oblique incised wound, measuring 10 x 2.5 cm on anterolateral aspect of left cubital area. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, and muslces.

3. An oblique incised wound, measuring 19 x 7 cm on front of lower third of left arm-left cubital fossa-upper third of left forearm. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, muscles and brachial vessels.

4. An oblique incised wound, measuring 10 x 1 cm on back of upper half of left forearm. This wound cut the skin.

5. Incised wound, measuring 3 x 0.5 cm on back of lower half of left forearm. This wound cut the skin.

6. Incised wound, measuring 7 x 1 cm left hand, between the thumb and index finger. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, muscles, tendons and left 2nd metacarpal bone.

7. Incised wound, measuring 5.5 x 1 cm on left hand, between the thumb and index finger, above and lateral to wound number ‘6’. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, muscles and tendons.

8. Incised wound, measuring 5 x 0.3 cm on lateral aspect of base of left thumb. This wound cut the skin and subcutaneous tissues.

9. An interrupted oblique incised wound, measuring 8 x 1 cm on palmar surface of left index, middle and ring fingers. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, tendons and phalangeal bones.

10. Incised wound, measuring 1 x 0.4 cm on lateral aspect of the lower half of right arm with tailing from its both ends. The anterior tailing, measuring 2.5 cm and the posterior tailing, measuring 1.5 cm. This wound cut the skin and subcutaneous tissues.

11. Abraded incised wound, measuring 15 x 3 cm on posteromedial aspect of the right forearm.

12. An oblique incised wound, measuring 18 x 1.6 cm on righth side of abdomen. This wound cut the skin and subcutaneous tissues.

13. An oblique incised wound, measuring 12 x 2 cm on front of lower third of right thigh. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, and muscle.

14. An oblique incised wound, measuring 9 x 2 cm on front of lower third of right thigh, lateral to wound number ‘13’. This wound cut the skin and subcutaneous tissues.

15. An oblique incised wound, measuring 8.5 x 2 cm on anterolateral aspect of lower end of right thigh, below and lateral to wound number ‘14’. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, and muscle.

16. An oblique incised wound, measuring 8.5 x 1 cm on medial aspect of upper half of right lower leg. This wound cut the skin and subcutaneous tissues.

17. An oblique incised wound, measuring 8 x 1.3 cm on front of middle third of right lower leg. This wound cut the skin and subcutaneious tissues.

18. Incised wound, measuring 16 x 4 cm on left knee. This wound cut the skin, subcutaneous tissues, muscles, tendons, tibia condyles and head of fibula.

19. An oblique incised wound, measuring 5 x 0.5 cm just below left knee. This wound cut the skin and subcutaneous tissues.”

[50] Dalam keterangan lisannya di Mahkamah, SP4 menyatakan berikut di muka surat 16 Rekod Rayuan Jilid 2A:

"Q: From the injuries sustained ... Have any survival chances for the deceased?

A: No.

Q: Was there any defence wound?

A: Yes

Q: From the examination done by you, can you tell the time of death of the deceased?

A: Quite fast.”

[51] Apa yang dapat kami simpulkan daripada keterangan SP4 di atas, si mati langsung tidak mempunyai peluang untuk hidup (‘no chances of survival’). Dalam keadaan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati, kematian akan berlaku dalam masa yang singkat. Kecederaan telah dikenakan kepada Perayu lebih kurang jam 1.00 tengah hari dan waktu kematian direkodkan pada jam 1.45 petang hari yang sama (P19). Kematian si mati adalah pasti dan berlaku dalam tempoh lebih kurang 45 minit selepas menerima kecederaan-kecederaan yang dialaminya.

