THE OFFICIAL REPOSITORY OF
MALAYSIAN JUDGMENTS & RULINGS

[2018] MYCA 310 MALAY

Ng Kian Seng v Pendakwa Raya
Suit Number: Rayuan Jenayah No. C-05(SH)-451-12-2016 

PENGHAKIMAN

Pendahuluan

[1] Perayu (Ng Kian Seng) telah dituduh dengan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:

“Bahawa kamu pada tarikh 03 Disember 2012, di antara jam lebih kurang 2.30 petang hingga 4.35 petang, bertempat di dalam bilik No. 5646, Tingkat 5, Hotel First World, Genting Highlands, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah membunuh seorang perempuan bernama Qui Ling (No. P/Port: G 52578546), dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

[2] Di akhir kes pendakwaan, YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh, Pahang telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu. Dengan itu perayu telah dilepas dan dibebaskan.

[3] Pihak pendakwa raya yang tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan pendakwa raya dan memerintahkan perayu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan.

[4] Di akhir kes pembelaan, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah mensabitkan perayu dengan pertuduhan. Oleh sebab perayu pada masa kejadian berumur 16 tahun 5 bulan (lahir pada 28.7.1996), maka hukuman mati tidak boleh dikenakan terhadap perayu. Berdasarkan peruntukan seksyen 97(1) dan (2) Akta Kanak-Kanak 2001, sebagai ganti kepada hukuman mati, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah memerintahkan supaya perayu ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh Raja/Sultan Negeri Pahang.

[5] Terkilan dengan sabitan dan perintah hukuman tersebut, perayu telah merayu kepada Mahkamah ini.

[6] Kami telah mendengar rayuan perayu dan seterusnya telah menolak rayuan tersebut. Sekarang kami perturunkan alasan-alasan kami.

Kes Pendakwaan

[7] Kes pihak pendakwaan adalah seperti berikut. Pada 3.12.2012, jam lebih kurang 4.35 petang, L/Kpl Nik Mohd Zamri Izuan bin Mohamad Khalib (SP4) yang sedang bertugas di Balai Polis Genting Highlands, telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki India yang mengenalkan dirinya sebagai Mahendran memberitahu bahawa terdapat seorang perempuan warga negara China di luar bilik nombor 5646, First World Hotel, Genting Highlands dalam keadaan kesakitan dan dilehernya terdapat kesan kelar. Berdasarkan maklumat tersebut, SP4 telah membuat laporan maklumat pertama sepertimana Genting Highlands Report 6686/12 (P42). SP4 seterusnya memaklumkan maklumat tersebut kepada Inspektor Mohd Razali bin Ismail (SP15), pegawai penyiasat kes.

[8] Pada jam 6.45 petang, selepas dimaklumkan dengan Genting Report 6686/12, Inspektor Mohd Razali (SP15) bersama juru gambar Mohd Khairul Hasron (SP7) telah pergi ke tempat kejadian. SP15 mendapati banyak darah di bilik No. 5646 First World Hotel, Genting Highlands. Mangsa (si mati) tiada di bilik tersebut ketika SP15 sampai kerana telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur. SP7 telah mengambil gambar-gambar tempat kejadian (P41 [1-41]).

[9] Pada lebih kurang jam 12.10 pagi (4.12.2012), SP15 dimaklumkan bahawa mangsa (si mati) telah disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur.

[10] Pada lebih kurang jam 6.30 pagi (4.12.2012), satu pasukan forensik PDRM yang diketuai oleh Inspektor Shuhada bin Salim (SP3) bersama SP15 telah pergi ke tempat kejadian. Di dalam bilik No. 5646 tersebut, SP3 menemui sehelai kain tuala warna putih, satu sarung pisau celoreng (P3A), satu beg hitam jenama HPL Travel Bag yang mempunyai kesan darah (P30A), satu mattress protector. SP3 mengambil 5 swabbing disyaki darah dan beberapa spesimen helaian bulu atau rambut. SP15 yang hadir bersama SP3 turut menjumpai kondom ([P38A(1)]), satu pita pelekat (P31A) dan cable tight di dalam bilik tersebut. SP15 telah mengambil gambar ke atas barang-barang yang dijumpai di dalam bilik tersebut (P18[1-34]).

[11] Mohd Azrul bin Zahari (SP13), penyelia CCTV First World Hotel, bertugas dari jam 2.00 petang hingga 11.00 malam pada 3.12.2012. Setelah diberi tahu tentang kejadian, SP13 telah membuat semakan rakaman CCTV bagi tempuh petang 3.12.2012. Rakaman CCTV melihatkan imej seorang lelaki dengan membawa satu beg berwarna merah dan memakai kain penutup mulut keluar dari arah bilik 5646 dalam keadaan tergesa-tergesa turun dari tingkat 5 hotel menuju ke arah terminal bas pada petang kejadian. SP13 kemudiannya telah menayangkan semula rakaman CCTV kepada SP15 dan membuat serahan rakaman CCTV dalam bentuk CD kepada SP15 (P12A).

[12] Tan Kian Seng (SP12), seorang ajen pelacuran, mengatakan bahawa dia ada menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki pada petang 3.12.2012. Lelaki tersebut ingin melanggan pelacur. SP12 telah memberikan tiga nombor bilik kepada lelaki tersebut termasuk bilik nombor 5646 (bilik si mati) di Hotel First World tersebut.

