THE OFFICIAL REPOSITORY OF
MALAYSIAN JUDGMENTS & RULINGS

[2018] MYCA 131 MALAY

Pendakwa Raya v Rosman Bin Saprey and Another Appeal
Suit Number: Rayuan Jenayah Nos. A-06B-23-06/2017 & W-09-195-06/2017 

Criminal law – Self-administration of Dangerous Drugs – Conviction – Sentence – Section 15 of the Dangerous Drugs Act 1952

Criminal law – Drug abuse detection testing – Urine sampling procedure – Whether PTKPN-F103/ IGSO F103 (Permanent Order of the Inspector General of Police) and/or MOH Guideline No. 6/2002 (Guidelines for Drug Abuse Detection Testing by the Director General of Health Malaysia) have the force of law – Whether compliance with PTKPN-F103/ IGSO F103 or MOH Guideline No. 6/2002 mandatory by a police or medical officer during the urine sampling procedure

Criminal law – Whether PTKPN-F103/ IGSO F103 and/or MOH Guideline No. 6/2002 made under delegated powers under sections 44 or 47 of the Dangerous Drugs Act 1952 or rules under Section 28 of the Drug Dependent (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 – Whether PTKPN-F103 a standing order under Section 97 of the Police Act 1967 – Whether PTKPN-F103 and the MOH Guideline No. 6/2002 fall within the meaning of section 35 of the Evidence Act 1950

PENGHAKIMAN

Pendahuluan

[1] Kedua-dua rayuan jenayah ini telah didengar secara bersama oleh kami pada 28 Februari 2018 atas permohonan oleh pihak-pihak dalam kedua-dua rayuan. Di akhir penghujahan, kami telah menangguhkan keputusan. Kami kini memberikan keputusan.

Rayuan Jenayah No. A-06B-23-06/2017

[2] Rayuan ini dibuat oleh Pendakwa Raya yang tidak berpuas hati terhadap keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh, Perak yang telah membenarkan rayuan responden terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Ipoh, Perak dan memerintahkan responden dilepaskan dan dibebaskan.

[3] Mahkamah Majistret Ipoh, Perak telah mensabitkan responden bagi kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”). Responden dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara mulai tarikh jatuh hukum. Responden juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun menurut seksyen 38B ADB 1952.

Rayuan Jenayah No. W-09-195-06/2017

[4] Rayuan ini dibuat oleh Pendakwa Raya yang tidak berpuas hati atas keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur yang telah membenarkan rayuan responden terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan memerintahkan responden dilepaskan dan dibebaskan.

[5] Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mensabitkan responden bagi kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”). Responden dijatuhkan hukuman denda RM3,500.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara. Responden juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun menurut seksyen 38B ADB 1952.

Latar belakang kes pendakwaan

Rayuan Jenayah No. A-06B-23-06/2017

[6] Pada 28.12.2013, jam lebih kurang 9.00 malam, Inspektor Mohd Zain (SP3) bersama sepasukan anggota polis telah menangkap responden Rosman bin Saprey kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan. Pada 29.12.2013, jam lebih kurang 1.00 pagi, di Pejabat Narkotik IPD Batu Gajah, SP3 telah mengarahkan responden menjalani ujian air kencing. SP3 telah memberikan 3 atau 4 botol kosong untuk mengisi urin kepada responden untuk membuat pilihan. Responden telah memilih salah satu botol tersebut.

[7] Kpl Zulkifli bin Mohd Zani (SP2) telah mengiringi responden ke tandas IPD Batu Gajah untuk mendapatkan air kencing responden. Responden telah menggunakan botol yang dipilihnya untuk mengisikan air kencingnya. Responden kemudian telah diiringi semula oleh SP2 masuk ke pejabat narkotik dan meletakkan botol urin tersebut di atas meja. SP3 telah meminta responden membuka tutup botol urin tersebut. SP3 membuat ujian ke atas air kencing di dalam botol tersebut dengan menggunakan kertas pencelup. Hasil ujian mendapati air kencing responden positif dadah Methamphetamin.

[8] SP3 menutup semula botol urin serta meletakkan materai (seal) keselamatan. SP3 juga meletakkan label nama responden pada botol tersebut. Responden menurunkan tandatangan pada label di botol urin dan ke atas borang saringan awal.

[9] Pada 29.12.2013, jam lebih kurang 1.30 pagi, botol urin berseal dan berlabel nama responden diserahkan oleh SP3 kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hafizi bin Hanapi (SP4). Borang serah terima (P6) telah ditandatangani oleh SP3 dan SP4. SP4 kemudian menyimpan botol urin tersebut di dalam kabinetnya yang berkunci.

[10] Pada 30.12.2013, jam lebih kurang 10.00 pagi, SP4 telah mengarahkan jurugambar L/Kpl. Anuar bin Abd Rahim (SP1) untuk mengambil gambar botol urin tersebut (P1(a-c)).

[11] Pada 30.12.2013, jam lebih kurang 2.34 petang, SP4 membuat serahan botol urin kepada ahli kimia Puan Halimah binti Mohd Razi untuk analisis dijalankan ke atas air kencing dalam botol urin tersebut. Setelah analisis dijalankan, air kencing tersebut disahkan mengandungi Methamphetamine (P8 Lab Report 13-FR-A-05403). Botol urin berserta laporan ujian makmal diserahkan kepada SP4 pada 21.3.2014.

[12] Responden kemudiannya telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 29.12.2013, jam lebih kurang 1.00 pagi di Pejabat Narkotik IPD Batu Gajah, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak, telah didapati mentadbir diri dengan memasukkan dadah dalam badan jenis ‘Methamphetamine’ oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seskyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman: Penjara tidak lebih daripada dua tahun atau boleh didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.”

[13] Pada 5.6.2014, SP4 telah membuat serahan laporan ujian makmal (P8) ke atas responden.

[14] Pada 29.4.2016, setelah perbicaraan penuh, Tuan Majistret Mahkamah Majistret Batu Gajah telah mensabitkan responden dengan pertuduhan dan menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara mulai tarikh sabitan dan pengawasan polis selama 2 tahun.

Rayuan Jenayah No. W-09-195-06/2017

[15] Pada 30.9.2015, responden Muhammad Syazwan bin Sulaiman telah ditahan oleh Sarjan Mustaffa bin Dollah (SP2) di Lebuhraya Wawasan Putrajaya. Selepas diperiksa, SP2 menjumpai 3 biji pil dalam milikan responden. Responden telah ditangkap dan dibawa ke IPD Putrajaya dan diserahkan kepada Bahagian Narkotik, IPD Putrajaya. SP2 telah membuat laporan tangkapan (P1). Responden telah diarahkan untuk memberikan air kencing bagi tujuan saringan air kencing.

[16] Untuk tujuan pengambilan air kencing itu, responden telah dibawa ke tandas awam di IPD tersebut oleh SP2 dengan diiringi seorang anggota (D/Kpl 133047). Satu botol urin kosong telah diberikan kepada responden untuk mengisi urin responden. SP2 dan D/Kpl 133047 turut berada di dalam tandas bersama responden untuk memerhatikan responden kencing ke dalam botol urin yang diberikan. Botol urin yang mengandungi air kencing responden kemudiannya telah dibawa ke pejabat Bahagian Narkotik dan diletakkan oleh SP2 di atas meja. Dengan disaksikan oleh responden, SP2 membuat ujian secara celup ‘test strip’ ke dalam botol tersebut. SP2 mendapati air kencing responden mengandungi Amphetamine (P6). SP2 telah meletakkan materai keselamatan PDRM 696 pada botol tersebut dan menyerahkan botol urin serta responden kepada pegawai penyiasat, SI Sairy bin Kariany (SP4). Borang akuan serah menyerah (P3) dimasuki oleh SP2 dan SP4.

[17] SP4 kemudiannya telah menyerahkan botol urin dan kandungannya ke Jabatan Patalogi Hospital Kuala Lumpur untuk dibuat analisis.

[18] Pegawai Sains/Ahli Kimia Hayat Encik Kamarulzaman bin Hussin (SP6) telah menjalankan analisis ke atas air kencing di dalam botol urin yang diserahkan dan mengesahkan air kencing tersebut mengandungi Methamphetamine. SP6 juga mengemukakan laporan ujian makmal (P8).

