THE OFFICIAL REPOSITORY OF
MALAYSIAN JUDGMENTS & RULINGS

[2018] MYCA 118 MALAY

Azwan Bin Abd Rahaman v Pendakwa Raya and 2 Other Appeals
Suit Number: Rayuan Jenayah Nos. B-05(M)-207-08/2015, B-05(M)-208-08/2015 & B-05(M)-209-08/2015 

Criminal law – Murder Conviction – Death sentence – Appeal

Criminal law – Scope of murder and culpable homicide – Common intention – Whether the offence in question a murder or culpable homicide

PENGHAKIMAN

Pengenalan

[1] Perayu-perayu telah didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan pertuduhan seperti yang berikut:

"Bahawa kamu bersama-sama, pada 9 September 2012 jam lebih kurang 7.50 pagi, bertempat di tepi Jalan Mahkota 1, Batu 5½ Bangi, di dalam Daerah Kajang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu bertiga, telah sama-sama melakukan kesalahan membunuh iaitu menyebabkan kematian ke atas Won Sin Keong (No. KP: 701126-08-5647) dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”

[2] Di akhir perbicaraan, perayu-perayu telah didapati bersalah, disabitkan dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Terkilan dengan keputusan YA Hakim bicara, perayu-perayu telah mengemukakan rayuan ini.

[3] Kami telah mendengar penghujahan daripada semua pihak dan setelah mempertimbangkannya dengan keterangan dalam rekod, kami dengan sebulat suara membenarkan rayuan perayu-perayu. Ekoran itu, kami telah mengetepikan keputusan YA Hakim bicara tetapi menggantikannya dengan sabitan bagi kesalahan menyebabkan kematian dengan salah di bawah seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan. Perayu-perayu kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dari tarikh tangkap. Berikut ialah alasan kami memutuskan sedemikian.

Kes Pendakwaan

[4] Kes pendakwaan telah dibentangkan dengan begitu komprehensif oleh YA Hakim bicara. Tidak perlu kami ulangi di sini. Memadai bagi kami untuk menyatakan secara ringkas fakta-fakta yang berikut:

(a) Pada 8.9.2012 lebih kurang pukul 12 tengah malam, enam orang sahabat iaitu Azwan bin Abdul Rahman (perayu pertama), Mohd Taufiq Bin Kamsan (perayu kedua), Mohd Shafful Nizam Bin Abdullah (perayu ketiga), Mohd Amen bin Zambri (SP6), Mohd Khairul Azhar bin Zainal (SP7), dan Puteri, telah bertolak dari Kulai Johor menuju ke Genting Highlands dengan menaiki kereta sewa Nissan Serena. Mereka bercuti ke sana. Setibanya di Genting Highlands pada awal pagi mereka mendapati semua tempat penginapan telah dipenuhi. Mereka terpaksa turun ke Kuala Lumpur, bermalam di sebuah hotel di Bukit Bintang dan kemudian pada tengah hari pergi semula ke Genting Highlands. Mereka di sana hingga pukul 10.30 malam. Dari Genting Highlands mereka turun semula ke pusat bandar Cheras Kuala Lumpur untuk membeli belah.

(b) Semasa di pusat bandar Cheras, SP6 mengatakan perayu ketiga telah terjumpa dengan sebuah kereta BMW yang terbabas di bahu jalan. Perayu ketiga menemui Won Sin Keong (si mati) dalam keadaan mabuk di dalam kereta tersebut. Dia kemudiannya memandu kereta tersebut ke tempat kereta Nissan Serena di parkir.

(c) Atas permintaan si mati, mereka bersetuju menghantar si mati pulang ke rumahnya. Pada awalnya kereta BMW dipandu oleh perayu ketiga bersama dengan si mati. Yang lain mengekori dari belakang sehingga ke Alam Damai. Di Alam Damai perayu kedua mengambil alih pemanduan kereta BMW kerana perayu ketiga tidak mengetahui tentang selok-belok jalan. Perayu pertama turut menaiki kereta BMW. Perayu ketiga pula kembali dan memandu kereta Nissan Serena. Sebelum itu, semasa berada dalam kereta Nissan Serena, SP7 ada mendengar perayu pertama dan perayu kedua berbincang untuk menyamun si mati. SP7 enggan turut serta dan meminta untuk diturunkan di sebuah kedai makan. Sementara yang lain meneruskan perjalanan.