[13] Pada 9.12.2012, inspektor Muhammad Faizal bin Md Dali (SP8), daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Bentong telah membuat tangkapan ke atas perayu yang sedang berada di dalam sebuah kenderaan di KM10, Jambatan Pertama, Jalan Paloh, Kluang, Johor dan merampas sebuah beg galas berwarna hitam bertulis ‘Porter’ yang sedang digalas oleh perayu mengandungi beberapa barangan di dalamnya (P6A). Di dalam beg P6A tersebut SP8 telah menjumpai, antara lain, satu kad Resort World Genting [P9(A)(1)], satu tiket bas ‘Five Star Express’ No. Siri Z0226991 dari Kluang ke Genting Highlands bertarikh 3.12.2012 untuk perjalanan jam 7.30 pagi [P9(A)(5)]; satu tiket bertulis Genting Highlands Transport Sdn Bhd nombor tiket 00737562 untuk perjalanan daripada Genting Highlands ke Kuala Lumpur bertarikh 3.12.2012, masa perjalanan jam 0350 petang. SP8 membuat laporan tangkapan perayu dan rampasan barangan melalui Kluang Report 15133/12 (P48) dan mengeluarkan Borang Bongkar (P49). SP8 telah membawa perayu ke Balai Polis Kluang.

[14] SP8 seterusnya telah dibawa oleh perayu ke sebuah rumah alamat No. 21, Jalan Suria 4/2, Taman Purnama, Kluang. Di dalam rumah tersebut SP8 telah merampas sepasang kasut dan satu beg bertulis ‘Porter’ berwarna merah (P11A) yang di dalamnya mengandungi antara lain, satu penutup mulut berwarna biru (P13A), satu tiket bas Terminal Bersepadu Selatan nombor tiket TBS 121200014417 atas nama Ng Kian Seng (perayu) bertarikh 3.12.2012 untuk perjalanan ke Kluang pada jam 7.30 petang (P13E). SP8 telah membuat laporan polis ke atas rampasan tersebut melalui Klaung Report 15137/12 (P47). Perayu dan barangan rampasan kemudiannya telah dibawa balik ke IPD Bentong dan dibuat serahan oleh SP8 kepada SP15. Borang Serah Terima disediakan oleh SP8 dan SP15 dan ditandakan sebagai P51.

[15] Inspektor Ismantie bin Ismail (SP14) telah ditugaskan untuk membuat soal siasat ke atas perayu. Hasil daripada soal siasat tersebut, perayu dikatakan telah memberikan maklumat tertentu kepada SP14. SP14 membuat laporan polis melalui Bentong Rpt 005693/12 (P53) berkaitan maklumat tersebut. Perayu juga dikatakan telah membuat lakaran gambar sebilah pisau (P54B). SP14 membuat catatan terhadap maklumat yang diberikan oleh perayu tersebut (P54A). Dalam laporan polis (P53) berkaitan maklumat yang diberikan oleh perayu, SP14 mencatatkan pengataan perayu “saya boleh tunjuk pisau itu dan baju yang saya simpan di rumah, pisau itu disimpan dalam almari dan bersama baju". Perayu telah membawa SP14 bersama juru gambar ke sebuah rumah No. 21, Jalan Sutera 4/2, Kluang, Johor. Di dalam bilik rumah tersebut, SP14 telah merampas sebilah pisau berukuran panjang 24 cm daripada laci almari plastik [P7D(1)], sehelai seluar panjang jeans [P(7)G(1)], 3 helai t-shirt berkolar, satu seluar jeans paras lutut [P71(1)]. SP14 turut menjumpai satu ‘snow cap’ berwarna hitam [P7(E)(1)], tiket loteri dan rantai leher (P14A). SP14 telah membuat laporan polis terhadap rampasan barangan yang dijumpai melalui Kluang Report 015187/12 (P55). SP14 juga mengeluarkan Borang Bongkar (P56). Semua barangan rampasan kemudiannya diserahkan oleh SP14 kepada SP15 bersama Borang Serah Menyerah (P57).

[16] Dr. Siew Sheue Feng (SP2), pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati mengesahkan punca kematian si mati ailah daripada “stab wounds to the neck”. SP2 mendapati si mati mengalami kecederaan-kecederaan seperti berikut:

“1. An oblique stab wound (suture done) on front lower third of left half of neck, measuring 4 x 2.2 cm. The wound was located 25 cm below vertex, 138 cm above left heel, and 5 cm from midline. The upper-inner end of this wound was square whereas its lower-outer end was sharp. It penetrated the skin, subcutaneous tissues, left cervical muscles, and punctured the left jugular vein, left subclavian vein before it crossed the midline of neck, in front of the pre-vertebral fascia and entered with right thoracic cavity through its apex. It was associated with right haemothorax with the collection of 700 ml of blood. The direction of this wound was downward, slight backward, from left to right. The depth of the wound was 5 cm.

2. An oblique stab wound (suture done) on front of lower third of left half of neck, measuring 0.8 x 0.1 cm. The wound was above wound number ‘1’ and was located 22.5 cm below vertex, 140 cm above left heel, and 5.5 cm from midline. The upper-inner end of this wound was sharp whereas its lower-outer end was square. It penetrated the skin and subcutaneous tissue. The depth of wound was 2 cm.