[19] Responden kemudiannya dituduh dengan pertuduhan seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 30.9.2015, jam lebih kurang 3.30 pagi di tandas awam hadapan Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Putrajaya Presint 7, Putrajaya dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menggunakan dadah berbahaya iaitu jenis Methamphetamine ke dalam badan kamu sendiri, yang demikian itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 15 Akta yang sama.

Hukuman: Jika didapati bersalah, kamu boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada 2 tahun dan menjalani pengawasan mengikut peruntukan seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.”

[20] Pada 8.9.2016, setelah perbicaraan penuh, Puan Majistret Mahkamah Majistret Putrajaya telah mensabitkan responden atas pertuduhan dan menjatuhkan hukuman denda RM3,500.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara, dan 2 tahun pengawasan polis di bawah seksyen 38B ADB 1952.

Rayuan Responden di Mahkamah Tinggi

Rayuan Jenayah No. A-06B-23-06/2017

[21] Responden Rosman bin Saprey yang tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret telah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

[22] Beberapa isu telah ditimbulkan dan dihujahkan dalam alasan rayuan oleh responden tetapi isu-isu tersebut ditolak oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan responden apabila memutuskan kegagalan pihak pendakwaan mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara F103 (PTKPN-F103/IGSO F103) apabila tidak menggunakan dua botol urin berasingan bagi pengambilan air kencing responden adalah fatal mengakibatkan pertuduhan terhadap responden gagal dibuktikan.

[23] Untuk memahami sepenuhnya keputusan tersebut, kami menurunkan perenggan 36 hingga 47 (muka surat 26-32 Rekod Rayuan Jilid 1) di mana YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan seperti berikut:

“36. Now with regards to IGSO F103, its main purpose is explained in the document itself as follows:

‘Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1993 (Pindaan 1998) digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjut yang menitik beratkan pengawasan ke atas penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi tabiat penagihan mereka. PTKPN ini adalah bertujuan untuk memastikan segala tindakan ke atas orang-orang kenaan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta ini.’

37. The IGSO F103 relates to the obligation of suspected drug defendants to submit himself and to undergo the best procedures. The main purpose of IGSO F103 is therefore to ensure that any action regarding drug dependents comply with the provisions of the Drug Dependents (Treatment and Rehabilitation) Act 1983. This would, of course include collection of urine samples as part of the enforcement action under the said Act.

38. Paragraph 8 of IGSO F103 deals with the procedure for the collection of urine. It states as follows:

TATACARA MENGAMBIL CONTOH AIR KENCING

Tatacara pengambilan contoh air kencing dari penagih-penagih yang disyaki adalah seperti berikut:

Contoh Air Kencing Diambil Segera Selepas Tangkapan Contoh air kencing dari penagih-penagih yang disyaki hendaklah diambil seberapa segera sebaik sahaja selepas tangkapan bagi menentukan keberkesanan ujian.

Pemilihan 2 Buah Botol Oleh Penagih Yang Disyaki Setiap penagih dadah yang disyaki hendaklah diberi sebanyak dua buah botol plastik kosong yang dikhaskan serta baru dan belum pernah digunakan lengkap dengan penutupnya. Penagih berkenaan hendaklah diberi peluang memilih sendiri botol-botol plastik tersebut daripada kotak simpanannya serta ia berpuas hati dengan botol-botol tersebut berkeadaan bersih dan boleh digunakan. Sebuah botol air kencing adalah untuk tujuan ujian awal di peringkat polis jika perlu dan sebuah lagi untuk dihantar ke hospital bagi penganalisaan...

39. What is clear is that the guidelines and IGSO F103 are complementary to each another. To ensure standardization and procedural fairness both the guidelines and IGSO F103 requires two bottles to be used. This is also to ensure an independent analysis is carried out on the urine in the second bottle by the relevant authorities. In this present case the screening and confirmation were done in two different places. This fact was not disputed by the parties. The evidence shows that only one bottle was used in this case. This fact was also not in dispute.

40. The issue now revolves around the question as to whether the guidelines and the IGSO F103 has the force of law. Consequent to this is whether it is mandatory for the police in this case to use two bottle instead of one in the testing of the appellant’s urine.

41. Reverting to the case of Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v Public Prosecutor [2017] 3 MLJ 460, the Court of Appeal held that Paragraph 5 of the guidelines made reference to the DDA 1952. The structure and formulation of the guidelines were framed in correlation with the DDA 1952 and also the Drug Dependents (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 and its Rules and Regulation. Since the guidelines were formulated in line with both the aforesaid Acts, it therefore has the force of law. His Lordship Dato’ Zamani A Rahim JCA (delivering Judgement of the Court) stated as follows:

[40] the KKM Guidelines Bilangan 6/2002 under the caption 'Urine Collection’ has made reference to the Dangerous Drugs Act 1952. The scheme of the KKM Guidelines Bilangan 6/2002 was formulated in collaboration with the Dangerous Drugs Act 1952 and also the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983.

42. His Lordship then went on to stress:

Thus, s 31 of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 must be read conjointly with ss 38A and 38B of the Dangerous Drugs Act. Therefore, the KKM Guidelines Bilangan 6/2002 which is formulated in the line with both of the aforesaid Acts and therefore it has the force of law.

43. Further to this the Court of Appeal had also stated in no uncertain terms that IGSO F103 was likewise endowed with the force of law. The court stated as follows:

[38] Now, we come to consider whether the IGSO F103 has the force of law. We refer to the Federal Court case of Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232 at p 272 where the issue of an admissibility of police station diaries was made an issue. In his submission the Public Prosecutor contended that: ... the station diaries are kept by virtue of administrative orders called standing orders made by the Inspector-General of Police under s 97 of the Police Act 1967.

[39] There are several standing orders covering various police jobs such as the maintenance of station diaries, the procedure to hold an identification parade in criminal cases which is regulated by the IGSO D 226, and the procedure to collect urine samples from suspected drug dependants which housed in the IGSO F103.

The standing orders made by the Inspector-General of Police, which necessarily include the IGSO F103 acquires its statutory power from s 97 of the Police Act 1967. Therefore, it has the force of law.

44. Finally the Court of Appeal held that failure to follow the guidelines and IGSO F103 had deprived the appellant of the procedural law and he did not have a fair trial. His rights under arts. 5(1) and 8(1) of the Federal Constitution were as a result violated.

45. The learned DPP has tried to distinguish this present case with that of Noor Shaiful Rizal’s case. In that case the appellant was only given the liberty to choose the bottle-one bottle only. In the present case 3 and 4 bottles were given to the appellant to choose from. The Appellant has chosen only one bottle. The learned DPP argued that the “action of the appellant choosing a singular bottle is said to waive his rights to having two bottles”. With respect I find this distinction untenable as it is not for the appellant to choose as to how many bottles are to be taken. On the contrary it is for the enforcement agency concerned to ensure that the guidelines and the IGSO F103 are complied with and two bottles shall be used for the collection of the urine sample.

46. Based on the decision in Noor Shariful Rizal’s case upon which not only do I agree with but am also bound to follow. I find that a constitutional guaranteed right of the appellant as enshrined in Articles 5 and 8 of the Federal Constitution had been transgressed. He did not receive the procedural fairness he ought to. The learned Magistrate did not have the benefit of the Court of Appeal decision of Noor Shariful Rizal supra at the time of his judgement. He relied on the High Court decision of the same case which was subsequently overruled by the Court of Appeal. I am sure his decision on this point would have been different in the light of the Court of Appeal’s decision.

47. To conclude I find that the prosecution had failed to prove the offence under Section 15(1) of the DDA 1952. The procedure as provided by the law in the form of the guidelines and IGSO F103, which has the force of law, were not adhered to. This was fatal to the prosecution’s case. I therefore allow the appeal to that extent. The appellant is acquitted and discharged. The sentence of 10 months imprisonment and two years supervision imposed by the learned Magistrate is set aside.”.

Rayuan Jenayah No. W-09-195-06/2017

[24] Kami beralih pula kepada kes yang melibatkan responden Muhammad Syazwan bin Sulaiman. Responden yang tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret telah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

[25] Beberapa isu telah ditimbulkan dan dihujahkan dalam alasan rayuan oleh responden tetapi isu-isu tersebut ditolak oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan responden apabila memutuskan kegagalan pihak pendakwaan mematuhi PTKPN-F103 dalam prosedur pengambilan air kencing kerana tidak menggunakan dua botol urin adalah fatal mengakibatkan pertuduhan terhadap responden gagal dibuktikan.