(d) Mereka kemudian berhenti di Petronas Saujana Impian untuk mengisi minyak. Di situ perayu kedua meminta SP6 masuk ke dalam kereta BMW. Dalam perjalanan untuk menghantar pulang si mati, SP6 menceritakan telah berlaku pertengkaran mulut antara perayu kedua dengan si mati. Si mati telah menuduh mereka mencuri telefonnya. Perayu kedua yang memandu kereta BMW milik si mati kemudiannya memberhentikan kenderaan tersebut di tempat kejadian, keluar dan menarik keluar si mati dari dalam kereta BMW tersebut dan mula, bersama-sama dengan perayu ketiga, memukul si mati berulang kali. SP6 juga mengatakan perayu pertama ada memberitahunya bahawa perayu pertama turut sama memukul si mati. SP6 cuba menghalang, namun tidak diendahkan. Perayu-perayu turut mengambil dompet dan telefon bimbit si mati sebelum melarikan diri.

(e) Si mati ditinggalkan di situ dan mereka meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, mereka telah berhenti seketika untuk menjemput semula SP7 yang ditinggalkan sebelum itu di sebuah kedai makan.

(f) Pada keesokan pagi 9.9.2012, lebih kurang pukul 7.50 pagi, Abdul Karim bin Ibrahim (SP15) telah menemukan si mati yang terbaring di luar kereta BMW tersebut. Mengesyaki sesuatu telah berlaku, SP15 telah ke balai polis dan memaklumkan penemuan tersebut. Hasil siasatan polis telah membawa kepada penangkapan ketiga-tiga perayu, SP6 dan SP7. Telefon bimbit Blackberry kepunyaan si mati telah juga dijumpai dan dirampas daripada perayu kedua.

(g) Setelah dibedah siasat, Dr Abdul Karim bin Hj Tajudin (SP10) mengesahkan si mati meninggal dunia akibat beberapa bencana tubuh dan punca kematian ialah “ligature strangulation” atau jerutan pada leher yang diakibatkan oleh benda yang boleh melilit leher dan diketatkan pada leher.

(h) SP6 dan SP7 mengakui bahawa sewaktu pertama kali melihat si mati dalam kereta BMW yang terbabas itu, si mati tidak mempunyai apa-apa kecederaan.

Dapatan Hakim Bicara di Akhir Kes Pendakwaan

[5] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan yang dikemukakan, YA Hakim bicara mendapati satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap kesemua perayu bagi kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Oleh yang demikian, perayu-perayu telah diarahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Kes Pembelaan

[6] Perayu-perayu telah memberikan keterangan secara bersumpah. Ringkasnya, perayu-perayu menyatakan seperti yang berikut:

(a) Pada 7.9.2012, perayu pertama mengatakan dia dan rakan-rakannya iaitu perayu kedua, perayu ketiga, SP6, SP7, dan Puteri, telah bertolak dari Kulai Jaya, Johor menuju ke Genting Highlands dengan menaiki kereta sewa Nissan Serena. Mereka bercuti ke sana.

(b) Apabila tiba di Genting Highlands pada pukul 1 pagi, mereka mendapati semua tempat penginapan telah penuh. Lantaran itu, mereka telah ke Bukit Bintang untuk mencari penginapan. Keesokan harinya, mereka bertolak semula ke Genting Highlands pada waktu tengah hari.

(c) Selepas berseronok, pada lebih kurang pukul 11-12 malam, mereka bertolak pula ke Downtown Cheras untuk membeli belah. Selepas selesai, mereka menuju ke kereta Serena untuk pulang dan pada ketika itulah mereka terjumpa dengan sebuah kereta BMW yang terbabas (kereta si mati). Si mati kemudiannya meminta tolong daripada mereka untuk menghantarnya pulang kerana dia mabuk.