[52] TPR menghujahkan keputusan kes Tham Khai Yau, supra, tidak boleh diterima pakai dalam keadaan semua kes. Keputusan untuk menentukan niat untuk membunuh bergantung kepada banyak keadaan dan keputusan untuk menentukan persoalan niat terletak di tangan hakim bicara selepas membuat penilaian terhadap keseluruhan keterangan mengenai keadaan kes termasuklah kecederaan yang dikenakan, bahagian mana badan yang ditujukan kecederaan itu serta senjata yang telah digunakan. Niat bukan ditentukan oleh pakar patologi. Dalam kes terhadap Perayu, oleh sebab si mati mengalami 19 luka tikaman dan tetakan dan keterangan SP4 mengatakan si mati langsung tidak mempunyai peluang untuk hidup, oleh itu jelas membuktikan elemen niat Perayu untuk mencederakan si mati dan kecederaan-kecederaan yang diniatkan oleh Perayu pada lazimnya akan membawa kepada kematian si mati.

[53] Kami sebulat suara bersetuju dengan TPR. Kami mendapati hakim bicara tidak terkhilaf apabila telah mensabitkan Perayu atas pertuduhan membunuh si mati di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tiada alasan untuk kami mengganggu keputusan hakim bicara itu.

[54] Dalam kes PP v Viswanathan [1978] 1 MLJ 159 keputusan Mahkamah Rayuan Singapura telah menyatakan mengenai pembuktian niat di bawah perenggan (c) seksyen 300 seperti berikut:

"In our judgment for the application of clause (c) of section 300 of the Panel Code, all that the prosecution need prove is-

1. That the accused did an act which caused the death of the deceased;

2. That the said act was done with the intention of causing bodily injury;

3. That the injury caused-

(a) Was intended and was not accidental or otherwise unintentional; and

(b) Was sufficient in the ordinary course of nature to cause death.

There is no other requirement ...”

Kesimpulan

[55] Berdasarkan alasan-alasan yang kami sebutkan di atas, kami mendapati rayuan Perayu tidak mempunyai sebarang merit. Sabitan terhadap Perayu adalah selamat dan disokong oleh keterangan yang mencukupi dan kukuh. Oleh itu kami menolak rayuan Perayu. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan.

Bertarikh: 6 Jun 2018

t.t.

KAMARDIN BIN HASHIM
Hakim
Mahkamah Rayuan Malaysia

COUNSEL

Bagi Pihak Perayu: Hisyam Teh Poh Teik, Tetuan Teh Poh Teik & Co, Suite 11.08, 11th Floor, Menara TJB, No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru

Datuk Rajpal Singh, Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu, 42-1A, 1st Floor, Jalan Medan Batu Caves 1, 78100 Batu Caves

Bagi Pihak Responden: Wan Shahruddin bin Wan Ladin, Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya

Legislation referred to:

Akta Keterangan 1950, Seksyen-seksyen 17, 17(a), 32, 32(1)(a), 134

Kanun Keseksaan, Seksyen-seksyen 299, 300, 300(c), 302, 304(a), 304(b)

Judgments referred to:

Chang Kim Siong v PP [1968] 1 MLJ 36

Cheong Kam Kuen v PP [2013] MLRA 1

Fang Jin Zhong v PP [2015] 1 LNS 1499

Idris v PP [1960] 1 MLJ 296

Kartar Singh & Anor v PP [1952] 1 LNS 43

Murugan Arumugam Iwn PP [2017] 3 CLJ 377

PP v Nomezam Apandy Abu Hassan (No. 2) [2008] 7 CLJ 168

PP v Viswanathan [1978] 1 MLJ 159

Shahrael Amir Suhaimi v PP [2014] 7 CLJ 380

Tham Khai Yau & Ors v PP [1977] 1 MLJ 174

Notice: The Promoters of Malaysian Judgments acknowledge the permission granted by the relevant official/ original source for the reproduction of the above/ attached materials. You shall not reproduce the above/ attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Promoters and/or the original/ official source. Neither the Promoters nor the official/ original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/ attached materials. The Promoters and the official/ original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, Malaysian Judgments and contents herein are subject to the Terms of Use.