[26] Untuk memahami sepenuhnya keputusan tersebut, kami menurunkan perenggan 12 hingga 21 (muka surat 12-20 Rekod Rayuan Jilid 1) di mana YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan seperti berikut:

“[12] Di dalam kes ini tidak dinafikan hanya satu botol sample air kencing perayu diambil oleh SP2 dan diserahkan kepada pegawai sains (SP6) untuk analisa kandungan dadah di dalamnya.

[13] Menurut SP6, beliau menjalankan dua kali ujian dari 1 botol urine yang diserahkan padanya oleh pihak polis. Ujian pertama adalah ‘screening’ dan ujian kedua adalah ‘confirmation’. SP6 juga tidak mengetahui berapa isipadu air kencing dan sample 1 botol yang diterimanya.

[14] Dari keterangan SP2 dan SP6 menunjukkan bahawa mereka tidak mengikuti prosedur yang telah ditetapkan di bawah PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bilangan 6/2002.

[15] Dalam PTKPN-F103 telah menetapkan prosedur pengambilan sample air kencing penagih-penagih. Antaranya:

(a) Penagih memilih sendiri botol-botol sample air kencing;

(b) 2 botol sample air kencing dibekalkan satu bagi tujuan awal jika perlu dan satu lagi untuk dibawa ke hospital;

(c) Contoh air kencing yang diambil hendaklah tidak kurang 30 mililiter bagi setiap botol; dan

(d) Penagih dadah sendiri mengisi butir dan menampal label di botol sample air kencing mereka.

[16] PTKPN-F103 di perenggan 8.2, 8.6, 8.8, 8.9 dan 8.10 menetapkan:

8.2. Pemilihan 2 buah botol oleh penagih yang disyaki

Setiap penagih yang disyaki hendaklah diberi sebanyak dua buah botol plastik kosong yang dikhaskan serta baru dan belum pernah digunakan lengkap dengan penutupnya. Penagih berkenaan hendaklah diberi peluang memilih sendiri botol-botol plastik tersebut daripada kotak simpanannya serta ia berpuas hati dengan botol-botol tersebut berkenaan bersih dan boleh digunakan. Sebuah botol air kencing adalah untuk tujuan ujian awal di peringkat polis jika perlu dan sebuah Iagi untuk dihantar ke hospital bagi penganalisaan.

8.6. Contoh Air Kencing diambil tidak kurang dari 30 mililiter setiap botol

Contoh air kencing yang diambil hendaklah tidak kurang dari 30 mililiter (2/3 isi botol) bagi setiap botol 50 mililiter dengan mengadakan tanda anggaran khas di tepi botol di atas nasihat/kerjasama pihak hospital.

8.8. Pengawasan bagi menentukan keselamatan botol dan melabel

Di pejabat, tiap-tiap penagih dadah yang disyaki dikehendaki memegang botol sendiri dan mengawal botol-botol yang mengandungi air kencing mereka dengan selamat. Bantuan anggota-anggota polis lain bolehlah diperolehi untuk mengawasi mereka, sementara menunggu label-label botol disediakan. Label tersebut hendaklah mengandungi butir-butir nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir penagih tersebut. Nombor laporan polis, tarikh contoh air kencing diambil dan tandatangan penagih yang disyaki, dengan cara memanggil mereka seorang demi seorang dengan membawa botol-botol mereka sendiri dan menyaksikan label tersebut diisikan.

8.9. Pengesahan butir-butir pada label oleh penagih dadah yang disyaki

Sebaik sahaja label tersebut diisi hendaklah diserahkan kepada penagih dadah berkenaan dan dia sendiri dikehendaki mempastikan bahawa label tersebut mengandungi butir-butir peribadinya yang betul. Penagih hendaklah mengesahkan butir-butir tersebut dengan menandatangani label tersebut dan disaksikan oleh anggota polis berkenaan dan ditandatangani bersama. Sekiranya penagih berkenaan tidak boleh membaca, maka butir-butir pada label tersebut hendaklah dibacakan oleh anggota polis berkenaan kepadanya.

8.10. Penampalan label ke atas botol-botol oleh penagih dadah yang disyaki

Setelah pengesahan label yang berkenaan dibuat tiap-tiap penagih dadah tersebut dikehendaki menampal sendiri label tersebut kepada bahagian tepi botol kepunyaan masing-masing dengan disaksikan oleh anggota polis berkenaan.

[17] Tidak ada keterangan yang menunjukkan perkara yang ditetapkan oleh PTKPN-F103 telah dipatuhi.

[18] Sementara itu berkaitan prosedur pengambilan air kencing bagi ujian pengesahan penyalahgunaan dadah dalam air kencing yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Garis Panduan KKM Bilangan 6/2002 menetapkan:

(c) Collection procedure

(i) At least 30 ml urine sample shall be collected in one bottle or duplicate if screening and confirmation are done in two different place. The requesting officer/referring centre shall keep the second urine sample and shall send the urine sample to the confirmation centre if the screening result is positive.

(ii) Both the collection personnel and the donor shall keep the urine sample in view at all times prior to it being sealed or labeled. If the second bottle cannot be provided (sample is 30 ml only), testing shall be done on the first sample. Absence of second sample shall be recorded.

(iii) At the collection site, if the volume is less than 30 ml, the donor may be given a reasonable amount of liquid to drink e.g. 240 ml of water every 30 minutes, but not to exceed a maximum of 720 ml. The second urine sample shall be collected and mixed the previous sample, by the donor himself/herself or the collection personnel infront of the donor.

[19] Peguam bela menghujahkan bahawa pengambilan hanya satu botol contoh air kencing dan digunakan untuk menjalankan ujian saringan dan seterusnya digunakan untuk analisis oleh pegawai sains bagi tujuan pengesahan adalah bertentangan ketetapan yang dibuat di bawah PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bilangan 6/2002. Dengan itu ia telah menyebabkan prejudis dan ketidakadilan kepada pihak perayu. Untuk menyokong hujahan tersebut peguam bela telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v. PP [2017] 4 CLJ 434.

[20] Kes Noor Shariful Rizal menyentuh fakta yang sama mengenai pengambilan hanya satu botol contoh air kencing dan persoalan yang sama iaitu sama ada ketetapan-ketetapan PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bilangan 6/2002 mempunyai kuat kuasa undang-undang. Mahkamah dalam kes itu di muka surat 19 menyatakan:

[39] There are several standing orders covering various police jobs such as the maintenance of station diaries, the procedure to hold an identification parade in criminal cases which are regulated by the IGSO Part D 226, and the procedure to collect urine samples from suspected drug dependants which is housed the IGSO F103. The standing orders made by the Inspector-General of Police, which necessarily include the IGSO F103 acquires is statutory power from s. 97 of the Police Act 1967. Therefore, it has the force of law.

[41] Thus section 31 of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 must be read conjointly with section 38A and 38B of the Dangerous Drugs Act, 1952. Therefore, the KKM Guidelines Bilangan 6/2002 which is formulated in line with both of the aforesaid Acts. And therefore it has the force of law.

[43] Similarly, the IGSO F103 was also formulated with its objective “bertujuan untuk memastikan segala tindakan ke atas orang-orang kenaan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta ini: This Act (Aka ini) refers to the Drug Defendants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983. Therefore, arguably the IGSO F103, like KKM Guidelines Bilangan 6/2002, is also has the force of law, quite apart from acquiring its statutory power under section 97 of the Police Act 1967.

[48] We were, however, in agreement with learned counsel that the appellant had lost the opportunity for a confirmation test as only one bottle of urine sample was collected from the appellant, whilst the IGSO F103 and KKM Guidelines Bilangan 6/2002 require two bottles of urine sample be taken.