(d) Perayu ketiga memandu kereta BMW, manakala mereka yang lain menaiki kereta Serena mengikuti dari arah belakang. Di pertengahan jalan, perayu ketiga membawa kereta Serena pula dan perayu kedua telah mengambil alih pemanduan kereta BMW kerana perayu kedua lebih arif tentang selok-belok jalan di Kuala Lumpur. Selepas itu, mereka menurunkan SP7 di sebuah kedai makan. Sebelum beredar, SP6 turut serta bersama perayu pertama dan perayu kedua dalam kereta BMW, manakala Puteri dan perayu ketiga menaiki kereta Serena.

(e) Dalam perjalanan, si mati mula mencari-cari sesuatu dan kemudian mengeluarkan kata-kata kesat kepada perayu kedua serta menuduhnya mencuri telefon bimbitnya. Pertengkaran berlaku antara si mati dengan perayu kedua. Tidak lama selepas itu, perayu kedua memberhentikan kereta di sebuah kawasan gelap dan menarik tangan si mati keluar dari kereta sehingga terjatuh.

(f) Selepas itu mereka mula memukul dan memijak si mati. SP6 cuba menghalang, namun tidak diendahkan. Selepas memukul lebih kurang 2-3 minit, mereka meninggalkan si mati di situ dalam keadaan masih hidup. Menurut perayu kedua, sebelum beredar dia sempat mengambil beg dompet dan telefon bimbit dalam kereta mangsa.

(g) Rombongan mereka kemudiannya menjemput SP7 di sebuah kedai makan dan meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands pula. Semua wang belanja percutian ditanggung oleh perayu kedua kerana dia baru memperoleh wang tuntutan insurans.

(h) Perayu-perayu mengatakan mereka tidak menggunakan apa-apa senjata atau alatan untuk memukul si mati. Mereka juga menegaskan bahawa si mati masih hidup ketika dia ditinggalkan di tepi kereta BMW.

Dapatan Hakim Bicara di Akhir Kes Pembelaan

[7] Di akhir kes pembelaan, YA Hakim bicara merumuskan bahawa kematian si mati diakibatkan daripada perbuatan perayu-perayu secara bersama-sama. Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah s 300 (c) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan tersebut dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksudkan hendak dikenakan itu, adalah cukup pada lazimnya menyebabkan kematian. YA Hakim bicara juga mendapati pembelaan perayu-perayu hanyalah bersifat penafian semata-mata dan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan itu, pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah. Perayu-perayu disabitkan dengan kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman mati.

Rayuan Ini

[8] Di hadapan kami, perayu-perayu, secara terasnya, telah membangkitkan isu bahawa YA Hakim bicara telah terkhilaf dalam mensabitkan perayu-perayu di bawah s 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana terdapat beberapa keadaan yang menimbulkan inferens yang bertentangan dan memihak kepada pihak pembelaan. YA Hakim bicara dikatakan terkhilaf apabila memutuskan perayu-perayu telah menyebabkan “ligature strangulation” yang merupakan punca kematian si mati. YA Hakim bicara terkhilaf lagi apabila menerima keterangan SP6 dan SP7 yang merupakan rakan sejenayah, sedangkan keterangan mereka pada asasnya tidak boleh dipercayai, tidak disokong malahan bercanggah pula dengan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan. Akhir sekali, perayu-perayu telah membangkitkan isu kegagalan pegawai penyiasat membuat siasatan yang konklusif dan menyeluruh dan ini telah menjejaskan kes pendakwaan sekali gus memudaratkan kes pembelaan.

[9] Peguam bela perayu kedua dan ketiga mengakui bahawa niat mereka adalah untuk melakukan rompakan dan bukan untuk membunuh si mati. Para peguam bela berhujah bahawa perlakuan mereka tidak termasuk dalam jaringan s 300 (c) tetapi satu kesalahan mematikan orang secara salah yang boleh dihukum di bawah s 304 (b) Kanun Keseksaan.