3. An oblique stab wound (suture done) on front of left lateral half neck, measuring 6 x 2 cm. The wound was behind and above wound number ‘1’, and located 21 cm below vertex, 141 cm above heel, and 7 cm from midline. The upper-outer end of this wound was square whereas its lower-inner end was sharp. It penetrated the skin, subcutaneous tissues, left cervical muscle and punctured the left jugular vein. The direction of this wound was downward, slight backward, from left to right. The depth of the wound was 5 cm. This wound was associated with bruising of the surrounding tissues.

4. An oblique stab wound (suture done) on front of left lateral half of neck, measuring 3.2 x 0.5 cm. The wound was above and behind wound number ‘3’. it was located 19 cm below vertex, 144 cm above left heel, and 10 cm from midline. The upper-inner end of this wound was square whereas its lower-outer end was sharp. It penetrated the skin, subcutaneous tissues, left cervical muscle and punctured the left jugular vein, the direction of this wound was downward, from left to right. The depth of the wound was 5.5 cm. This wound was associated with bruising of the surrounding tissues.

5. An oblique stab wound (suture done) on nape of neck, measuring 2 x 0.2 cm. The wound was located 20.5 cm below vertex, 141.5 cm above left heel, and 0.5 cm on left from midline. The upper-inner end of this wound was sharp whereas its lower-outer end was square. It penetrated the skin, subcutaneous tissues, muscles and posterior wall of upper end of oesophagus. The direction of this wound was downward, forward from left to right. The depth of the wound was 5 cm.

6. An oblique stab wound (suture done) on left scapular region, measuring 2.7 x 0.2 cm. The wound was located 30 cm below vertex, 132 cm above left heel, and 6.5 cm from midline. The upper-inner end of this wound was sharp whereas its lower-outer end was square. It penetrated the skin, subcutaneous tissue and muscles. The direction of this wound was downward, forward from left to right. The depth of the wound was 4 cm.

7. An oblique stab wound (suture done) on left scapular region, medial to wound number ‘6’, and measuring 2.7 x 0.1 cm. The wound was located 31 cm below verted, 131 cm above left heel, and 5.5 cm from midline. The upper-inner end of this wound was square whereas its lower-outer end was sharp. It penetrated the skin, subcutaneous tissues and muscles. The direction of this wound was forward from left to right. The depth of the wound was 5 cm.

8. An oblique stab wound (suture done) of the left para-vertebral region of upper thoracic vertebrae, measuring 2 x 0.1 cm. The wound was located 34 cm below vertex, 121.3 cm above left heel, and 3 cm from midline. The upper-inner end of this wound was sharp whereas its lower-outer end was square. It penetrated the skin, subcutaneous tissues and muscles. The direction of this wound was forward from left to right. The depth of the wound was 5 cm.

9. An oblique stab wound (suture done) on right pare-vertebral area of upper thoracic vertebrae, measuring 2.7 x 0.2 cm. This wound was located 32 cm below vertex, 130 cm above right heel, and 1.8 cm from midline. The upper-inner end of this wound was sharp whereas its lower-outer end as square. It penetrated the skin, subcutaneous tissues, muscles and punctured the right thoracic cavity. The direction of this wound was forwards from left to right. The depth of the wound was 5.4 cm.

10. Bruise, 1.5 x 1.5 cm on left angle of mandible.

11. An interrupted superficial incised wound, 2 x 0.1 cm on medial half of left shoulder.

12. Abrasion, measuring 0.7 x 0.1 cm on left shoulder tip.

13. Bruise, 2.5 x 2 cm on lateral aspect of left arm.

14. Two parallel, superficial incised wounds, measuring 1.5 x 0.1 cm and 1.4 x 0.1 cm from front to back respectively on lateral half of front of left wrist.

15. Bruise, 4 x 0.5 cm on back of lower half of right forearm.

16. Abrasion, 2 x 0.5 cm on medial border of right hand.

17. Abrasion, 1 x 0.3 cm on back of right proximal phalanx.

18. Bruise, 4 x 3 cm on right thenar eminence.

19. Bruise, 1 x 0.5 cm on front of upper third of left thigh.

20. Bruise, 1 x 1 cm on lateral aspect of the middle third of left thigh.

21. Abrasion, 4 x 1 cm on lateral aspect of lower third of left lower leg.”

[17] SP2 mengatakan kecederaan yang dialami si mati, khususnya kecederaan No. 1, No. 2 dan No. 3, pada lazimnya boleh menyebabkan kematian si mati. SP2 mengatakan kecederaan tersebut diakibatkan oleh penggunaan “sharp pointed object, such as knife”.

Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pendakwaan

[18] Di akhir kes pendakwaan, YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah tidak berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu dan dengan itu tertuduh dilepas dan dibebaskan. YA Pesuruhjaya Kehakiman mendapati terdapat keraguan mengenai identiti dan pengecaman terhadap perayu sebagai lelaki yang dikatakan pergi ke bilik si mati pada hari kejadian. YA Pesuruhjaya Kehakiman juga mendapati keterangan mengikut keadaan tidak mencukupi untuk dibuat kesimpulan yang kukuh bahawa perayu ialah lelaki yang telah menyebabkan kematian si mati. Pihak pendakwa raya telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan

[19] Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Mahkamah Rayuan (panel berlainan) telah membenarkan rayuan pendakwa raya terhadap keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman tersebut dan telah memerintahkan supaya perayu dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan.