[50] The appellant was deprived of the procedural law which gives him of the right of a second test-confirmation test. The magistrate and learned JC, by ruling that one bottle of the appellant’s urine sample was sufficient, were contrary to the IGSO F103 and the KKM Guidelines Bilangan 6/2002. The appellant, accordingly, did not have fair trial and Article 5(1) and 8(1) were violated. The appellant did not get what the procedural law said he should get. He has lost a chance of being acquitted which was reasonably opened to him. Thus justice had been miscarried-commonly called ‘miscarriage of justice’. Justice is justice in accordance with law as enshrined in Article 5(1) and 8(1) of the Federal Constitution.

[21] Memandangkan fakta dan isu berbangkit dari kes Noor Shaiful Rizal bin Noor Zawawi (supra) adalah sama dengan kes di hadapan Mahkamah ini maka keputusan di atas mengikat Mahkamah ini dan dengan itu pengambilan 1 botol sample air kencing Tertuduh digunakan bagi tujuan saringan dan pengesahan oleh Pegawai Sains telah menyebabkan ‘miscarriage of justice’ kepada Perayu.”.

Isu di hadapan Mahkamah ini

[27] Pihak-pihak bersetuju bahawa terdapat satu isu sahaja yang akan merangkumi kedua-dua rayuan tersebut, iaitu sama ada PTKPN-F103 dan KKM Guidelines Bil. 6/2002 mempunyai status kuat kuasa undang-undang (has the force of law) dan yang demikian menjadi mandatori untuk dipatuhi dan kegagalan mematuhi sedemikian akan mempunyai kesan yang menjejaskan (fatal).

Hujahan pihak-pihak

[28] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) terpelajar menghujahkan bahawa kedua-dua instrumen PTKPN-F103 dan KKM Guidelines 6/2002 hanya bersifat perintah pentadbiran (administrative orders) dan tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. TPR selanjutnya menghujahkan seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 hanya mengatakan orang yang ditangkap boleh diminta untuk memberikan contoh air kencing bagi tujuan pemeriksaan. TPR juga menghujahkan tiada peruntukan undang-undang yang memerlukan lebih daripada satu contoh air kencing dikehendaki diambil. TPR menghujahkan dalam kes rayuan ini pengambilan air kencing responden dengan menggunakan satu botol urin adalah memadai dan mengikut undang-undang untuk diterima oleh mahkamah. TPR selanjutnya menghujahkan bahawa ujian air kencing ke atas responden-responden masing-masingnya seperti yang disahkan oleh pegawai sains/ahli kimia mendapati adanya Methamphetamine (P8 dalam kedua-dua kes, masing-masing). Dengan demikian demikian peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai dan ke atas responden untuk membawa pembuktian sebaliknya. TPR menghujahkan pengambilan contoh air kencing dan pengendalian ke atasnya telah dilakukan dengan sempurna dan tiada rantaian keterangan yang terputus terhadapnya. Bagi responden Rosman bin Saprey, TPR menghujahkan bahawa mengikut keterangan yang dikemukakan, responden telah diberikan 2 atau 3 botol urin untuk dipilih tetapi responden yang merupakan seorang anggota polis hanya mengambil satu botol urin dan yang demikian responden tidak boleh menyalahkan pihak pendakwaan.

[29] Peguam bela terpelajar bagi pihak responden-responden, masing-masing sebaliknya menghujahkan bahawa kepatuhan kepada prosedur yang ditetapkan di bawah PTKPN-F103 dan Guidelines KKM Bil. 6/2002 dalam perkara pengambilan contoh air kencing dan ujian ke atasnya adalah mandatori untuk dipatuhi. Peguam bela terpelajar menghujahkan bahawa oleh sebab seksyen 31A ADB 1952 tidak memperuntukkan cara dan kaedah bagi pengambilan air kencing untuk tujuan pemeriksaan, maka PTKPN-F103 dan Guidelines KKM Bil. 6/2002 telah dikeluarkan untuk melengkapi seksyen 31A tersebut dan yang demikian PTKPN-F103 dan Guidelines KKM Bil. 6/2002 mempunyai kuat kuasa undang-undang (force of law). Kegagalan mematuhi tatacara yang ditetapkan di bawahnya akan menjejaskan kes. Justeru itu, pengambilan hanya satu contoh urin di dalam satu botol sahaja adalah suatu kegagalan mematuhi PTKPN-F103 dan Guidelines KKM Bil. 6/2002. Peguam bela terpelajar merujuk kepada kes Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v Public Prosecutor [2017] 3 MLJ 460 untuk menyokong hujahan responden. Dalam kes Noor Shariful Rizal tersebut, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa PTKPN-F103 dan Kementerian Kesihatan Malaysia Guidelines Bilangan 6/2002 mempunyai kuat kuasa undang-undang (force of law) dan yang demikian pengambilan hanya satu botol contoh air kencing adalah suatu kegagalan yang menjejaskan kerana perayu telah dinafikan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil dan mencabuli Perkara 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan Mahkamah ini

[30] Perayu mengakui hanya satu botol urin digunakan bagi pengambilan contoh air kencing responden-responden, masing-masingnya.

[31] Responden-responden masing-masingnya telah dituduh dengan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dadah yang disahkan berada dalam air kencing responden-responden ialah Methamphetamine.

[32] Dalam kes yang melibatkan responden bernama Muhammad Syazwan bin Sulaiman, pegawai sains/ahli kimia En. Kamarulzaman bin Hussin (SP5) mengatakan isi padu urin yang dianalisisnya mencukupi untuk menjalankan analisis dan mendapatkan keputusan (muka surat 31 Rekod Rayuan Jilid 3). SP5 juga mengatakan keperluan dua botol urin mengikut Garis Paduan KKM adalah bagi kes-kes yang melibatkan ujian saringan dan ujian pengesahan yang dilakukan di dua makmal yang berbeza. SP5 mengatakan bagi makmal yang sama dan tempat yang sama, satu botol urin adalah memadai. Maka yang demikian tidak semua kes memerlukan dua botol urin.

[33] Bagi kes terhadap responden Rosman bin Saprey, pengesahan berkaitan kandungan air kencing responden yang disahkan terdapat Methamphetamine telah dibuktikan melalui Laporan Makmal (P8) yang disediakan oleh ahli kimia dan dibuat serahan ke atas responden di bawah seksyen 399 Kanun Prosedur Jenayah.

Akta Dadah Berbahaya 1952

[34] Dalam memahami pertuduhan yang dibawa terhadap responden-responden dan peruntukan yang berkaitan dengannya, adalah berfaedah kami merujuk kepada beberapa peruntukan yang kami berpendapat adalah relevan dalam pertimbangan rayuan ini.

[35] Seksyen 15 ADB 1952 mengatakan:

15. Pemberian kepada diri sendiri

(1) Barangsiapa yang-

(a) mengguna, memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain, bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan kepadanya mana-mana dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV dari Jadual Pertama; atau

(b) dijumpai berada di mana-mana premis yang telah dikhaskan atau digunakan untuk mana-mana tujuan seperti yang telah ditetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana dadah berbahaya tersebut diberikan, atau dihisap atau dengan kaedah lain digunakan olehnya,

adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan jika disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “mengguna” termasuk makan, mengunyah, menghisap, menelan, meminum, menyedut atau memasukkan bahan-bahan ke dalam badan dengan apa jua cara atau dengan mengggunakan apa jua alat.

[36] Seksyen 38B ADB 1952 mengatakan-

38B. Kuasa Mahkamah berkenaan dengan orang yang didapati bersalah di bawah seksyen 15.

(1) Jika seseorang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 15, dia hendaklah, dengan serta-merta selepas menjalani hukuman yang dikenakan ke atasnya berkenaan dengan kesalahan itu, menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih lebih daripada tiga tahun sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah.

[37] Seksyen 37(k) ADB 1952 mengatakan-

Anggapan

(k) jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan menggunakan dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dijalankan di bawah seksyen 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada menggunakan dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya.

[38] Seksyen 31A memperuntukkan-

31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap

(1) Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini-

(a) yang mempunyai sesuatu sifat; atau

(b) yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan,

yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan. Atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaan terhadap orang yang ditangkap yang dengan munasabahnya perlu bagi memutuskan kenyataan-kenyataan yang dapat memberikan bukti itu, dan untuk menggunakan atau menyebabkan untuk digunakan peraturan-peraturan tersebut seperti yang dengan munasabahnya perlu untuk tujuan itu.