Keputusan Kami

[10] Setelah kami mempertimbangkan penghujahan kedua-dua pihak dan keterangan dalam rekod, kami cenderung untuk bersetuju dengan penghujahan peguam bela bahawa bencana tubuh yang niatkan dilakukan ke atas si mati tidak sampai ke tahap darjah kebarangkalian yang mencukupi, pada lazimnya, untuk menyebabkan kematian dalam maksud s 300 (c) Kanun Keseksaan. Pada hemat kami, perbuatan yang dilakukan oleh perayu-perayu adalah dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian dalam maksud s 299 Kanun Keseksaan, satu kesalahan mematikan orang dengan salah (culpable homicide not amounting to murder).

[11] Dalam hal ini skop dan perbezaan s 300 dan s 299 Kanun Keseksaan telah diperbincangkan dalam banyak kes. Sebagai titik permulaan s 300 dan s 299 memperuntukkan:

“299. Culpable homicide

Whoever causes death by doing an act with the intention of causing death, or with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death, or with the knowledge that he is likely by such act to cause death, commits the offence of culpable homicide.

300. Murder

Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder:-

(a) if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death;

(b) if it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;

(c) if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or

(d) if the person committing the act knows that it is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death, or such injury as aforesaid."

Perbezaan ini telah diperjelaskan dalam kes locus classicus Tham Kai Yau v Public Prosecutor [1976] 1 LNS 159; [1977] 1 MLJ 174, 176 sepertimana yang berikut:

“Section 299, Penal Code enacts that a person commits culpable homicide, if the act by which the death is caused is done: (a) with the intention to cause death; (b) with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death; (c) with the knowledge that... the act is likely to cause death.

Section 300, Penal Code defines murder as follows. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if the act by which the death is caused is done: (1) with the intention of causing death; (2) with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused; (3) with the intention of causing such bodily injury to any person, and... is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; (4) with the knowledge that the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death.

The words which I have italized show the marked differences between the two offences. Where there is an intention to kill, as in (a) and (1), the offence is always murder. Where there is no intention to cause death or bodily injury, then (c) and (4) apply. Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder. Illustration (d) of section 300, Penal Code is a case of this description. Where the offender knows that the particular person injured is likely, either from peculiarity of constitution, immature age, or other special circumstances, to be killed by an injury which would not ordinarily cause death, it is murder. Illustration (b) of section 300, Penal Code is a good example. The essence of (b) and (3) is this. It is culpable homicide if the bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death; it is murder, if such injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Illustration (c) given in section 300, Penal Code is an example. It is on a comparison of these two limbs of section 299 and section 300 that the decision of doubtful cases as the present must generally depend. The distinction is fine, but noticeable. In the last analysis, it is a question of degree of probability.

A comparison that frequently arises in the application of sections 299 and 300 is the tenuous contention that section 299 is not a substantive offence and therefore an offence is either murder or culpable homicide according to whether or not one of the exceptions to section 300 apply, and if by reason of the absence of the necessary degree of mens rea an offence does not fall within section 300, it cannot be one of culpable homicide not amounting to murder punishable under section 304, Penal Code, but would amount to causing grievous hurt. In our view, the correct approach to the application of the two sections is this. Section 299 clearly defines the offence of culpable homicide. Culpable homicide may not amount to murder (a) where the evidence is sufficient to constitute murder, but one or more of the exceptions to section 300, Penal Code apply, and (b) where the necessary degree of mens rea specified in section 299 is present, but not the special degrees of mens rea referred to in section 300, Penal Code. We would like in this connection to express the need to bear in mind that all cases falling within section 300, Penal Code must necessarily fall within section 299, but all cases falling within section 299 do not necessarily fall within section 300. The first part of section 304, Penal Code covers cases which by reason of the exceptions are taken out of the purview of section 300, clauses (1), (2) and (3) but otherwise would fall within it and also cases which fall within the second part of section 299, but not within section 300, clauses (2) and (3). The second part of section 304, Penal Code covers cases falling within the third part of section 299 not falling within section 300, clause (4).