Kes Pembelaan

[20] Pembelaan perayu telah didengar di hadapan YA Pesuruhjaya Kehakiman yang sama. Perayu memberikan keterangan bagi pihak dirinya dan tidak memanggil mana-mana saksi.

[21] Perayu dalam pembelaannya mengatakan, pada 3.12.2012 perayu pergi ke Genting Highlands berseorangan dengan menaiki bas dari Kluang. Selepas berjalan-jalan di Genting Highlands, perayu pergi ke tandas di Tingkat 2, First World Hotel. Semasa berada di dalam tandas tersebut perayu terlihat beberapa nombor telefon yang tertulis di pintu tandas yang memaklumkan perkhidmatan pelacur. Perayu telah membuat catatan nombor-nombor tersebut untuk tujuan menempah pelacur. Perayu telah membuat panggilan telefon kepada beberapa nombor yang dicatatnya. Menurut perayu, lelaki yang menjawab panggilan telefon perayu telah memberitahu perayu beberapa nombor bilik tertentu di Tingkat 3, 4 dan 5 First World Hotel bagi perayu membuat pilihan pelacur. Pada sekitar jam 2.30 petang perayu telah membuat pilihan pelacur dan telah mendapat layanan seks. Perayu kemudiannya telah pulang ke Kluang pada hari yang sama pada jam 7.00 malam dengan menaiki bas.

Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan

[22] Untuk memahami dapatan dan keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman terhadap pembelaan perayu, adalah bermanfaat sekiranya kami perturunkan turunkan analisis dapatan YA Hakim bicara, seperti berikut [muka surat 15-20 Rekod Rayuan (Peringkat Pembelaan) Jilid 7]:

“[19] Bagi kes ini dengan keputusan Mahkamah Rayuan memanggil Tertuduh membela diri atas pertuduhan yang beliau hadapi bermakna pihak pendakwaan telah membuktikan semua intipati kesalahan berdasarkan saksi-saksi yang kredibel termasuk identitl Tertuduh sebagai orang yang keluar daripada bilik Simati dan melakukan kecederaan atas Simati.

[20] Penceritaan Tertuduh harus membuktikan keraguan munasabah atas kes yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Dalam penceritaan Tertuduh, beliau membangkitkan tiga perkara penting:

(i) pada hari kejadian beliau pergi ke Hotel First World, Genting Highlands melanggan pelacur yang bukannya Simati;

(ii) beliau tidak pernah pergi ke bilik SP10, SP11 serta ke bilik Simati; dan

(iii) beliau tidak pernah memandu arah dan menunjukkan pisau yang terdapat kesan darah Simati serta pakaian yang dikatakan dipakai oleh Tertuduh pada masa kejadian kepada polis.

[21] Penceritaan ini adalah berbentuk penafian. Penafian seseorang boleh diterima sebagai satu pembelaan yang baik kecuali penafian-penafian itu hanya merupakan penafian kosong sahaja.

[22] Tertuduh bersetuju pada hari kejadian telah pergi ke Hotel First World tetapi nafikan ada pergi ke bilik Simati mendapat layanan seks. Tetapi beliau menyatakan ada pergi ke Tingkat 3, 4 dan 5 bagi membuat pilihan pelacur. Dari rakaman CCTV yang dikemukakan dan disediakan oleh Mohd Azrul bin Zahari (SP13) sebagai penyelia hotel tersebut menyatakan imej lelaki yang keluar daripada bilik Simati di No. 5646 di Tingkat 5, iaitu di tempat Simati terjatuh dan kemudian tergesa-gesa dengan berpakaian cerah membawa beg sandang merah dan mengenakan penutup muka dengan kasut tapaknya berwarna putih yang kemudian telah diterima sebagai keterangan bahawa orang itu adalah Tertuduh. Rakaman CCTV di ‘playback' sehingga ke lobi dan seterusnya ke bas terminai dengan SP13 mengenal pasti yang sama. Keterangan SP10 dan SP11 menyatakan lelaki yang masuk ke biliknya memakai topi musim sejuk (snow cap) dan SP11 lelaki itu memakai baju hitam, seluar jeans hitam dan menurut SP13 kasut bertapak warna putih. Telah diputuskan bahawa Tertuduh adalah lelaki yang memasuki bilik Simati. Apa yang pasti bahawa rakaman imej lelaki dengan pakaiannya itu bersesuaian dengan apa yang telah dijumpai di rumah Tertuduh iaitu T-shirt hitam [P7(F)], snow cap [P7(E)(1)] yang dijumpai dalam almari pakaian plastik dan seluar jeans hitam [P7(A)(1)] yang dijumpai atas katil dalam bilik rumah Tertuduh oleh SP14; sepasang kasut warna kelabu putih [P7(C1)(B)] yang dijumpai oleh SP8 di rumah Tertuduh.

[23] Tertuduh di dalam penceritaannya tidak menjelaskan bagaimana boleh terdapatnya profil DNA beliau pada beg jenama ‘HPL Travel Bag' (P30(A)) yang dijumpai di dalam bilik Simati. Keterangan SP5 menyatakan dari kesatan beg P13 iaitu beg ‘HPL Travel Bug’ memperolehi profil DNA campuran yang penyumbangnya dari Tertuduh (major) dan Simati (minor).

[24] Dengan itu adalah tidak mungkin Tertuduh tidak menemui dan memasuki ke bilik Simati.