(1A) Bagi maksud pemeliharaan keterangan, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada Sarjan atau seorang pegawai kastam untuk menghendaki orang yang ditangkap untuk memberi contoh air kencingnya untuk tujuan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) jika pegawai perubatan atau mana-mana orang yang membantu dalam perubatan atau yang di atas arahan pegawai perubatan tidak dapat melaksanakan tugas untuk memperoleh contoh air kencing itu pada masa yang munasabah. (ditekankan)

(1B) Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah, gagal memberi contoh air kencingnya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau (1A) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabitkan bertanggungan kepada suatu denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-dua sekali.

(2) Bagi maksud seksyen ini “pegawai perubatan” termasuklah setiap orang yang diambil bekerja oleh Kerajaan atau suatu badan berkuasa yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai seorang pegawai perubatan atau sebagai seorang ahli kimia.

[39] Seksyen 31A hanya menyebut “contoh air kencing”. Jika Parlimen menghendaki lebih daripada satu contoh perlu didapatkan, maka pastinya Parlimen akan memperuntukkan sedemikian. Peruntukan undang-undang perlu dibaca mengikut perkataan yang terdapat dan bukan membuat spekulasi tentang apa yang tersurat. Dalam perkara ini seksyen 31A dengan jelas merujuk kepada contoh air kencing dalam maksud ‘singular’. Maka yang demikian hujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya mempunyai merit bahawa satu botol urin contoh air kencing adalah memadai bagi tujuan dijalankan pemeriksaan atau analisis.

Sama ada PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 mempunyai kuat kuasa undang-undang

PTKPN-F103 (IGSO F103)

[40] PTKPN-F103 (Perintah Tetap Ketua Polis Negara) dikenali juga sebagai IGSO F103. Perenggan 1, PTKPN-F103 mengatakan seperti berikut:

1. Pendahuluan

Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998) digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Seliaan merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan pengawasan tabiat penagihan mereka. PTKPN ini bertujuan untuk memastikan segala tindakan ke atas orang-orang kenaan dilakukan mengikut peruntukan-peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta ini.

[41] Selanjutnya dalam perkara tatacara pengambilan contoh air kencing, perenggan 8, PTKPN F103 mengatakan seperti berikut:

8. Tatacara Mengambil Contoh Air Kencing

Tatatacara pengambilan contoh air kencing dari penagih-penagih yang disyaki adalah seperti berikut:

8.1. Contoh Air Kencing Diambil Segera Selepas Tangkapan

Contoh Air Kencing dari penagih-penagih yang disyaki hendaklah diambil seberapa segera sebaik sahaja selepas tangkapan bagi menentukan keberkesanan ujian.

8.2. Pemilihan 2 Buah Botol Oleh Penagih Yang Disyaki

Setiap penagih dadah yang disyaki hendaklah diberi sebanyak dua buah botol plastik kosong yang dikhaskan serta baru dan belum pernah digunakan lengkap dengan penutupnya. Penagih berkenaan hendaklah diberi peluang memilih sendiri botol-botol plastik tersebut daripada kotak simpanannya serta ia berpuas hati dengan botol-botol tersebut berkeadaan bersih dan boleh digunakan. Sebuah botol air kencing adalah untuk ujian di peringkat polis jika perlu dan sebuah lagi untuk dihantar ke hospital bagi penganalisaan.

8.3. Penggunaan ‘Beaker’ Dan Iringan Bagi Penagih Perempuan

Bagi penagih dadah perempuan hendaklah dibekalkan dengan sebuah ‘beaker’ dengan cara memilih sendiri disamping dua buah botol. ‘Beaker’ tersebut dikehendaki dicuci olehnya selepas digunakan. Penagih perempuan hendaklah diiringi oleh seorang anggota polis wanita semasa urusan pengambilan contoh air kencing.

8.6. Contoh Air Kencing Diambil Tidak Kurang Dari 30 mililiter setiap botol

Contoh air kencing yang diambil hendaklah tidak kurang dari 30 mililiter (2/3 isi botol) bagi setiap botol 50 mililiter dengan mengadakan tanda anggaran khas di tepi botol di atas nasihat/kerjasama pihak hospital.

[42] Perenggan 8.2, 8.3 dan 8.6 PTKPN-F103 menghendaki dua botol urin digunakan.

[43] Sekiranya pengambilan contoh air kencing tersebut diambil daripada pegawai polis atau anggota polis, perenggan 8.14, PTKPN-F103 mengatakan seperti berikut:

8.14 Keselamatan Yang Lebih Ke Atas Contoh Air Kencing Pegawai Polis, APR dan Konstabel

Perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada contoh air kencing Pegawai, APR, dan Konstabel, kerana hasil dari ujian air kencing ini akan menentukan masa depan mereka di dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia berikutan tindakan tatatertib yang mungkin akan diambil terhadap mereka. Pengambilan contoh air kencing Pegawai Polls, APR dan Konstabel hendaklah dikendalikan oleh seorang pegawai berpangkat yang lebih tinggi darinya dan diselia oleh seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi dari pegawai pengendali.

Garis Panduan Bagi Ujian Pengesanan Penyalahgunaan Dadah Dalam Air Kencing (KKM Bil. 6/2002)

[44] Kami merujuk pula kepada Garis Panduan Bagi Ujian Pengesanan Penyalahgunaan Dadah Dalam Air Kencing (Guidelines For Testing Drugs of Abuse in Urine)(KKM Bil. 6/2002). Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 ini dikeluarkan pada 3 September 2002 dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan ditujukan kepada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Pengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

[45] Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tersebut diedarkan juga kepada 11 pihak lain, termasuk Pengarah Kimia Malaysia, Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara dan Pengarah Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Oleh itu Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 diketahui oleh agensi tersebut.

[46] Untuk memahami lebih lanjut latar belakang pengeluaran Garis Panduan KKM Bil. 6/2002, perenggan 1 dan 2 membutirkan seperti berikut:

GARIS PANDUAN BAGI UJIAN PENGESANAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM AIR KENCING

1. TUJUAN

Surat ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan bagi ujian pengesanan penyalahgunaan dadah. Ini adalah untuk menyeragamkan dan mengemaskini prosedur-prosedur ujian pengesanan dadah di makmal-makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta sebagai panduan agensi-agensi yang terlibat dalam program pengesanan dadah seperti Agensi Dadah Kebangsaan dan Polis. Selain daripada itu garis panduan ini akan memudahkan proses menulis dokumen kerana terdapat penyeragaman prosedur bagi proses mendapatkan pensijilan ISO/IEC 17025 serta dapat menghasilkan keputusan ujian berkualiti dan diakui kerana semua prosedur dijalankan dengan mengambilkira isu keselamatan, kerahsiaan, kawalan kualiti dan berpandu kepada prosedur-prosedur di peringkat antarabangsa.

2. LATAR BELAKANG

Garis panduan ini disediakan berlanjutan dari Bengkel Polisi dan Prosedur Ujian Dadah pada tahun 2000 di mana banyak pertanyaan mengenai polisi dan prosedur samada teknikal atau perundangan telah dikemukakan oleh peserta-peserta yang menghadiri bengkel itu.

Berikutan dengan itu, satu Jawatankuasa Teknikal Polisi dan Prosedur telah diwujudkan yang dianggotai oleh Pakar Patologi, Pegawai Sains dan Juruteknologi Perubatan. Di bawah jawatankuasa ini terdapat dua jawatankuasa kerja iaitu Jawatankuasa Polisi dan Prosedur Ujian Dadah serta Jawatankuasa Quality Assurance dan Latihan.

Jawatankuasa Teknikal Polisi dan Prosedur Ujian Dadah telah mengadakan beberapa siri mesyuarat serta perbincangan dengan lain agensi seperti pihak polis dan pihak Peguam Negara dan telah berjaya mengeluarkan satu garis panduan Guidelines For Drugs of Abuse Testing untuk rujukan makmal-makmal pengesanan dadah di Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi berkaitan di negara ini.

3. ISU-ISU YANG DIKENALPASTI

Antara isu-isu yang dikenalpasti adalah:

3.1 Cara melaporkan ujian Cannabis. Ini adalah berikutan terdapat kes mahkamah yang dibuang berdasarkan cara melapor sekarang.

3.2 Penyimpanan sampel selepas menjalankan ujian pengesahan dan juga penyimpanan rekod-rekod serta cara melupuskan rekod.