Thus, if death is an imminent result, it falls under s. 300. If on the other hand, that death is a likely result, it falls under s. 299. It would be safe to conclude that all cases under s. 300 would fall under s. 299 as well, but this is not necessarily so vice versa." (Tekanan diberikan)

[Rujuk juga: Public Prosecutor v Megat Sharizat Megat Shahrur [2011] 8 CLJ 893; Poh Weng Nam v Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 1096; dan, Mohd Fazli Azri Jamil v Public Prosecutor [2013] 1 LNS 1237]

[12] Dalam rayuan semasa ini, YA Hakim bicara telah membuat penemuan fakta yang amat komprehensif mengenai sebab kematian dan bencana tubuh yang dikenakan ke atas si mati. Ditemui:

"b) The deceased had died as a result of the injuries sustained

[44] In order to prove this element, the prosecution relied on the evidence of PW6 and PW10. PW10 conducted a post mortem on the deceased on 10th September 2012 and found that the cause of the death of the deceased was "ligature strangulation" as a result of an object around the neck of the deceased being pulled. PW10 testified that as a result of external examination, there were two bruises to the neck of the deceased each of which were slightly to the right and to the left. These can be seen from injuries no. 12 and 13 of the post mortem report exhibit P20. The injuries were wide and there were friction marks as if it was the result of being pulled as shown in photograph no. 12 in exhibit P16. PW10 further testified that internal examination revealed that there were bruises to both the left and right sternocleidomastoid (the muscle that controls the turning movement of the head) and the sternohyoid which is a muscle which is located along the length of the front of the human neck and connected by tendons to the hyoid bone at the top end, and connected to the sternum at the lower end. Based on the toxicology report P46, PW10 testified that the alcohol content in the blood and urine of the deceased was very high. This he said, would result in a person being very drunk to the point that he would be unconscious or semi-conscious. This in turn would act as a resistance so that greater force would have to be exerted to the neck area in order for ligature strangulation to occur. PW10 testified also that in his view, great force was used until the "Adam's apple" of the deceased was crushed. He also said that this action must have been continuous because there were many bruises to the neck of the deceased. According to PW10, the gold chain exhibit P53A and the "Hennessey" lanyard, P68, could have caused the strangulation. However, he added, it must have been caught against another object such as the collar of a shirt because there were no imprints of such objects on the neck of the accused. There were presence of other injuries to the deceased but PW10 testified that although these could have caused the death of the deceased, the fatal wound was the "ligature strangulation". The prosecution also submitted that the evidence of PW10 was corroborated by the evidence of PW6 who saw the deceased being dragged out of the car by the Second accused and repeatedly assaulted by the Third accused."

Kami bersetuju dengan penemuan fakta di atas. Bagaimanapun berdasarkan nas autoriti yang dinyatakan dan daripada keterangan yang dibentangkan lanjut dalam penghakiman YA Hakim bicara, kami berpendapat YA Hakim bicara telah terkhilaf apabila memutuskan perbuatan perayu kedua menarik keluar si mati dari dalam kereta dengan alat yang menjerut (di sini rantai emas yang dipakai si mati) telah dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kematian dan mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Pada hemat kami, dan ini dipersetujui oleh semua pihak, bahawa semua perayu (dengan niat bersama yang akan disentuh selepas ini) telah merancang dan melakukan rompakan ke atas si mati. Berdasarkan keterangan ikut keadaan yang ditemui dengan betul oleh YA Hakim bicara, jerutan di leher si mati diakibatkan oleh tindakan perayu kedua mengheret si mati keluar dari dalam kereta dan memandangkan keadaan si mati yang tidak sedarkan diri disebabkan kemabukan yang tinggi dan tubuh badan yang besar, heretan tersebut terpaksa dilakukan menggunakan rantai leher di leher si mati (menurut SP10) dengan kekuatan yang kuat dan berulang kali. Dalam keadaan tersebut, pada pandangan kami, tindakan tersebut tidak dalam semua kemungkinan mesti menyebabkan kematian (pada tahap tertinggi sepertimana yang diputuskan dalam kes Tham Kai Yau v Public Prosecutor, supra) tetapi hanya mungkin menyebabkan kematian. Kami juga mendapati bahawa kematian si mati telah diakibatkan secara langsung dan ketara daripada perbuatan heretan di leher tersebut. Dengan itu, kami berpendapat kesalahan yang telah dilakukan merupakan kesalahan mematikan si mati secara salah di bawah s 299 yang boleh dihukum di bawah s 304 (a) Kanun Keseksaan.