[25] Berhubung penceritaannya bahawa beliau tidak pernah memberi maklumat dan memandu arah serta menunjukkan barang-barang kes pakaian dan pisau [P7(D)(1)] dalam almari plastik di bilik rumah Tertuduh harus dinilai dari keterangan Insp. Ismantie bin Ismail (SP14). (SP14) menyatakan dengan bantuan Insp. Ng Wei Tiam siasatan dibuat ke atas Tertuduh dan Tertuduh telah memberi maklumat dan melakarkan lukisan pisau yang hendak ditunjukkan oleh Tertuduh. Perkara ini walaupun dinafikan namun begitu telah dijumpai pakaian yang dinyatakan dan pisau seperti yang dilakarkan di rumah OKT. Dengan terjumpanya barang-barang tersebut, adalah mustahil bahawa Tertuduh tidak memberi maklumat dan tidak membuat lakaran pisau serta menunjukkan barang-barang yang dijumpai itu.

[26] Penemuan "snow cap” [P7(E)(1)] bersama baju T hitam (P7F) dan pisau [P7(D)(1)] dalam almari dalam bilik di rumah Tertuduh menunjukkan bahawa snow cap adalah dalam milik Tertuduh memandangkan dari keterangan SP14 bahawa Tertuduh telah menunjukkan kepadanya baju dan pisau yang berada di dalam almari plastik itu. Dari keterangan SP10 dan SP11 pula beliau telah melihat seorang Ielaki yang memakai topi musim sejuk pada hari kejadian yang telah masuk ke dalam bilik mereka. Dengan itu topi salji yang dijumpai di rumah Tertuduh itu selari dengan keterangan SP10 dan SP11. Begitu juga tiada penjelasan bagaimana topi salji itu boleh berada di rumah beliau. Keterangan Tertuduh yang menafikan ada pergi ke bilik Simati dengan pakaian sedemikian adalah semata-mata penafian kosong.

[27] Tertuduh yang menafikan bahawa beg yang dikemukakan di mahkamah (P11A) adalah beg Porter merah yang dibawa pada hari kejadian. Tertuduh sebaliknya menyatakan bahawa beliau membawa beg lain dan beg itu ada di rumahnya. Menurut SP13 daripada rakaman CCTV Tertuduh membawa beg sandang warna merah dan mengenakan penutup mulut. Sementara itu, SP8 semasa membuat pemeriksaan dalam bilik rumah Tertuduh telah menjumpai satu beg sandang Porter warna merah (P11A) yang didalamnya terdapat penutup mulut (P13A) dan tiket bas Terminal Bersepadu Selatan atas nama Ng Kian Seng (Tertuduh) bertarikh 3/12/2012. Jika benar apa yang dikatakan pasti Tertuduh akan kemukakan beg yang dikatakannya dibawa pada hari kejadian itu ke mahkamah ini. Kegagalan ini menunjukkan bahawa keterangan Tertuduh ini semata-mata satu penafian kosong saja. Malah kegagalan mematahkan kewujudan beg yang dibawanya semasa ke tempat kejadian itu yang di dalamnya mengandungi tiket bas bertarikh 3/12/2012, penutup mulut berwarna biru yang merupakan topeng muka sebagaimana keterangan SP10 dan SP11 yang sekalipun menunjukkan Tertuduh adalah orang yang berada bersama Simati di dalam bilik No: 5646, Tingkat 5, Hotel First World, Genting Highlands pada masa dan hari kejadian tersebut.

[28] Dengan itu, mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh Tertuduh itu semata-mata merupakan penafian kosong tanpa disokong dengan apa-apa bukti, bercanggah serta tidak konsisten. Oleh itu Tertuduh telah gagaI menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. Sebaliknya pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Tertuduh dengan ini didapati salah dan disabitkan dengan pertuduhan.”

[23] Perayu dengan itu telah disabitkan dengan pertuduhan yang dikemukakan dan dijatuhkan hukuman oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman menurut peruntukan seksyen 97(1) dan (2) Akta Kanak-Kanak 2001, sebagai ganti kepada hukuman mati, perayu ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh Raja/Sultan Negeri Pahang. Peruntukan seksyen 97(1) dan (2) tersebut dipatuhi oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman memandangkan perayu semasa melakukan kesalahan berumur 16 tahun 5 bulan dalam mana Akta Kanak-Kanak 2001 melarang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun daripada dikenakan hukuman mati.

Rayuan Perayu

[24] Peguam cara terpelajar menghujahkan hanya satu isu pokok sahaja dalam rayuan ini, iaitu terdapat keraguan terhadap identiti perayu sebagai orang yang membunuh si mati. Peguam cara menghujahkan bahawa rakaman CCTV tidak melihatkan bilik tempat kejadian, iaitu bilik nombor 5646, serta tidak melihatkan perayu ada memasuki dan keluar dari bilik 5646 tersebut. Peguam cara juga menghujahkan bahawa jumpaan DNA perayu pada beg hitam P30(A) di bilik 5646 tidak memadai untuk mengaitkan perayu dengan kematian si mati kerana tiada keterangan yang menunjukkan perayu ialah orang yang terakhir berada di bilik si mati. Peguam cara menghujahkan terdapat tempoh yang panjang kira-kira 14 jam daripada masa si mati dijumpai cedera pada jam lebih kurang 5.00 petang 3.12.2012 hingga beg hitam HPL Travel, iaitu eksibit P30(A) ditemui oleh SP3 pada jam lebih kurang 6.30 pagi 4.12.2012. Peguam cara menghujahkan dalam tempoh 14 jam tersebut bilik 5646 boleh diakses oleh orang lain tidak boleh dikecualikan. Peguam cara juga menghujahkan imej lelaki yang dikatakan sebagai perayu dalam CCTV tidak boleh diterima untuk membuktikan identiti perayu kerana wajah lelaki tersebut terlindung oleh topi (cap) dan kain penutup mulut yang dipakainya. Peguam cara seterusnya menghujahkan jumpaan pisau oleh SP14 tidak dibuat berdasarkan maklumat perayu disebabkan rumah dan bilik tempat pisau dijumpai telah diperiksa terlebih dahulu oleh SP8 yang menangkap perayu. Peguam cara oleh itu menghujahkan jumpaan pisau oleh SP14 lebih merupakan satu ‘recovery’ dan bukannya ‘discovery’.