3.3 Analisis dan Quality Control. Pendekatan penggunaan sampel kualiti adalah tidak ada keseragaman.

3.4 Turn Around Time (TAT) yang terlalu lama terutama bagi kes-kes polis.

3.5 Sistem rujukan (ke mana sampel akan dihantar) jika sesuatu hospital tidak mempunyai anggota dan fasiliti untuk menjalankan ujian.

3.6 Isu keselamatan dan kerahsiaan.

3.7 Prosedur tidak dikemaskini semenjak Manual For The Laboratory Detection of Drugs of Abuse in Urine dikeluarkan pada tahun 1988.

4. RUMUSAN GARISPANDUAN

Garispanduan ini mengandungi prosedur-prosedur lengkap mengenai ujian pengesanan dadah dalam air kencing dan prosedur-prosedur ini disediakan berdasarkan rujukan di peringkat nasional dan antarabangsa seperti yang dinyatakan dalam sumber rujukan. Jabatan Peguam Negara juga dirujuk bagi prosedur yang melibatkan isu medikolegal. la dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian permulaan menyentuh perkara-perkara seperti pengenalan, pusat-pusat pengesanan dadah KKM serta ciri-cirinya dan prosedur rujukan antara pusat-pusat pengesanan. Bahagian Kedua menerangkan prosedur pengesanan bermula dari pemungutan sampel sehingga penyimpanan sampel dan sistem pengrekodan. Bahagian ini diolah secara terperinci untuk diikuti oleh semua pihak yang terlibat dalam program ini. Bahagian ketiga mengandungi sumber rujukan, definasi terma-terma yang digunakan dalam garis panduan serta lampiran iaitu, Lampiran 1: Borang Permintaan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing-UPD 1 Pindaan dan Lampiran 2: Borang Akuan Pemberi.

5. TARIKH BERKUATKUASA

Garis panduan ini adalah berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan.

6. TINDAKAN DAN PENGAWASAN

Pengarah Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab mengedarkan surat pekeliling dan garis panduan ini ke semua hospital dan klinik di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

[47] Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 dalam perkara penggunaan dua botol urin diperuntukkan dalam keadaan berikut, seperti yang dinyatakan di bawah perenggan 5(b)(iii) dan perenggan 5(c)(i) dan (ii):

Perenggan 5(b) (iii) Collection Site

At the collection site, if the volume is less than 30 ml, the donor may be given a reasonable amount of liquid to drink e.g. 240 ml of water every 30 minutes, but not to exceed a maximum of 720 ml. The second urine sample shall be collected and mixed with the previous sample, by the donor himself/herself or the collection personnel in front of the donor.

Perenggan 5(c) (i) and (ii) Collection Procedure

(i) At least 30 ml urine sample shall be collected in one bottle or duplicate if screening and confirmation are done by two different places. The requesting officer/referring centre shall keep the second urine sample and shall send urine sample to the confirmation centre if the screening result is positive.

(ii) Both the collection personnel and the donor shall keep the urine samples in view at all time prior to it being sealed or labeled. If the second bottle cannot be provided (sample is 30 ml only), testing shall be done on the first sample. Absence of second sample shall be recorded.

[48] PTKPN-F103 menyebutkan contoh air kencing diambil dengan menggunakan dua botol urin (Perenggan 8.2). Satu botol air kencing adalah untuk tujuan ujian awal di peringkat polis jika perlu dan satu botol lagi untuk dihantar ke hospital bagi penganalisaan. Oleh itu dua botol air kencing bukan satu kehendak mandatori jika contoh air kencing tersebut tidak dibuat ujian awal di peringkat polis. Botol yang mengandungi contoh air kencing akan di hantar terus ke hospital bagi penganalisaan (perkataan bertanda hitam ditekankan oleh kami). Pendakwaan ke atas seseorang yang mentadbirkan dadah ke dalam tubuh badan juga tidak dilakukan berdasarkan hasil ujian awal atau saringan yang hanya merupakan satu proses indikatif. Pertuduhan sekiranya dibuat akan diasaskan kepada hasil ujian analisis oleh ahli sains atau ahli kimia kerajaan yang menggunakan kaedah analisis yang diiktiraf oleh undang-undang.

[49] Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 mengatakan hanya satu botol contoh urin diperlukan untuk analisis. Tetapi sekiranya ujian awal dan ujian analisis dilakukan di dua tempat yang berasingan, maka dua botol urin diperlukan (dipanggil botol pertama dan botol duplicate)(perenggan 6(c)). Botol kedua (duplicate) adalah untuk kegunaan ujian awal (screening) jika hendak dibuat dan botol duplicate ini akan disimpan oleh pegawai yang membuat ujian awal. Botol pertama yang mengandungi contoh air kencing akan di hantar ke hospital untuk dibuat analisis. Oleh itu Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak menjadikan pengambilan dua botol urin sebagai mandatori sekiranya ujian awal (screening) tidak dilakukan (perkataan bertanda hitam ditekankan oleh kami).

[50] Seksyen 31A(1A) ADB 1952, memberi kuasa kepada pegawai polis atau pegawai kastam untuk mendapatkan contoh air kencing daripada orang yang ditangkap bagi tujuan pemeriksaan. Bagaimana pun tiada terdapat tatacara diperuntukkan tentang bagaimana contoh urin diambil dan diuruskan.

[51] Dalam kes PP v Mohammad Rasid Jusoh [2009] 9 CLJ 557, Mahkamah Tinggi di muka surat 564 mengatakan seperti berikut:

“[7] ... It is also a significant point to note that collecting a urine specimen does not require any medical skill at all. What is important is the proper labelling of the bottle and the proper testing of the sample by a government chemist.”

[52] Walau pun terdapat seksyen 44 ADB 1952 memberikan kuasa kepada Menteri mewakilkan kuasa dan fungsinya kepada mana-mana pegawai yang sesuai dalam mentadbirkan ADB 1952, tetapi tidak terdapat perwakilan kuasa di bawah seksyen 44 telah dilakukan. Oleh itu PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak boleh dikaitkan dengan seksyen 44 tersebut untuk diberi pengiktirafan sebagai mempunyai elemen “force of law”.

[53] Juga, walau pun terdapat seksyen 47 ADB 1952, yang memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat undang-undang subsidiari, iaitu peraturan-peraturan dalam menetapkan perkara-perkara yang diperlukan di bawah Akta, tetapi Menteri tidak ada membuat apa-apa peraturan yang berkaitan dengan kaedah pangambilan contoh air kencing dan cara menguruskannya. Oleh itu PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 bukan dikeluarkan di bawah seksyen 47 tersebut untuk mempunyai elemen “force of law”.

[54] Seksyen 28 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat kaedah-kaedah dalam melaksanakan peruntukan Akta 283. Sub-perenggan (e) seksyen 28(1) Akta 283 memberi kuasa kepada Menteri untuk mengadakan peruntukan mengenai kaedah-kaedah berhubung dengan ujian-ujian yang hendak dijalankan di bawah Akta 283. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta 283 yang berkaitan dengan tatacara pengambilan air kencing bagi ujian dan cara menguruskannya.

[55] Ketiadaan peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang disebutkan di atas telah menyebabkan pihak polis mengambil usaha mengeluarkan PTKPN-F103. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pula mengeluarkan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002. PTKPN-F103 hanya dihasratkan untuk dijadikan panduan oleh pegawai polis dalam melaksanakan tugasan mereka. PTKPN-F103 dengan itu lebih merupakan garis panduan dalaman untuk diguna pakai oleh pegawai polis khususnya Jabatan Narkotik PDRM.

[56] Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 pula, jika dilihat pada bahagian pengenalan, garis panduan tersebut ditujukan kapada pegawai-pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hasrat garis panduan ini juga jelas hanya untuk dijadikan panduan dalam menjalankan tugas oleh pegawai perubatan berkaitan dengan ujian/analisis air kencing.

[57] Seksyen 97 Akta Polis 1967 (Akta 344) memperuntukkan-

97. Standing Orders

The Inspector-General may issue administrative orders, to be called ‘Standing Orders’, not inconsistent with this Act or of rules or Police Regulations made thereunder, for the general control, direction and information of the Force and all bodies established or raised for the police duties under this Act.