[13] Mengenai isu niat bersama, kesemua peguam bela menghujahkan bahawa tiada keterangan telah dibuktikan untuk menunjukkan adanya niat bersama antara semua perayu untuk membunuh si mati. Ditegaskan pendakwaan telah gagal untuk membuktikan siapakah sebenarnya yang menjerut leher atau yang menyebabkan ligature strangulation ke atas si mati. SP6 juga dikatakan tidak nampak atau tahu bagaimana jerutan itu berlaku dan dilakukan. Peguam bela perayu pertama juga mengatakan perayu pertama tidak mengetahui berkenaan perancangan dan tindakan yang dilakukan oleh perayu kedua. Oleh itu dia tidak seharusnya dipertanggungkan bersekali atas perbuatan perayu kedua. Dihujahkan YA Hakim bicara telah terkhilaf apabila memutuskan elemen niat bersama di bawah s 34 Kanun Keseksaan telah dibuktikan oleh pendakwaan.

[14] Mengenai isu ini, kami bersetuju dengan penghujahan Timbalan Pendakwa Raya dan keputusan YA Hakim bicara mengenai perundangan yang mengawal. Berdasarkan Namasiyam & Ors v PP (1987) 2 MLJ 336, Krishna Rao a/l Gurumurthi v PP (2009) 3 MLJ 643, dan PP v Azilah Bin Hadri & Anor (2015) MLJU 1, kewujudan niat bersama merupakan persoalan fakta yang biasanya dibuktikan secara inferens daripada keadaan sesuatu kes itu. Mengenai perancangan awal, keterangan langsung mengenai rancangan untuk melakukan sesuatu kesalahan tidak diperlukan dalam setiap kes kerana niat bersama boleh terjadi pada ketika kejadian (on the spot or spur of the moment) dan without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. Kini, perundangan telah juga mantap bahawa dalam pemakaian prinsip ini tiadanya keperluan untuk membuktikan siapakah sebenarnya atau akhirnya yang menyebabkan kematian si mati (rujuk juga Ong Chee Hoe v PP (1999) 4 SLR 688). Prinsip di atas kini telah diperkukuhkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ferose Bin Tamure Mohamad Khan v PP (2016) 9 CLJ 769, yang dengan jelas menyatakan:

[65] With respect, we are also not persuaded by the two Singapore Court of Appeal authorities cited and argued before us. Despite the lengthy explanation on the issue of common intention in particular in Daniel Vijay, we still hold the view which had been widely accepted by our courts that in a criminal prosecution where s. 34 of the Penal Code is invoked, it is not incumbent on the prosecution to prove that there existed between the participants a common intention to commit the crime actually committed. As long as there is a common intention to commit a criminal act, which resulted in the commission of a crime actually committed, s. 34 can operate against all persons involved in the commission of the actual crime.

[66] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. Direct evidence as proof is difficult to procure because the common intention is essentially a state of mind. Invariably inferences have to rely upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. The totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there is a common intention to commit the offence for which the accused could be convicted. The facts and circumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved.