[25] Peguam cara juga menghujahkan hakim bicara melakukan kesilapan apabila memberikan dapatan yang berbeza semasa di akhir kes pendakwaan dan di akhir kes pembelaan. Peguam cara selanjutnya menghujahkan bahawa hakim bicara telah membuat keputusan setelah meneliti visual dalam rakaman CD (P12A dan P12B) bahawa perayu bukan orang yang sama dalam rakaman CD, pada tahap akhir kes pendakwaan, namun setelah dipanggil untuk membela diri oleh Mahkamah Rayuan, hakim bicara telah membuat keputusan bahawa perayu ialah orang yang sama dalam rakaman CD pada tahap akhir kes pembelaan, walau pun perayu pada setiap masa mengekalkan pendirian bahawa perayu bukan orang yang berada dalam rakaman CD tersebut

[26] Diandaikan hujah peguam cara terpelajar tersebut bermerit, maka kes prima facie juga tidak terbentuk kerana elemen asas yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan tanpa keraguan, ialah perayu merupakan orang yang telah membunuh si mati pada tarikh, masa dan tempat kejadian.

Keputusan Kami

[27] Wajar kami mencatatkan kembali bahawa kes ini disambung dengar oleh hakim bicara setelah Mahkamah Rayuan (panel berlainan) mengetepikan keputusan hakim bicara terdahulu yang telah melepaskan dan membebaskan perayu di akhir kes pendakwaan.

[28] Dalam keadaan yang sedemikian, pendekatan yang harus diambil oleh hakim bicara yang menyambung pendengaran kes boleh dipandukan oleh kes Kwok Pin Hwee lwn PP [2017] 1 LNS 533, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:

“[17] Undang-undang kini telah mantap tentang pendekatan yang harus diambil oleh YA Hakim bicara dalam keadaan tertuduh telah diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Rayuan. Prinsip ini telah dijelaskan dalam beberapa kes. Dalam kes Pendakwa Raya v Sulaiman bin Saidin [2010] 1 CLJ 184; [2010] 3 MLJ 383 Sulaiman Daud HMR menjelaskan:

“[27] Sebelum merumuskan isu atau isu-isu yang berbangkit dalam rayuan ini, kami mendapati perlu untuk menulangi bahawa tertuduh telah dipanggil untuk membela diri setelah mahkamah ini, dalam rayuan terdahulu, mengetepikan keputusan hakim bicara di akhir kes pendakwaan. Sehubungan dengan itu, kami mendapati tiada keperluan bagi kami untuk menimbangkan semula isu-isu yang telah diputuskan oleh mahkamah ini terdahulu mengenai isu-isu yang telah dibangkstkan di akhir kes pendakwaan, kecuali jika terdapat keterangan-keterangan baru yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.”

[18] Selaras dengan prinsip di atas, kami mengambil pendirian bahawa kami tidak perlu menimbangkan semula isu-isu yang telah dibangkitkan dan diputuskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Rayuan terdahulu kecuali jika terdapat keterangan baru yang dibangkitkan oleh pihak perayu yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan itu, apa yang perlu kami pertimbangkan adalah sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.”

[29] Dalam isu yang dibangkitkan oleh peguam cara berkaitan dapatan yang berbeza oleh hakim bicara di akhir kes pendakwaan dan di akhir kes pembelaan, panduan dalam isu ini telah dijelaskan dalam kes Ouseng Sama-Ae v PP [2010] 6 CLJ 416, dalam mana Hishamudin Mohd Yunus JCA di muka surat 428-429 telah menjelaskan seperti berikut:

“[21] With respect to learned counsel, in our judgment there are no conflicting grounds of judgment; nor is there any error of law on the part of the learned judge. It is elementary that once the Court of Appeal (in earlier appeal) had overruled the findings and rulings of the learned trial judge made at the close of the case for the prosecution and had instead made a finding of possession of cannabis, had invoked the presumption of trafficking under s. 37(da)(iv), and had ordered the learned trial judge to call for the defence on the original charge of trafficking, in such a situation, whatever findings and rulings of the learned trial judge expressed earlier at the close of the prosecution stage, to the extent that they had been expressly or impliedly contradicted or overruled by the Court of Appeal, as a matter of law, are now no longer of any significance when he proceeded to hear the defence; and he must at the continued hearing stage discard those findings and rulings that he had earlier made, He (as well as the parties before him) must now have due regard to the findings and rulings of the Court of Appeal as if the learned trial judge himself at the close of the case for the prosecution. This being the legal position, it is therefore wrong in law to say that the present grounds of judgment of the learned judge is in conflict with his earlier grounds of judgment.”