[58] Jelasnya Ketua Polis Negara di bawah seksyen 97 Akta Polis, hanya berkuasa mengeluarkan “administrative orders” yang dipanggil sebagai Perintah Tetap (Standing Orders). Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dengan itu hanya merupakan perintah-perintah pentadbiran untuk tujuan “kawalan dan arahan dan maklumat am Pasukan dan semua badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis” di bawah Akta Polis 1967. PTKPN-F103 jika pun diperbuat di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen 97 tersebut, hanya bersifat ‘administrative order’ yang tidak dihasratkan untuk mempunyai kuat kuasa undang-undang berbanding dengan peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah ADB 1952 atau Akta 283. PTKPN-F103 dikeluarkan hanya untuk kegunaan PDRM dan diklasifikasikan sebagai dokumen sulit atau rahsia. Maka itu, adalah suatu salah arahan untuk mengatakan PTKPN-F103 mempunyai kuat kuasa undang-undang (force of law). Sesuatu instrumen undang-undang tidak boleh wujud dan berkuat kuasa secara sulit atau diklasifikasikan sebagai rahsia. Di bawah seksyen 47(3) ADB 1952 dinyatakan bahawa semua peraturan yang dibuat di bawah ADB 1952 hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan dengan seberapa segera yang praktik di Dewan Rakyat. Jelasnya, PTKPN-F103 bukan merupakan peraturan-peraturan di bawah ADB 1952 atau Akta 283. PTKPN-F103 juga tidak diwartakan. Tidak terdapat juga pengataan di bawah PTKPN-F103 bahawa dokumen tersebut dikeluarkan di bawah kuasa seksyen 97 Akta Polis 1967. Sekiranya diandaikan bahawa PTKPN-F103 dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara di bawah seksyen 97 Akta Polis 1967, ianya masih tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang kerana seksyen 47 ADB 1952 (Akta 234) dan seksyen 28 Akta Pemulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) hanya memberi kuasa sedemikian kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan operasi kedua-dua Akta tersebut

[59] Dalam kes Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232 Mahkamah Persekutuan telah menimbangkan sama ada “Gombak Police Station diaries (D105 A-E) and lock-up register (D104)” yang dikemukakan oleh pihak permbelaan boleh diterima masuk sebagai keterangan yang relevan untuk tujuan bicara dalam bicara (voire dire) dalam memutuskan unsur kesukarelaan ke atas pengakuan dan pengataan tertentu orang kena tahan kepada pihak polis yang dibuat semasa dalam kustodi pihak polis. Pihak Pendakwa Raya dalam kes tersebut menghujahkan dokumen tersebut bukan dokumen awam yang dibuat bagi maksud untuk diperiksa oleh orang awam tetapi bagi kegunaan dalaman pihak polis sahaja. Mahkamah Persekutuan memutuskan dokumen perharian balai dan daftar lokap tersebut layak diterima masuk sebagai “relevant fact” menurut seksyen 35 Akta Keterangan 1950 dalam menunjukkan pergerakan keluar masuk orang kena tahan dalam tempoh tahanan dan tempoh masa soal siasat (interrogations) yang berlaku ke atas tahanan tersebut. Mahkamah Persekutuan bagaimana pun tidak membincangkan dengan lebih mendalam berkaitan “nature and purpose” dokumen tersebut, bagaimana pegawai polis mentadbirnya dan kaitannya dengan seksyen 97 Akta Polis yang memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara untuk mengeluarkan “Standing Orders” kerana tidak ada keterangan dibawa berkaitannya. Bagaimana pun, kedua-dua dokumen tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara sebagai memenuhi keperluan di bawah Kaedah-Kaedah Lokap 1953. Mahkamah Persekutuan tidak menyentuh sama ada dokumen-dokumen tersebut mempunyai elemen “force of law” tetapi lebih kepada isu kebolehterimaan masuk sebagai keterangan.

[60] PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 bukan merupakan rekod awam dan catatan yang dibuat pada menjalankan kewajipan jika dibandingkan dengan diari perharian balai dan daftar lokap yang perlu dibuat catatan (entries) oleh pegawai dan penjaga lokap. Maka itu PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak tergolong dalam maksud seksyen 35 Akta Keterangan 1950.

[61] Justeru itu, kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela terpelajar bagi pihak responden yang menghujahkan bahawa PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 sebagai dokumen yang mempunyai kuat kuasa undang-undang (force of law) yang memerlukan pematuhan mandatori oleh pihak polis atau pegawai perubatan dan akan menjejaskan sekiranya gagal dipatuhi.

Rayuan Jenayah No. W-09-105-06/2017

[62] Berbalik kepada kes rayuan di hadapan mahkamah ini. Dalam kes yang melibatkan responden Muhammad Syazwan bin Sulaiman, pertuduhan ke atas responden adalah bagi kesalahan menggunakan dadah berbahaya Methamphetamine. Hanya satu botol contoh air kencing sahaja diambil daripada responden.

[63] Contoh air kencing daripada botol tersebut dianalisis oleh Pegawai Sains Hayat Makmal Dadah Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur, Encik Kamarulzaman bin Hussin (SP5) melalui kaedah ujian emonosasi dan ujian CGMS dan mendapati positif Methamphetamine. SP5 mengatakan isi padu urin yang diserahkan kepadanya untuk dibuat analisis adalah mencukupi. SP5 juga mengatakan tidak terdapat keperluan untuk dua botol urin kerana analisis yang dilakukan tidak melibatkan dua tempat atau stesyen yang berbeza. Methamphetamine ialah dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952 (muka surat 31-37 Rekod Rayuan Jilid 3).

[64] Di akhir perbicaraan kes, Tuan Majistret telah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tanpa keraguan yang munasabah setiap intipati kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Responden didapati bersalah atas pertuduhan dan disabitkan dan dihukum denda sebanyak RM3,500.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan di bawah seksyen 38B ADB 1952.

[65] Responden yang terkilan atas sabitan dan hukuman telah membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi. YA Pesuruhjaya Kehakiman telah membenarkan rayuan responden atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Noor Shariful Rizal (supra), atas kegagalan pihak polis mematuhi PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 yang mempunyai ’’force of law”, iaitu gagal mengambil dua botol contoh air kencing daripada responden.

[66] Kami mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman telah tersalah arah dalam memutuskan sedemikian. Seperti yang kami huraikan di atas, PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. Oleh itu kegagalan untuk mengambil dua botol contoh air kencing responden tidak menjejaskan kes pendakwaan. Dengan kata lain pengambilan dua contoh air kencing bukan merupakan keperluan undang-undang.

Rayuan Jenayah No. A-06B-06/2017

[67] Bagi responden Rosman bin Saprey pula, pertuduhan terhadap responden adalah mentadbir diri dengan memasukkan dadah berbahaya dalam badan jenis Methamphetamine. Cuma satu botol urin sahaja digunakan untuk mengisi contoh air kencing responden. Ujian yang dijalankan oleh ahli kimia mengesahkan air kencing di dalam botol yang sama adalah positif Methamphetamine (P8).

[68] Di akhir perbicaraan kes, Tuan Majistret telah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tanpa keraguan yang munasabah setiap intipati kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Responden didapati bersalah atas pertuduhan dan disabitkan dan dihukum penjara selama 10 bulan dan 2 tahun pengawasan di bawah seksyen 38B ADB 1952.

[69] Responden yang terkilan atas sabitan dan hukuman telah membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi. YA Pesuruhjaya Kehakiman telah membenarkan rayuan responden atas satu-satunya alasan bahawa Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Noor Shariful Rizal (supra), atas kegagalan pihak polis mematuhi PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 yang mempunyai “force of law”, iaitu gagai mengambil dua botol contoh air kencing dari responden.

[70] YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan seperti berikut (muka surat 31 Rekod Rayuan Jilid 1):

“47. To conclude I find that the prosecution had failed to prove the offence under Section 15(1) of the DDA 1952. The procedure as provided by the law in the form of the guidelines and IGSO F103, which has the force of law, were not adhered to. This was fatal to the prosecution’s case.”.