[74] The Federal Court further held that the Court of Appeal was wrong in looking for a direct link to who actually amongst the respondents committed the act or acts of killing the deceased. The Court of Appeal's approach according to the Federal Court was not quite in tandem with the settled law that is when s. 34 of the Code is invoked, there is no requirement for the prosecution to prove who exactly ultimately caused the deceased's death. The Singapore case of Ong Chee Hoe v. PP [1999] 4 SLR 688 was cited with approval.” (Tekanan diberikan)

[15] Pada hemat kami, prinsip-prinsip di atas memusnahkan penghujahan peguam bela perayu-perayu. Terdapat keterangan daripada SP6 dan SP7 bahawa kesemua perayu merancang untuk merompak si mati. SP6 juga secara jelas, dan ini diterima oleh YA Hakim bicara, bahawa kesemua perayu memukul dan memijak si mati, yang ketika itu tidak bermaya dek dalam keadaan mabuk. Si mati kemudiannya diheret keluar dari dalam kereta. Pengakuan perayu pertama kepada SP6 yang dia juga telah memukul si mati, telah diterima masuk dengan betul oleh YA Hakim bicara. Hakikat ini tidak dicabar, dan dicatatkan lanjut bahawa kesemua peguam bela bersetuju bahawa adanya niat bersama antara mereka untuk melakukan rompakan tetapi bukan untuk membunuh. Selaras dengan keputusan kes Ferose Bin Tamure Mohamad Khan v PP, supra, dan fakta yang dibangkitkan daripada keterangan khususnya daripada SP6 dan SP7, persoalan siapa yang sebenarnya telah menjerut leher si mati adalah tidak relevan kerana niat untuk menyebabkan bencana tubuh telah terjadi at the spur of the moment dan masing-masing terlibat dengan perlakuan jenayah ke atas si mati. Keterangan SP10 jelas menunjukkan bencana tubuh tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan kematian. Walaupun kami bersetuju dengan dapatan YA Hakim bicara tentang terbuktinya niat bersama untuk melakukan bencana tubuh sedemikian ke atas si mati, namun kesalahan yang sebenarnya dilakukan, sepertimana telah kami rumuskan terlebih awal dalam penghakiman ini, terjumlah kepada kesalahan mematikan secara salah ke atas si mati yang boleh dihukum di bawah s 304 (a) Kanun Keseksaan.

[16] Selain isu-isu di atas, peguam bela perayu-perayu telah juga membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan pindaan mengenai masa kejadian dalam pertuduhan, kedudukan SP6 sebagai rakan sejenayah, dan percanggahan dalam keterangan mereka. Setelah meneliti keterangan dalam rekod, kami berpuas hati dan menerima huraian dan dapatan YA Hakim bicara. Mengenai masa kejadian, kami mendapati, dalam keadaan kes ini, bahawa tidak ada kemungkinan ada orang lain yang menyebabkan bencana tubuh berkenaan ke atas si mati. Dalam hal ini kami bersetuju dengan dapatan yang berikut:

Time of death not proven

[67] The defence also submitted that the evidence led by the prosecution does not prove the time of death of the deceased which according to the charge is stated to be at around 5.00 a.m. According to the defence, the pathologist, PW10, had never given evidence as to the approximate time of the deceased's death. They submit that when PW6 last saw the deceased, he was still alive and that there was no evidence from PW6 as to when the deceased had died. PW7 in his testimony had related the date and time when they had begun their journey from Kulai to Genting Highlands ie, 8th September 2012 at around midnight, until they reached Downtown Cheras ie, 9th September 2012 at around 2 a.m. This evidence is consistent with that of PW6. At some point later, PW7 had exited the Nissan Serena and temporarily parted company with the accused persons, PW6, and Puteri. PW6 also testified that while they were at the place of incident, it was around early in the morning and still dark. Later that day at around 7.50 a.m PW15 saw the deceased lying by the side of the road and around 9.45 a.m PW20 arrived and discovered the deceased. The chronology of events that occurred are therefore consistent with the evidence as given by the prosecution witnesses. The accused have also not been prejudiced in any way. It was never at all suggested that the accused persons were never at all in the company of PW6 and up to point of his temporary departure, PW7. In any event, the accused persons have not led any evidence of alibi or that they were never at the place of incident at the time in issue. I find therefore that this does not prejudice the prosecution case in any way."