[30] Ketiadaan alasan penghakiman oleh Mahkamah Rayuan apabila memerintahkan perayu membela diri juga tidak mewajarkan hakim bicara untuk mengekalkan dapatan dan keputusannya yang dibuat di akhir kes pendakwaan. Dalam kes Pendakwa Raya lwn Sulaiman bin Saidin (supra), Mahkamah Rayuan memutuskan:

“[18] Kami mendapati tiada keperluan bagi kami menilai dan menimbangkan semula merit bagi alasan-alasan yang telah diberikan oleh hakim bicara di atas di akhir kes pendakwaan. Walau pun tiada alasan penghakiman disediakan, tetapi pada hemat kami fakta bahawa Mahkamah ini telah memerintahkan tertuduh dipanggil membela diri dalam rayuan terdahulu jelas menunjukkan hakim bicara telah tersilap sama ada di sisi undang-undang atau fakta-fakta dalam mencapai keputusan yang dibuatnya itu."

[31] Dalam kes Manimaran a/l Amas v PP [2014] 1 LNS 1412; [2015] 1 MLJ 18, Mahkamah Rayuan memutuskan:

“[25] In the instant appeal, since all the appellants were called upon by the Court of Appeal to enter on their defence, it must necessarily mean that the Court of Appeal was satisfied that the prosecution had proved all the ingredients of the charge, including the element of common intention, before concluding that a prima facie case had been made out by the prosecution. There was therefore no necessity for us to revisit the issues on whether a prima facie case had been made out. What we need to consider was whether the evidence from the defence had cast a reasonable doubt on the prosecution’s case.”

[32] Prinsip yang sama juga telah diperjelaskan dalam kes Mohd Azrin bin Che Meh v Pendakwa Raya [2011] 1 LNS 1304 (MR); [2012] 1 MLJ 450, Mohd Nazrui Shuhaimi v Pendakwa Raya [2014] 1 LNS 1271 (MR).

[33] Undang-undang mantap yang perlu dipatuhi oleh hakim bicara di akhir kes pembelaan adalah untuk menimbangkan kesemua keterangan kes yang dikemukakan di hadapannya dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah seperti yang dikehendaki oleh seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

[34] Dalam kes di mana pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, keterangan yang dihasilkan mestilah membawa kepada hanya satu kesimpulan, iaitu kesalahan orang kena tuduh (Dato’ Mohtar Hashim v PP [1983] 2 CLJ 10; [1983] CLJ (Rep 101 FC); [1983] 2 MLJ 232 FC, Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 1 CLJ FC). Dalam kes Tulshiram v State of Maharashta (1984) Cr LJ 209, Hakim Waikar mengatakan seperti berikut:

“The law on circumstantial evidence is clear and we need not restate it. Suffice it to say that all the circumstances established must unerringly point to the guilt of the accused and that they must be consistent and consistent with the guilt and inconsistent with the innocence of the accused. What is important is the cumulative effect of all the circumstances.”

[35] Dalam rayuan di hadapan kami, pihak pendakwa raya perlu membuktikan pertuduhan terhadap perayu untuk perkara-perkara berikut:

(a) mangsa Qui Ling telah mati;

(b) mangsa mati akibat bencana tubuh/ kecederaan yang dialaminya;

(c) bencana tubuh/ kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah akibat daripada perbuatan perayu;

(d) bencana tubuh itu yang dikenakan ke atas mangsa adalah cukup pada lazimnya menyebabkan kematian; dan

(e) perbuatan itu dilakukan oleh perayu dengan niat hendak menyebabkan kematian mangsa.

[36] Kami telah perturunkan analisis dan dapatan hakim bicara di akhir kes pembelaan seperti yang tertera di perenggan 22 penghakiman kami ini. Keterangan SP2 (Dr. Siew Sheue Feng), pakar pathologi forensik mendapati si mati mengalami sejumlah 21 jenis kecederaan dalam mana kecederaan pada bahagian leher khususnya No. 1, serta 3 dan 4 adalah secara lazimnya menyebabkan kematian merupakan keterangan yang jelas tentang kematian si mati disebabkan “stab wounds to the neck" (nota keterangan di muka surat 80 Rekod Rayuan (Peringkat Pendakwaan) Jilid 1). SP2 menjelaskan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh si mati adalah disebabkan oleh “sharp-pointed object, such as knife”. YA Hakim bicara juga telah membuat dapatan bahawa perayu ialah lelaki yang dilihat berada di Aras 5 Hotel First World pada tarikh kejadian berdasarkan imej-imej gambar CCTV dan disokong oleh keterangan saksi SP10, SP11 dan SP13. SP10 dan SP11 masing-masing mengatakan pada petang 3.12.2012 seorang lelaki telah datang ke bilik SP10 dan SP11 (kedua-dua warga negara China) untuk mencari pelacur bagi khidmat seks. Lelaki tersebut bagaimana pun tidak melanggani SP10 dan SP11. Keterangan sokongan juga datang daripada SP12 bahawa perayu ada membuat panggilan telefon kepada SP12 bagi melanggan pelacur dan SP12 memberitahu beberapa nombor bilik di Hotel First World termasuk nombor bilik si mati 5646 kepada perayu. SP12 mengatakan pada tengahari tersebut SP12 hanya menerima satu panggilan telefon sahaja daripada seorang lelaki untuk melanggan pelacur. Keterangan SP15 mengatakan nombor telefon pemanggil yang direkodkan dalam telefon bimbit SP12 ialah nombor telefon yang berdaftar atas nama perayu beralamat di Kluang, Johor.