[71] Kami mendapati YA Pesuruhjaya Kehakiman telah tersalah arah dalam memutuskan sedemikian. Seperti yang kami huraikan di atas, PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang. Tidak ada keperluan undang-undang yang mewajibkan pengambilan dua contoh air kencing dalam dua botol berasingan. Oleh itu kegagalan untuk mengambil dua botol contoh air kencing responden tidak menjejaskan kes pendakwaan. Tanpa terdapatnya apa-apa penjelasan mengapa dua botol urin disarankan di bawah PTKPN-F103, kami berpendapat kemungkinan saranan tersebut lebih merupakan suatu langkah bersifat waspada atau amalan ‘prudence’, tetapi sifat waspada sedemikian tidak boleh menjadi dan mempunyai kuat kuasa undang-undang sehingga ianya menjadi satu kewajipan yang bersifat prosedur substantif untuk dipatuhi.

[72] Dalam kedua-dua rayuan di hadapan kami, pihak-pihak bersetuju bahawa satu-satunya isu yang perlu diputuskan oleh kami adalah sama ada PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 mempunyai kuat kuasa undang-undang dan kegagalan mematuhinya menjejaskan kes pendakwaan. Kami telah menjawab persoalan tersebut.

[73] Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seksyen 31A ADB 1952 membolehkan contoh air kencing diambil daripada orang yang ditangkap. Bagaimana pun, tidak ada peruntukan yang memperuntukkan tatacara atau kaedah bagaimana contoh air kencing diambil atau diperoleh daripada orang kena tangkap, dan bagaimana contoh tersebut dibuat saringan dan analisis. ADB 1952 dan Akta 283 memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan dan kaedah termasuk untuk mengadakan peruntukan mengenai prosedur-prosedur berhubungan dengan ujian-ujian yang hendak dijalankan di bawah Akta. Antara ujian tersebut ialah ujian ke atas air kencing orang kena tangkap. Bagaimana pun Menteri tidak ada membuat peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah sedemikian. Kelompangan tersebut cuba diisikan oleh PDRM dengan mengadakan PTKPN-F103 dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan Garis Panduan Bil. 6/2002. PTKPN-F103 hanya untuk kegunaan pihak Jabatan Polis. Garis Panduan Bil. 6/2002 KKM pula hanya untuk kegunaan pegawai kesihatan dan pegawai perubatan KKM. Kedua-dua instrumen ini tidak boleh membentuk dan mempunyai kuat kuasa undang-undang kerana hanya Menteri diberikan kuasa oleh ADB 1952 dan Akta 283 untuk membuat peraturan-peraturan dan kaedah yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan perjalanan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam kedua-dua Akta serta keperluan penwartaan yang perlu dipatuhi. Maka itu, sewajarnya kuasa statutori Menteri digunakan sepenuhnya supaya peraturan-peraturan dan kaedah sedemikian digubal untuk dapat diberi kesan kuat kuasa undang-undang.

[74] Peguam bela terpelajar menghujahkan supaya Mahkamah ini mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v PP [2017] 3 CLJ 460, yang memutuskan PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 mempunyai “force of law”. Dengan hormatnya kami tidak dapat bersetuju dengan hujahan tersebut. Alasan kami, pertama PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak menyatakan punca kuasa ianya dibuat. Kedua, ADB 1952 dan Akta 283 ialah undang-undang spesifik. Ketiga, tidak terdapat sebarang keterangan yang dapat melihatkan penurunan kuasa oleh Menteri kepada Ketua Polis Negara atau Ketua Pengarah Kesihatan KKM untuk mereka boleh mengeluarkan apa-apa instrumen yang mempunyai kuat kuasa undang-undang. Keempat, kuasa dalam membuat peraturan-peraturan di bawah ADB 1952 dan kaedah-kaedah di bawah Akta 283 hanya diberikan kepada Menteri secara ekslusif. Kelima, setiap peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri perlu diwartakan dan dibentangkan dalam Dewan Rakyat. PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak memiliki elemen-elemen sedemikian untuk mendapat pengiktirafan kuat kuasa undang-undang. Keenam, kuasa Ketua Polis Negara (KPN) dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tidak boleh mengatasi dan melampaui kuasa-kuasa Menteri. Jika Menteri dikehendaki membuat penwartaan dan membentangkan peraturan atau kaedah yang dibuatnya di Dewan Rakyat untuk membolehkan peraturan atau kaedah mempunyai kuat kuasa undang-undang, maka adalah tidak logik untuk diterima bahawa PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak terikat dengan peruntukan sedemikian.

[75] Dalam kes Ling Towi Sing @ Ling Chooi Sieng v Sino-America Tours Corporation Pte Ltd [2017] AMR 725, [2017] 1 LNS 1663, [2017] MLJU 1646, Mahkamah Rayuan memutuskan O.76, r.2(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebagai undang-undang subsidiari hanya merupakan suatu ‘procedural law’ yang tidak boleh mengatasi peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615). Berdasarkan prinsip yang serupa, PTKPN-F103 dan Garis Panduan KKM Bil. 6/2002 tidak mempunyai apa-apa elemen untuk menjadi ‘procedural law' dan tidak boleh juga untuk disamakan taraf seperti suatu undang-undang subsidiari di bawah ADB 1952 dan Akta 283.

Kesimpulan

[76] Berdasarkan alasan-alasan yang kami nyatakan di atas, kami membenarkan rayuan Pendakwa Raya dalam kedua-dua rayuan. Perintah oleh Mahkamah Tinggi dalam kedua-dua rayuan diketepikan. Sabitan dan hukuman oleh Majistret Mahkamah Majistret dalam kedua-dua rayuan di hadapan kami dikekalkan, masing-masingnya.

YAACOB BIN HAJI MD. SAM
Hakim
Mahkamah Rayuan Malaysia

Bertarikh: 23 April 2018

COUNSEL

Rayuan Jenayah No. A-06B-23-06/2017

Peguamcara bagi pihak Perayu: Awang Armadajaya bin Awang Mahmud, Nurul Huda Noraini Mohamed Noor, Mangaiarkarasi a/p Krishnan, Hamdan bin Hamzah, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Perbicaraan & Rayuan, Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya

Peguambela bagi pihak Responden: Charan Singh a/l Kartar Singh, Jagdave Singh a/l Kuldeep Singh, Tetuan Nurul & Charan, Peguambela & Peguamcara, 16, Lorong Istana, Taman Istana, 30000 Ipoh, Perak

Rayuan Jenayah No. W-09-195-06/2017

Peguamcara bagi pihak Perayu: Awang Armadajaya bin Awang Mahmud, Nurul Huda Noraini Mohamed Noor, Mangaiarkarasi a/p Krishnan, Hamdan bin Hamzah, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Perbicaraan & Rayuan, Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4, Persiaran, Perdana, 62100 Putrajaya

Peguambela bagi pihak Responden: Richard Bong, Tetuan Bong & Co, Peguambela dan Peguamcara, No. 24, Tingkat 1, Bangunan Lee, Jalan Tengku Bakar, Temerloh, Pahang

Legislation referred to:

Akta Dadah Berbahaya 1952, Bahagian III dan IV dari Jadual Pertama (para 35); Seksyen-seksyen 13, 14, 15,15(1)(a), 31A, 31A(1), 31A(1)(a), 31A(1)(b), 31A(1A), 31A(1B), 31A(2), 37(k), 38B, 44, 47, 47(3)

Akta Kesihatan Mental 2001

Akta Keterangan 1950, Seksyen 35

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Seksyen-seksyen 2, 28

Akta Polis 1967, Seksyen 97

Kaedah-Kaedah Lokap 1953

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Order 76, Rule 2(1)

Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 399

Perlembagaan Persekutuan, Perkara-perkara 5(1), 8(1)

 

Judgments referred to:

Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232

Ling Towi Sing @ Ling Chooi Sieng v Sino-America Tours Corporation Pte Ltd [2017] AMR 725, [2017] 1 LNS 1663, [2017] MLJU 1646

Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v Public Prosecutor [2017] 3 MLJ 460

PP v Mohammad Rasid Jusoh [2009] 9 CLJ 557

Notice: The Promoters of Malaysian Judgments acknowledge the permission granted by the relevant official/ original source for the reproduction of the above/ attached materials. You shall not reproduce the above/ attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Promoters and/or the original/ official source. Neither the Promoters nor the official/ original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/ attached materials. The Promoters and the official/ original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, Malaysian Judgments and contents herein are subject to the Terms of Use.