[17] Mengenai pembelaan kesemua perayu, YA Hakim bicara telah membuat analisis yang amat teliti dan telah menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh peguam-peguam bela perayu dengan jelas. Mengenai isu bangkit marah, kami bersetuju pembelaan itu merupakan satu pemikiran semula sepertimana yang diputuskan oleh YA Hakim bicara:

"[81] The accused testified in their defence that the deceased had uttered the words, "pukimak Melayu" (offensive words) whilst in the BMW. This remark by the deceased was allegedly made with reference to his accusation that the accused had stolen his hand phone. As a result, an argument ensued between the deceased and the Second accused which lasted for about 3 to 4 minutes. According to the accused, the deceased also swore at them in the Chinese language which they of course did not understand. After this, according to the accused, the deceased then fell asleep. With regard to the alleged utterance of the offensive words by the deceased, it is to be noted that this allegation had surfaced for the first time during the defence case. While PW6 was giving evidence, this allegation was never suggested or put to him. It will be recalled that PW6 was in the BMW car and within earshot when these offensive words were alleged to have been uttered. It is therefore reasonable to make the finding which I do, that the allegation that the deceased had uttered the offensive words as alleged is a mere afterthought on the part of the accused persons in order to justify their conduct in assaulting the deceased."

[18] Mengenai isu-isu lain yang ditimbulkan oleh peguam bela-peguam bela perayu, kami bersependapat dengan dapatan YA Hakim bicara, kecuali kesalahan yang dilakukan iaitu kesalahan mematikan si mati dengan salah di bawah s 299/304 Kanun Keseksaan, bahawa kesemua perayu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Kami mendapati YA Hakim bicara tidak terkhilaf di situ. Dengan itu, kami mengetepikan sabitan dan hukuman YA Hakim bicara di bawah s 302 Kanun Keseksaan dan menggantikannya dengan sabitan di bawah s 304 (a) bagi kesalahan mematikan si mati dengan salah. Setelah mengambil kira penghujahan kedua-dua pihak mengenai hukuman, dan menyedari tentang seriusnya kesalahan ini yang telah menyebabkan kematian seorang insan dalam keadaan yang menyedihkan serta kehendak kepentingan awam, kami berpendapat pemenjaraan selama 20 tahun adalah memadai ke atas semua perayu. Akhir kalam, hukuman pemenjaraan ini berkuat kuasa dari tarikh perayu-perayu ditangkap.

t.t

ABDUL KARIM ABDUL JALIL
Hakim Mahkamah Rayuan

Tarikh: 10 April 2018

COUNSEL

Bagi pihak Perayu Pertama: Ridha Abdah Subri, Tetuan Ridha & Rai

Bagi pihak Perayu Kedua: Dato’ Rajpal Singh a/l Mukhtiar (Tiew Poh Nee bersamanya), Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu

Bagi pihak Perayu Ketiga: Hasnan Hamzah, Tetuan Hasnah Hamzah

Bagi pihak Responden: Wong Poi Yoke, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara

Legislation referred to:

Kanun Keseksaan, Seksyen-seksyen 34, 299, 300(c), 302, 304, 304(a), 304(b)

Judgments referred to:

Ferose Bin Tamure Mohamad Khan v PP (2016) 9 CLJ 769

Krishna Rao a/l Gurumurthi v PP (2009) 3 MLJ 643

Mohd Fazli Azri Jamil v Public Prosecutor [2013] 1 LNS 1237

Namasiyam & Ors v PP (1987) 2 MLJ 336

Ong Chee Hoe v PP (1999) 4 SLR 688

Poh Weng Nam v Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 1096

PP v Azilah Bin Hadri & Anor (2015) MLJU 1

Public Prosecutor v Megat Sharizat Megat Shahrur [2011] 8 CLJ 893

Tham Kai Yau v Public Prosecutor [1976] 1 LNS 159; [1977] 1 MLJ 174, 176

Notice: The Promoters of Malaysian Judgments acknowledge the permission granted by the relevant official/ original source for the reproduction of the above/ attached materials. You shall not reproduce the above/ attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Promoters and/or the original/ official source. Neither the Promoters nor the official/ original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/ attached materials. The Promoters and the official/ original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, Malaysian Judgments and contents herein are subject to the Terms of Use.