[37] Keterangan SP5 (Nur Haliza bt Hassan) pegawai sains mengesahkan terdapat kehadiran DNA campuran milik si mati dan perayu pada sebuah beg [P30(A)] dan DNA perayu adalah penyumbang major. Beg P30(A) ini dijumpai oleh SP3 di dalam bilik No. 5646, iaitu tempat kejadian. Pembelaan perayu gagal menjelaskan bagaimana kehadiran DNA perayu boleh berada pada P30(A) sekiranya perayu tidak pernah memasuki bilik No. 5646 tersebut. Sarung pisau celoreng (P35A) yang ditemui oleh SP3 di dalam bilik 5646 didapati sepadanan muat dengan pisau [P7(D)(1)] yang ditemui oleh SP14 ke rumah No. 21, Jalan Sutera 4/2, Taman Purnama, Kluang. Perayu telah membawa SP14 ke rumah tersebut. Tiada penjelasan oleh perayu mengapa pisau yang ditemui oleh SP15 tidak bersarung dan bagaimana sarung celoreng yang sepadanan dengan pisau tersebut boleh berada di bilik 5646. Perayu hanya menafikan pisau tersebut sebagai miliknya. Tiket-tiket bas bagi perjalanan bertarikh 3.12.2012 yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah konsisten dengan pembelaan perayu sendiri adalah fakta yang tidak meragukan bahawa perayu berada di Genting Highlands pada 3.12.2012, iaitu pada hari kejadian [P13(E)].

[38] Kami mendapati dan bersetuju dengan Hakim bicara bahawa melalui keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang telah dianalisis dan diterima oleh hakim bicara, keterangan adalah mencukupi untuk dipegang secara bersama untuk dibuat satu kesimpulan yang kukuh. Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah di peringkat rayuan akan menahan diri atau perlahan daripada mengganggu penemuan fakta oleh Mahkamah bicara di mana hakim bicara mempunyai peluang untuk meneliti tingkah laku saksi-saksi semasa perbicaraan. Hakim bicara juga telah dengan terperinci menimbangkan keterangan pembelaan perayu dan menilai keseluruhan keterangan seperti yang terdapat di muka surat 13 hingga 20 Rekod Rayuan (Peringkat Pembelaan) Jilid 1, dan membuat dapatan bahawa keterangan perayu hanya merupakan satu penafian semata-mata. Pembelaan perayu gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Kami mendapati dan bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen yang perlu untuk memuaskan keperluan seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes pendakwaan telah dibuktikan tanpa apa-apa keraguan yang munasabah.

Kesimpulan

[39] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami huraikan, kami berpuas hati bahawa YA Hakim bicara telah mengarahkan dirinya dengan betul terhadap undang-undang yang terpakai dan telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini dalam membuat dapatan ke atasnya (Chan Chor Shuh v PP [2003] 1 CLJ 501). Kehendak seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) telah dipatuhi. Tidak terdapat sebarang alasan atau merit untuk Mahkamah ini mengganggu keputusan hakim bicara tersebut. Sabitan dan perintah hukuman terhadap perayu adalah selamat.

[40] Justeru, Mahkamah ini menolak rayuan perayu dan mengekalkan sabitan dan perintah hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

 

YAACOB BIN HAJI MD SAM
Hakim
Mahkamah Rayuan Malaysia

Bertarikh: 01 Oktober 2018

COUNSEL

Peguamcara bagi pihak Perayu: Amitha Vijaya, Ramesh Vasan, Tetuan Ramesh Vasan & Co, Peguambela & Peguamcara, No. 18 (Tingkat 1) Jalan Pasar, 86000 Kluang, Johor

Peguamcara bagi pihak Responden: Jasmee Haniza, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Perbicaraan & Rayuan, Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya

Legislation referred to:

Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen-seksyen 97(1), 97(2)

Kanun Keseksaan, Seksyen 302

Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 182A

Judgments referred to:

Chan Chor Shuh v PP [2003] 1 CLJ 501

Dato’ Mohtar Hashim v PP [1983] 2 CLJ 10; [1983] CLJ (Rep 101 FC); [1983] 2 MLJ 232 FC

Kwok Pin Hwee lwn PP [2017] 1 LNS 533

Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 1 CLJ FC

Manimaran a/l Amas v PP [2014] 1 LNS 1412; [2015] 1 MLJ 18

Mohd Azrin bin Che Meh v Pendakwa Raya [2011] 1 LNS 1304 (MR); [2012] 1 MLJ 450

Mohd Nazrui Shuhaimi v Pendakwa Raya [2014] 1 LNS 1271 (MR)

Ouseng Sama-Ae v PP [2010] 6 CLJ 416

Pendakwa Raya lwn Sulaiman bin Saidin [2010] 1 CLJ 184; [2010] 3 MLJ 383

Tulshiram v State of Maharashta (1984) Cr LJ 209

Notice: The Promoters of Malaysian Judgments acknowledge the permission granted by the relevant official/ original source for the reproduction of the above/ attached materials. You shall not reproduce the above/ attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Promoters and/or the original/ official source. Neither the Promoters nor the official/ original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/ attached materials. The Promoters and the official/ original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, Malaysian Judgments and contents herein are subject to the Terms of Use.